https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday 26 November 2013

JUS JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI

Korang pernah rasa jus limau jeruk asam boi...

Semalam wife aku buatkan aku jus limau jeruk asam boi. Memang sedap rasanya untuk basahkan tekak..




 Jus limau jeruk asam boi yang wife aku buat satu jug besar.
 
Cara-cara membuat limau jeruk asam boi
 
Bahan-bahan
 
Limau kasturi
 
Asam Boi
 
Garam
 
 
Cuka Biasa / Cuka Buah seperti epal, kurma
 
    Balang / botol kaca... Wife aku gunakan botol horlicks
Cuci Limau kasturi dan lapkan dengan tisu dapur. Belah dua limau dan sumbatkan sebiji asam boi.. Ulangla sampai abis limau kasturi korang. Masukkan dalam botol dan masukkan cuka sama ada cuka biasa atau cuka buah2an untuk rasa yang lebih sedap. Masukkan garam secukupnya bergantung pada kuantiti limau kasturi korang. Tutup ketat botol dan simpan di tempat yang agak gelap contohnya dalam almari yang tak masuk cahaya... Selepas sebulan korang bolehla menikmati jeruk tersebut sama ada buat air atau acar buah.

Inilah rupa jeruk limau kasturi asam boi. Wife aku dah pindahkan ke dalam frezermate tupperware dia cos memberi laluan kepada pop corn mahal untuk take over tempat dia... Korang nak tau bentuk botol horlicks yang wife guna sila belek page pop corn mahal...

Wife sediakan jus jeruk limau kasturi untuk dinikmati bersama makan malam kami.

 
Ini pulak paru masak kicap wife aku masak untuk dinner... Biasa la wife aku maintain dengan trademark dia one menu per day haha...
 

 

0 comments:

Post a Comment