https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday 27 July 2013

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND AKA BULAN PUASA 20.07.2013 - 21.07.2013

N3 aku kali ini pasal percutian di Cameron Highland on that dates bulan pose... Bertuah punya wife bulan pose pun nak bercuti. Kami p weekend by bus from Pudu to Tanah Rata Cameron Highland. Bus ticket return RM 140.00 / 2 pax. Ikut pulak jalan lama Tapah memang agak seriau la. Rasanya Jalan ke Genting Highland lagi better than jalan lama ke Cameron Highland dari Tapah.

Kami sampai di sana tengah hari. Jadi kami amik taxi dan bersiar2 dulu di sekitar Cameron. Tambang taxi untuk 3 jam = RM 75.00 (1 hour = RM 25.00). Sempatla kami p memetik strawbery di sebuah ladang milik orang Melayu harga yang ditawarkan RM 35.00/ kg, melawat ladang dan kilang teh boh bayaran masuk FOC. Selepas itu kami bersiaran di Rose Garden bayaran masuk RM 5.00 dan Honey Farm bayaran masuk FOC.

Hampir 3 jam berlalu pemandu taxi menghantar kami ke Strawbery Resort for check in dan rest. Biliknya mmg agak luas termasuk bilik mandi yang boleh dijadikan bilik. Yang tak bestnya dorang bagi twin sharing bed. Berbuka puasa + bersahur termasuk dalam pakej bilik.

Inilah Strawbery Park, photo from their own website. My wife buat reservation direct them cos masa tu Ramadhan so adalah promotion rate untuk Studio Room RM 300.00 with sahur and Buka Puasa. Tapi masa berbuka puasa memang very sad cos why aku dan wife saja muslim yang ada. Yang lain semua foreigner guests hehe... Rasa kami pulakla yang datang country dorang haha... Wife aku cakap taknak pi sana lagi bulan pose...
 
 
Teh Strawberi wife beli sampai sekarang masih ada lagi, wife jarang buat teh cos 3 in 1 kat umah banyak sangat.

 
Total Budget p Cameron Highland:
 
Bus Ticket total = RM 140.00
Strawberry Park Resort = RM 300.00
Taxi Bersiar2 from Tanah Rata to Jalan2 sekitar Cameron - Strawberry Resort = RM 75.00
Strawberry petik sendiri = RM 30.00
Shopping di Farm Bees = RM 50.00
Taxi Strawberry Resort to Tanah Rata = RM 20.00
Bus from house to Pudu Return = RM 24.00
 
So Total ke Cameron Highland = RM 639.00. Sebenarnya boleh cut cost lagi for accomodation. Rasanya tak perlu stay kat Strawberry Park. Wife aku ni stay kat sana sbb dalam citer Nora Elena, dorang pun ada stay kat sana masa pengambaran drama tersebut...
 
Wife aku at the moment mcm takde rasa nak pi sana lagi... Cos dia seriau ikut jalan lama Tapah ke Cameron Highlands...
 
Photo2 yang sempat kami amik masa di Cameron... Tapi agak terhad cos bateri camera kong...
 






 
 
 
 

 

0 comments:

Post a Comment