https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label DOORGIFT WEDDING. Show all posts
Showing posts with label DOORGIFT WEDDING. Show all posts

Monday, 11 January 2016

Wedding Door Gift di 11street

Raya cina tahun ni 7hb majlis kahwin sepupu belah isteri. Kami tak tahu nak sponsor apa. Paling senang beli online la postage free pulak tu kan. Hasil daripada survey online kami decide beli di 11street je. Harga air kotak di sana nampak berpatutan walaupun tidaklah ketara murah. Mana nak dapat murah sekarang tambah-tambah ada GST kan dan kenaikan harga. Inilah antara air kotak yang kami beli. Bolehlah sepupu kami jadikan doorgift kan.

 
 
 
 
 
 
Kami sponsor 12 carton air kotak pelbagai perisa di atas. Seasons NutriWell Chrysanthemum 250ml x 24 (CNY) 4 carton,    Seasons NutriWell Winter Melon 250ml x 24 (CNY) 4 carton,  Seasons Ice Tea Lemon 250ml x 24 (CNY) 2 carton dan   Seasons NutriSoy Soya Bean 250ml x 24 (CNY) 2 carton. Harga untuk 12 carton RM 163.52 after less coupon discount = RM 13.63/carton @ RM 0.57/pek.
 



Harga di 11street masih boleh tahan murah dan free postage sebab beli above RM 99.00 dari Soukai. Harga di Tesco masa offer pun RM 13.88.

Tuesday, 10 December 2013

TIPS DOORGIFT BUDGET MASA MAJLIS KAHWIN

Masa aku kahwin dulu, belah wife aku bagi doorgift yang agak special jugak for tetamu belah dia dan tetamu bagi pihak laki.

Tapi wife aku budget nak bagi sesuatu yang tak membazir dan tidak dijadikan sebagai hiasan semata.

Antara doorgift yang dia bagi ada 4 bahagian
1. Kanak-kanak - doorgift guna abis, wife aku bagi candy, mini chupa churp dan cloud 9 (budget dalam RM 1.00) termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife sediakan dalam 200 doorgift total budget RM 200.00

2. Tetamu belah pengantin lelaki - mini tupperware RM 5.00 dalamnya chupa churp 3 (wife beli masa offer 3 RM 1.00)  total budget lebih kurang RM 6.50 termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife sediakan 70 doorgift total budget RM 455.00
Mini tupperware.

3. Tetamu sedara mara terdekat mini tupperware yang cute sangat RM 2.50 dan dalamnya 2 mini cloud 9 RM 0.60 so total RM 3.50 termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife sediakan 120 doorgift total budget RM 420.00

 
Mini cute tuppeware - sesuai untuk candy / dadih

4. Tetamu dewasa yang datang doorgiftnya mini bekas jenama apply lady dan epic ware nak save budget kalu semua bagi mini tupperware memang tak dapatla doorgift yang budget. Bekas apple lady budget RM 0.70 dalamnya cloud 9 dua biji RM 0.60, budget 1 doorgift RM 1.50 termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife aku buat 180 doorgift total budget RM 270

Bekas Murah RM 0.50/pcs

Ikutkan doorgift untuk tetamu ini agak costly jugakkan. Itu yang wife aku taknak bagi doorgift yang hanya akan dibuat hiasan. Mini tupperware tetamu boleh guna untuk simpan gula, asam jeruk etc.

Wife aku guna paperbag yang biasa digunakan untuk pisang goreng. Budget 100pcs RM 3.50, dolly paper 250 pcs RM 9.90, riben yang murah2 segulung RM 2.00 dan sticker just beli 10 keping RM 3.50 dan print sendiri. Memang jimat kat packaging.  Total budget untuk 570 pek doorgift RM 1,345.00 jugak.

Selain itu wife aku turut memberi special doorgift kat keluarga yang tolong rewang. Ada 10 doorgift 1 tupperware dan dalamnya cloud 9 dan jelly sumi , budget RM 20.00 so total RM 200.00.

Tupperware untuk simpan kudapan, gula etc

Bagi yang tolong rewang, cuci pinggan dan lain2, wife aku bagi mug, cloud 9, pin baju buat sendiri dan RM 5.00 sebagai upah tolong, 25 mug budget dalam RM 8.00 so total budget dalam RM 200.00.

Total keseluruhan untuk doorgift tetamu dan rewang gift RM 1,745.00... Agak costly jugakla... Kalu korang pandai2la budget maybe boleh drop la budget doorgift ni.