https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 9 November 2017

Tutup Maybank ASB 2017


Kawan saya tutup loan ASB Maybank RM 50,000.00. Dia amik loan ASB pada 2015, start membayar loan April 2015. Pada 24/08/2017, dia tutup loan ASB. Sebab tutup untuk drop Commitment dan perlukan cash money untuk menampung keperluannya. Ekonomi sekarang ni susah dijangka, barang2 pun banyak yang naik harga, tambah2 dah berkeluarga.

3 minggu selepas hantar borang tutup ASB, kawan saya call bank untuk follow up. Pegawai bank bagitahu proses 2 bulan. Mak aaii lamanya kan.

Pegawai lain ada call kawan saya bertanya kenapa tutup ASB. Kawan saya dah tulis alasan di borang tutup ASB behenti kerja haha. Sebabnya konon2 bank blhlah cepatkan proses penutupan. Pegawai bank tu gtahu sayang tutup sebab sebelum ni kawan saya memang takde masalah pun membayar. CCRIS setiap bulan memang cantik sebab auto debit every 1st day of month. Kawan saya gtahu behenti kerja dah lama sejak April sebab jaga anak haha. Malas nak layan pujuk-pujuk ni kan. Dorang tahu behenti kerja takkan nak paksa kan teruskan nak bayar dengan apa nanti.

Kawan saya ni kena bayar ansuran bulanan ASB untuk bulan 9 dan 10 jugak sebelum fully termination. 05/10/2017 bank dah creditkan RM 458.11. Bayar sejak 01/04/2015 - 01/10/2017 (31 bulan x RM 313/bulan = RM 9703.00). Dapat pulangan tunai penutupan ASB RM 458.11 + takaful RM 1,866.66 pada 12/10/2017.

Jumlah tunai yang diterima RM 2,324.77
Dividen yang diterima 2015 (prorata 9 bulan) 7.25 = 50000 x 7.25% / 12 x 9 = RM 2,718.75
Dividen yang diterima 2016 6.75 = 50000 x 6.75% = RM 3,375.00
Tunai yang diterima keseluruhan termasuk dividen RM 2,324.77 + RM 2,718.75 + RM 2,718.75 = RM 8,418.52

Dividen yang diterima 2017 (prorata 9 bulan) = ?

Jika dividen ASB 2017 6.00% ke atas, berbaloilah amik loan ASB walaupun short term hit and run.



4 comments:

  1. Kalau tengok dari segi pengiraan kat atas nie, macam tak berbaloi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berbaloi sebab bayar banyak ke bank dapat ke diri sendiri tak banyak mana. Baik saving sendiri. Bila buat pinjaman libatkan CCRIS lagi.

      Delete
    2. Saya terminate loan asb yg lama rm20k..agak berapa lama boleh dapat balik pulangan.

      Delete
    3. kalau loan asb maybank..mereka akan pulangkan masuk dalam akaun maybank@ ASB?

      Delete