https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday 7 October 2016

CCRIS OH CCRIS PTPTN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Senaraihitam (Blacklist) CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat CTOS dan CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam, cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk menilai risiko atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu.

Penyata CCRIS di print pada 08/06/2015, terdapat pelbagai hutang: 2 - kad kredit PBB & HLB,
1 - pinjaman peribadi Easy RHB,
1 - pinjaman rumah RHB, dan
4 - pinjaman ASB (MBB - 3 X RM 50,000 & Easy RHB RM 100,000).
Jumlah hutang sedia ada RM 355,219.00.

Penyata CCRIS di print pada 09/03/2016, hutang sedia ada yang tinggal:
1 - pinjaman rumah RHB, dan
1 - pinjaman ASB MBB

Tetapi ada pulak hutang misteri masuk ke dalam CCRIS hutang PTPTN haha... Sejak Disember 2015 hutang PTPTN ni dah dimasukkan ke dalam penyata PTPTN. Penghutang pun tak alert jika tak print latest penyata CCRIS di kiosk Bank Negara.

Tunggakan PTPTN up to February 2016 - 146 months @ 12 tahun 2 bulan. Kategori penghutang tegar malas bayar PTPTN / bayar PTPTN secara ansuran "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" haha... maka hutang PTPTN bukan berkurangan malahan bertambah lagi disebabkan faedah yang dikenakan dan insurans. Hutang PTPTN RM 24,237.00.

Jumlah hutang sedia ada + PTPTN RM 164,753.00



Penyata CCRIS di print pada 30/06/2016, hutang sedia ada yang tinggal:
1 - pinjaman ASB MBB
1 - pinjaman PTPTN
Jumlah hutang sedia ada + PTPTN RM 70,932.00

Tunggakan PTPTN up to May 2016 - 148 months @ 12 tahun 4 bulan. Kategori penghutang tegar yang dah mula rajin bayar PTPTN dan bayar PTPTN secara ansuran ikut jadual / lebih bayar maka hutang PTPTN RM 19,499.00. (Jumlah bayaran balik pinjaman March - May (RM 24,237.00 - RM 19,499.00 = RM 4,738.00).

Peminjam tegar yang liat bayar PTPTN boleh je bayar PTPTN sebenarnya. Tindakan memasukkan nama ke CCRIS memang menyukarkan peminjam untuk membuat hutang baru tetapi dapat memberikan keinsafan kepada peminjam untuk membuat pembayaran semula pinjaman walaupun bukan secara lump sum at least secara lebih konsisten. Ini baru betul "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" bagi PTPTN. PTPTN dapatlah mengumpul dana kembali jika semua peminjam-peminjam tegar membayar semula pinjaman yang masih tertunggak dan dapatlah PTPTN menyalurkan dana tersebut kepada peminjam-peminjam baru.

Penting penyata CCRIS ni kepada semua peminjam. Dengan adanya penyata CCRIS, peminjam dapat menguruskan kewangan secara lebih bijak. Di atas contoh penyata CCRIS dari teman baik saya. Tengoklah hutangnya pada 2015 terdapat 8 hutang sedia ada. Jumlah hutang sedia ada RM 300,000++. Disebabkan dia ingin mengurangkan hutang-hutang sedia ada, maka hutang tersebut telah dilangsaikan dan dilupuskan
1 - pinjaman peribadi telah early @ full settlement, 
2 - kad kredit PBB & HLB cut off,
3 - pinjaman ASB (MBB 2 x RM 50,000 + Easy RHB RM 100,000 early termination. 

Dari tarikh print penyata CCRIS
08/06/2015 jumlah hutang sedia ada RM 355,219.00
09/03/2016 jumlah hutang sedia ada + PTPTN RM 164,753.00
Hutang yang telah dilangsaikan dan dilupuskan RM 190,466.00. Banyak jugak hutang yang dikurangkan. Jika hutang ni cash kan ke best banyak RM 190,466 tu boleh beli rumah dan buat simpanan.

Dari tarikh print penyata CCRIS
09/03/2016 jumlah hutang sedia ada + PTPTN RM 164,753.00
30/06/2016 jumlah hutang sedia ada + PTPTN RM 70,932.00
Hutang yang telah dilangsaikan dan dilupuskan RM 93,821.00. Banyak jugak hutang yang dikurangkan dalam masa yang singkat. Sebabnya peminjam telah menjual rumah maka pinjaman rumah dah takde dalam CCRIS. Hasil dari penjualan rumahnya, peminjam mempunyai lebihan tunai. Peminjam ni boleh je nak hapuskan @ full settlement hutang PTPTN tapi peminjam menggunakan lebihan tunai membeli tanah 2 ekar tanah kampung @ RM 80,000 + yuran tukar milik geran 1% @ RM80,000 = RM 800 + mics fees RM 150.00, jumlah RM 80,950.00.

Susah senang dalam menguruskan kewangan bergantung pada individu. Yang penting ada niat dan usaha untuk melunaskan hutang-hutang, insyaallah hutang-hutang sedia ada makin berkurangan.

Penyata CCRIS boleh diprint di mana-mana kiosk layan diri Bank Negara pada hari bekerja Isnin - Jumaat dari 9.00 pagi - 5.00 petang. Sila rujuk website BNM untuk lebih info. 

Yang mana jauh dari Bank Negara bolehlah online request penyata CCRIS. Tapi lecehlah sebab memerlukan dokumen sokongan. Jika walk in ke kiosk layan diri hanya perlu membawa diri sendiri sebab perlu thumb print + mykad. Pastikan mykad korang masih bernyawa yer chip masih boleh dibaca melalui kiosk layan diri ni. Jika chip mykad korang rosak sila hidupkan nyawanya dulu yer. Sila tukar kat JPN berdekatan anda terlebih dahulu.



0 comments:

Post a Comment