https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday 17 September 2016

Homestay Cuti-Cuti Budget Bersama Family

Sejak kahwin kami sekeluarga selalu cuti-cuti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Biasanya pada mula-mula pergi bercuti kami menempah bilik hotel. Agak costly bila bercuti bersama keluarga. Kami kena menempah 2 -  3 bilik kerana kebanyakkan hotel ada limit. Jadi kami memilih homestay sebagai alternative penginapan kami semasa cuti-cuti Malaysia. Kami survey dan tempeh homestay melalui mudah.com.


1st Homestay - Marina Court Muslim Homestay Kota Kinabalu 11.1.2014 - 14.1.2014 pada RM 260/malam melalui mudah.com




Condo mempunyai 3 bilik & 2 tandas, boleh memuatkan seramai 08 hingga 10 orang. Masa kami pergi bercuti di Sabah pada 11.1.2014 - 14.1.2014 pada RM 260/malam.  Lokasi adalah di Bandaraya Kota Kinabalu dan boleh berjalan kaki ke Pasar Philipine, Pasar Malam & Shopping Malls. Kesemua Bilik & Ruang Tamu ada Aircond dan lengkap dengan Sofa, TV & Astro. Ada Mesin Basuh tak perlu membawa luggage pakaian yang banyak. Boleh space luggage untuk shopping.

Dapur ada kemudahan memasak tetapi agak terhad. Masa kami datang, semasa memasak kehabisan gas. House keeping setiap hari semasa kami menginap di situ.

Fasiliti Lain ada parking percuma tapi masa kami bercuti kami ambil pake homestay sekali pengangkutan van dan pemandu. Taman Permainan kanak-kanak, Swimming Pools dan Gym, kami tak sempat nak gunakan kemudahan tersebut. Jadual kami dah padat.



Untuk tempahan, En. Razley @ 0165872889, razley@yahoo.com



2nd homestay - Georgetown Muslim Bajet Homestay pada 01.012016 - 02.01.2016 pada RM 150/malam melalui booking.com 
Homestay 2 bilik di Kompleks Jalan Kedah (Komtar view) untuk 8 orang ke bawah. Semasa kami bercuti seramai 7 orang. 2 bilik tidur dilengkapi 1 katil queen, 3 katil single, 2 katil single (pull out), 1 extra tilam single, 2 toto dan sejadah. 1 bilik air yang selesa untuk mandi, tekanan air tinggi. Ruang tamu dilengkapi Sofa, Bean beg, Tv, Radio dan Dvd player, kami tak sempat pun nak tengok TV masa abis berjalan-jalan ke Bukit Bendera, Batu Ferringgi, Padang Kota, dan Penang Road. Dapur tiada kemudahan memasak, kena jalan-jalan cari makan di luar. Mesin basuh disediakan tidak perlu membawa banyak pakaian. Masa kami bercuti by road jadi space terhad naik Alza je kami. Kami tempah melalui booking.com pada RM 150/malam. Kami di sana pada tahun baru. Tuan homestay offer kami bermalam sehari lagi pada rate RM 130/malam tapi kami cuti-cuti Malaysia ke Alor Setar pada 02.01.2016 - 03.01.2016.

Bagi cuti-cuti budget homestay ni boleh dikatakan agak selesa walaupun 2 bilik tapi lengkap dengan katil dan tilam yang banyak bagi keselesaan setiap penyewa homestay ni. Sila book direct untuk mendapat rate RM 130/malam. Jika tempah melalui booking.com tuan homestay tak dapat bagi diskaun yer sebab kena bayar fees pada booking.com.

Semasa kami tempah melalui booking.com, deposit tak dikenakan. Masa cek in kami perlu bayar RM 150 + RM 50 deposit akan dipulangkan masa check out.

Tiada private parking, kena parking berkupon di luar. Pada hari cuti dan kelepasan am free. Pada hari bekerja tuan homestay memberikan kupon parking kena gores dan menang mengikut jam yang diberikan. Semasa kami menginap sehingga pukul 12 pm.

Check in : 2 PM (Jika ada kekosongan, boleh masuk awal)
Check Out : 12 PM

En amin-
014 7467669 , 012-5324067
Cikgu Shida - 017 5035231



3rd homestay - Ahmad Homestay Alor Setar pada 02.01.2016 - 03.01.2016 pada RM 120/malam melalui mudah.com 
Homestay ni kami tempah last minit kerana pada awalnya kami tempah homestay lain di mudah.com tapi owner homestay tersebut lesap walaupun deposit telah dibayar sebanyak RM 80. Alhamdulillah Ahmad Homestay Alor Setar di alamat 262 Taman Utama, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar, Kedah masih kosong pada hari tersebut. Kami memilih Ahmad Homestay Alor Setar kerana sewanya ketika itu masih rendah RM 120/malam.


Lokasi homestay terletak berdekatan dengan Bank Islam Jalan Sultanah Sambungan, Laksa Ikan Sekoq, masjid, Tat Nasi Ayam & Iman Kuewteaw Kerang, Stadium Darulaman (ada uptown
stadium setiap malam).

Hubungi untuk tempahan:
En. Ahmad :
012 4890391 (call sahaja, pakcik ni tak pandai nak sms / WhatsApp)
Faiz : 012 4671885 (WhatsApp)

Kemudahan penginapan, ada halaman boleh parking kereta, ruang tamu, 3 bilik tidur dilengkapi kipas dinding, 1 bilik air, 1 tandas, ruang dapur, ada dapur tapi masa kami datang takde gas kut / dapur rosak jadi tak boleh memasak.

Sebelum check in kami singgah di Pantai Merdeka, jalan-jalan cari makan. Kami makan ala carte, masing-masing order menu kesukaan masing-masing antaranya mee udang, kewtiaw goreng, bihun sup dan ABC.


Semasa kami check in, Pakcik Ahmad menunggu kami di Jalan Besar dan membawa kami ke homestay nya. Yang bestnya masa kami tiada deposit dikenakan sebab kami booking on the spot pada hari check in dan check in / check out bila-bila masa sahaja. Pakcik Ahmad tinggal berdekatan homestay jadi mudah untuk bagi kunci. Pulang kunci pun letakkan dalam peti pos.

Kami jalan-jalan cari makan pada malam tersebut di Restoran D'Perindu Kuala Kedah. Bagi kami agak murah jugaklah makan di situ. Kami makan Siakap 3 Rasa agak besar jugak ikannya, 1 potong ikan pari, 2 Tomyam Campur, Nasi + Nasi Tambah, 2 jug air RM 100++ untuk 7 orang makan memang berbaloi sangat. 



Kami check in pun lewat petang jugak dan check out awal sebab kami meneruskan cuti-cuti Malaysia ke Padang Besar pada petang tersebut. Kami melalui Jitra, sempatlah kami singgah lunch di Restoran Tok Keramat. Masa tu dah 2 petang, lauk pun banyak dah abis, tak merasalah kami makan telur sotong di situ. Kami makan nasi campur + minuman untuk 7 orang RM 44.00, memang agak murah dan berbaloi bagi cuti-cuti budget. Selepas lunch kami ke Padang Besar untuk window shopping dan shopping ala kadar je selama beberapa jam. Takdelah best sangat Padang Besar ni, barang-barang takdelah murah sangat pun.

Selepas shopping, kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Kami singgah di Sungai Petani untuk makan di Dangau. Hidangan pakej di situ berbaloi jugak untuk 7 orang RM 100, cuma portion lauknya takdelah banyak sangat. Nasinya agak sedap di makan begitu sahaja tanpa ada lauk pun takpe. Nasi dan lauk dihidang di dalam talam.





4th homestay - Astana Homestay Langkawi pada 17.02.2016 - 20.02.2016 pada 3 malam RM 410 melalui mudah.com

Kami booking last minit sehari sebelum pergi. Tuan homestay meminta kami membayar deposit pada hari tersebut, tetapi kami memberikan alasan tiada masa nak ke bank untuk deposit. Pengalaman depositkan homestay semasa di Alor Setar dulu membuatkan kami berhati-hati takut lesap duit deposit. Kami memberi jaminan menginap di homestay tersebut sebab kami memang tiada menempah homestay lain. Alhamdulillah tuan homestay consider menerima tempahan tanpa deposit 1 malam. Kami bercuti di Langkawi by Firefly flight return seramai 7 orang.

Homestay ini mempunyai 2 unit Astana Residence Langkawi (Bersebelahan). Mempunyai 3 bilik tidur (2 katil Queen, 1 katil Single) dan 2 bilik air 1 Bilik Utama mempunyai penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, Pinggan mangkuk, Periuk nasi,  iron dan board, TV LED (astro njoi). Tiada dapur untuk memasak

Lokasi Homestay di Taman Helang Perdana, Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman.

Kadar Astana Residence
1 malam RM150
2 malam RM280 (Diskaun RM20)
3 malam RM410 (Diskaun RM40)
4 malam RM540 (Diskaun RM60)
5 malam RM670 (Diskaun RM80)
Harga yang ditawarkan adalah tetap sepanjang tahun termasuk hujung minggu, cuti sekolah, dan musim perayaan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Astana Residence (
012-487 3741) SMS dan Whatsapp sahaja.
Di Langkawi, kami menyewa Innova pada kadar RM 100/hari. Boleh contact En. Medan untuk kereta sewa / bilik sewa 011-52407599.



5th homestay - Homestay Kondominium Pelangi Mall pada 19.03.2016 - 22.03.2016 pada rate 3 malam RM 400 melalui mudah.com

Kami menempah homestay awal jugaklah sebelum pergi ke Kota Bahru by Firefly flight return. Alhamdulillah tuan homestay tidak mengenakan sebarang deposit semasa tempahan. Kadar sewa RM 150/hari. Flight kami delay kami sampai dah lewat petang, tuan homestay memberikan diskaun 3 malam RM 400. Memang berbaloi Homestay Kondominium pada harga yang agak murah. Selesa untuk kami 6 orang cuti-cuti Malaysia di Kota Bahru.

Kawasan strategik di dalam bandar kota bharu dan di tepi Sungai Kelantan. Dari tingkap boleh nampak Sungai Kelantan. Nak shopping kat Pasar Siti Khadijah boleh jalan kaki. Homestay dilengkapi 3 bilik tidur (2 ada Penghawa dingin) dan 2 bilik air ada sabun mandi, TV Astro, Pemanas Air, Peti Sejuk, Dapur memasak (kami tak sempat memasak, jalan-jalan cari makan di luar), kelengkapan dapur (pinggan, sudu dll), Iron dan Tuala.

Lokasi:
1. Tambatan Diraja (100 meter)
2. Istana Balai Besar (300 meter)
3. Pusat Kraftangan (400 meter)
4. Istana Jahar (300 meter)
5. Bank Krapu
6. Masjid Muhammadi (200 meter)
7. Baazar Buluh Kubu (400 meter)
8. Pasar MPKB (400 meter)
9. Pasar Siti Khadijah (500 meter)
10.Pasar Malam Parit Dalam (500 meter)

Untuk tempahan: Tuan Ruziah :
0194484858


Kami sewa Alza RM 170/hari semasa di Kota Bahru. Kami dapat daripada driver Teksi dari airport - homestay. Boleh contact Juki 019-9993071.


6th homestay - Pulai Chalet Homestay, Baling pada 27.08.2016 - 28.08.2016 pada RM 150/malam melalui mudah.com


Kami tempah last minit semasa dalam perjalanan menuju ke utara. Semasa dalam perjalanan kami masih belum buat keputusan cuti-cuti Malaysia ke Penang / Kedah. Jika ke Penang kami cadang tempah semula di Georgetown Muslim Bajet Homestay. Semasa dalam perjalanan kami telefon tuan homestay, Alhamdulillah masih kosong, rezeki kami. Kami pergi ke Baling by road melalui Kuala Kangsar - Gerik - Pengkalan Hulu - Baling. Sempat kami singgah di Hentian RTC Gopeng kebetulan pada hari tersebut ada Agro Bazar. Sempatlah kami cuci-cuci mata melihat hasil-hasil tani buah-buahan tempatan. Kami membeli dodol perak murah dan sedap, 12 tongkol jagung RM 10, buah dukong, kudapan etc.

Kami sampai di homestay dalam pukul 2 petang terus check in. Wow memang homestay ni mempersonakan walaupun di tepi jalan besar tetapi suasana homestay terletak di kawasan sawah padi dan gunung. Kami tak tahu apa nama gunungnya sebab kami malas nak bertanya hehe... Google mesti dapat jawapannya.

Homestay ni ada 2 bilik katil queen setiap bilik attached bilik air + 1 bilik air di dapur. Kami pergi bercuti kali ni agak ramai walaupun menaiki 1 Alza je. 6 orang dewasa + 3 budak (usia 8, 6, & 4 tahun) + 2 baby (usia 8, & 4 bulan). Budak-budak sampai jer homestay dah mulalah buat perangai. "Rumah ni sunyi jer". Apalagi dorang berlari lah dalam rumah. Maka bisinglah jadinya. Lantai homestay pulak kayu sonoklah dorang memecahkan kesunyian rumah.

Masa bercuti di sini kami membawa bekal dari rumah. Wife jadi tukang masa di kg. Kami bawa bekal ayam marinate goring, dan perut rebus dan pencicah sambal kicap. Yang bestnya kat homestay ni macam-macam ada. Ais batu pun ada. Kicap, sos, teh, gula pun ada. Beras dan pulut pun ada. Bahan-bahan memasak yang lain pun ada termasuk asam keping, kunyit dan lain-lain. Memang lain lah dari homestay-homestay lain. Homestay ni menang dari segi kelengkapan dan bahan-bahan memasak.

Pinggan mangkuk pun agak banyak, pinggan dan mangkuk pakai buang pun ada. Set BBQ pun ada. Meja lipat, kerusi dalam kuantiti yang banyak sesuai untuk aktiviti keluarga / family day. Memang syok abislah menginap di sini.

Halaman pun memang luas sangat boleh parking bukan sahaja kereta, bas, lori kontena / trailer pun boleh. Nak pasang khemah pun boleh.

Dapur memasak, mesin basuh, dan penapis air pun ada. Kami masak jagung dan ubi jepun yang kami beli di Agro Bazar.

Percutian kami singkat sahaja memang rasa tak puaslah menikmati keindahan panorama di homestay tersebut. Suasana yang damai membuatkan kami rasa taknak ke mana-mana. Tapi disebabkan cuti yang terhad kami manfaatkan jugak pergi berjalan-jalan dan meninggalkan homestay yang indah ni buat sementara dari petang hingga ke malam. Kami bermalam di homestay, cuma kekurangannya toto hanya 2 sahaja jadi kami terpaksalah berkongsi. Mungkin lain kali kena bawa toto sendiri bagi keselesaan.

Esok pagi kami ke kolam air panas Ulu Legong. Best jugak kolam air panas ni. Masa kami pergi hari bekerja di Kedah jadi tidak ramailah orang. Syoknya bermandi manda. Baby kami mandi tanpa memakai diapers pun haha. Pakai diapers buat berat jer. Yang lain mandi berpakaian lah mahu pengsan orang tengok kalau berbaju kulit jer haha...

Masa terhad selepas mandi terus ke homestay. Makan-makan dan rest terus bersiap-siap untuk check out. Pada paginya wife ada call tuan homestay bertanya boleh check out lewat ke. Rasa macam tak puas jer menginap di situ. Tuan homestay memberi kebenaran untuk check out bila-bila masa sebab pada hari tersebut tiada tempahan. Baik sungguh tuan homestay macam Pakcik Ahmad homestay di Alor Setar.

Tapi kami tak dapatlah lama-lama di homestay. Sebelum Zuhor kami check out dan membayar sewa homestay RM 150. Maka kami terpaksalah meninggalkan homestay yang terlalu istimewa ni.

Untuk tempahan : Encik Daud 019-4223160




7th homestay - Izz Homestay Gong Badak pada 13.09.2016 - 17.09.2016 pada RM 80/malam melalui mudah.com



Kami menempah awal homestay sebab cuti sekolah. Alhamdulillah rezeki kami dapat  Izz Homestay Gong Badak. Homestay yang tersangat budget. Homestay dilengkapi dengan ruang tamu dilengkapi perabot dan televisyen (astro njoi), meja makan, tilam (toto), iron, bilik tidur (queen bed), bilik tidur ( 2 single bed), bilik solat, dapur (cooking allowed include with rice cooker, peti ais, heater, dapur dan alatan memasak), bilik mandi dan tandas.

Berdekatan dengan ILP Gong Badak - 2 km, IPG Dato' Haji Razali Ismail - 10 km, Universiti Malaysia Terengganu - 2.5 km, Universiti Sultan Zainal Abidin - 2 km, INSTEP - 14 km

Lokasi: hadapan sk kompleks gong badak, belakang kasut you, 7Eleven, pasaraya XIRI, Lavino , Pustaka seri Intan, 5 min ke lapangan terbang, 15 min ke bandar Kuala Terengganu, 5 min ke Mydin dan Giant Gong Badak.

Tempahan homestay : 013-9842334 (call / WhatsApp) 019-9802334 (call) - En. Amir

Kami bercuti by Malindo flight return seramai 5 dewasa + 1 baby sampai pada 13.09.2016. Kami dijemput oleh anak tuan homestay di airport. Alza jugak disewakan pada kami pada kadar RM 510. Sepatutnya Alza disewa pada 14.09.206 - 16.09.2016 tetapi tuan homestay memberi kebenaran kepada kami membawa Alza tersebut pada hari kami sampai. Selepas check in rest-rest, kami pun jalan-jalan cari makan. Kami bercadang nak ke Tok Jembal tapi tak jumpa kami jalan-jalan tanpa panduan sehingga sampai ke Mengabang Telipot. Semasa di Mengabang Telipot kami nampak Warung Pok Nong Mengabang Telipot, terlalu ramai pengunjung sampai beratur panjang. Sedap betul kan kat sana. 

Kami tak singgah pun kat Warung Pok Nong Mengabang Telipot. Kami lalu terdapat beberapa buah kedai / warung menjual Ikan Celup Tepung (ICT). Kami memilih Warung Cik Su sebab berhampiran dengan pantai. Kami makan untuk 5 orang, makan santai-santai. Kami ambil 1 ekor ikan Mabong RM 5, 1 ekor ikan pari RM 4, 2 ekor sotong RM 15 dan 9 ekor udang (3 ekor RM 2), 3 ABC aiskrim RM 9, air kelapa RM 2.50 dan cendol RM 2.50 semua RM 44.00.

Selepas makan kami berjalan ke pantai. Setelah puas menikmati suasana pantai dan laut kami singgah membeli ikan di selekuh jalan selepas Warung Pok Nong. Kami membeli 2 kilo ikan segar. 1 kilo ikan kerisi, dan 1 kilo ikan gelama. Selepas itu kami meneruskan jalan-jalan ke Seberang Takir. Kami singgah membeli kopok lekor di Kg. Bukit Tok Beng. Selepas tu kami jalan-jalan sampai tersesat-sesat sengaja cari pasal. Masa tu kami tak setkan google maps. Makin malam kami setkan google map untuk mencari jalan pulang. Kami singgah di pasaraya Xiri untuk membeli bahan memasak beras, gula, kunyit, cili padi, dan keperluan lain ubat gigi, sabun cuci kain dan lain-lain.

Wife dan makcik singgah ke Kedai Kasut You untuk membeli sandal baru. Beli harga promosi penghabisan stok RM 20/pasang.

Setelah sampai rumah abah terus memasak nasi dan siang ikan. Abah memasak pada malam tu dan kami hanya makan. Kami makan ikan goring cicah sambal belacan yang ditumbuk oleh makcik. Sedap ikan segar makan macam mana pun tetap sedap.

14.09.2016, kami jalan-jalan Kuala Terengganu. Kami gerak dari homestay dalam pukul 11.30 pagi. Sampai KT kami ke pasar paying untuk shopping kudap-kudap. Selepas menghantar barang ke kereta kami ke Bukit Puteri. Sonok jugak menikmati keindahan KT dari Bukit Puteri. Yang tak bestnya kena mendaki dan menuruni anak tangga. Masuk percuma takde orang pun jaga kat kaunter.

Selepas turun dari Bukit Puteri kami ke Tamadun Islam. Bayaran yang dikenakan RM 72.00 untuk 2 dewasa + 3 warga emas. Sonoknya melihat keindahan senibina masjid-masjid di dunia. Masa kami agak terhad ada antara masjid tengok sepintas lalu je.

Selepas melihat Tamadun Islam, kami cadang nak naik Cruise tapi sayangnya takde orang lain pada trip terakhir cruise jam 5.45 petang maka kami tak dapatlah naik cruise. Kami ke masjid Kristal selepas tu. Kat Masjid Kristal kami singgah tak lama sebabnya kami kena ke Terminal Bas Ekspress KT untuk menjemput adik dan adik ipar kami suami isteri.

Selepas jemput adik dan adik ipar kami balik ke homestay. Makan malam kat homestay.

15.09.2016 kami ke Tasik Kenyir. Kami menggunakan Google Map sebagai panduan. Kami setkan Tasik Kenyir akhirnya kami sampai ke Sg Como Tasik Kenyir. Tersilap sepatutnya kami setkan Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Kami sampai jugak ke Pengkalan Gawi setelah berpatah balik. Setakat nak tengok Tasik memang rasa tak berbaloi tanpa aktiviti lain maka kami pun menaiki bot ke 3 pulau RM 180/bot. Pulau yang kami pergi adalah Pulau Herba, Pulai Air Terjun Saok dan Pulau Rama-rama.

Kami singgah di Taman Herba di Pulau Sah kecil selama 20 minit. Kami minum air herba yang disediakan. Ada 3 jenis air herba, Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa. Kami turut membeli herba yang dijual RM 10/pek.

Selepas meninggalkan Taman Herba kami ke Air Terjun Saok. Kami mandi manda di air terjun selama 1 jam. Sejuk betul air terjunnya tapi menyeronokkan dengan keindahan alam.

Selepas tu kami ke Taman Rama-rama. Tak banyak pun rama-rama. Masuk percuma. Kami teruja bila masuk ke dalam gua yang ada serangga-serangga. Berbaloi jugaklah ke sana.

Setelah ke 3 pulau tersebut kami balik ke Pengkalan Gawi. Selepas tu kami bercadang ke Air Terjun Sekayu pulak. Tapi kami telah tersesat maka kami sampai ke Air Terjun Sekayu pada pukul 5 petang. Kaunter pun sudah ditutup tapi kami diberikan kebenaran masuk untuk tengok-tengok air terjun, dan solat asar di Surau  Air Terjun Sekayu. Selepas tu kami bergerak ke homestay. Sebelum ke homestay kami ke Mengabang Telipot untuk membeli ikan segar lagi tapi telah tutup. Jadi kami singgah ke pasar malam agak lewat jugak dekat pukul 9 malam. Penjual pun dah bersiap untuk tutup kedai Alhamdulillah masih ada rezeki kami. Bila kami sampai umah kain di ampaian tela diangkat. Tuan homestay bagitahu angina kuat dan hujan lebat anak tuan homestay tolong angkat kain. Alhamdulillah baik sungguh hati tuan homestay dan anak-anak.

16.09.2016, kami ke Terminal Bas untuk membeli tiket adik dan adik ipar. Setelah mendapatkan tiket KT - Kuantan kami berjalan-jalan ke Pasar Payang untuk membeli kudapan dan lain-lain. Wife membeli kain pelikat murah sebagai alas tido baby kami. Kain pelekat Tiga Gajah 5 pasang RM 50. Harga sepasang RM 13.

Selepas itu wife membeli kudapan seperti dodol daun palas, dodol Kelantan dalam bentuk tigasegi pelbagai perisa, gula-gula nisan, dan gula kabung. Selepas shopping di Pasar Payang hantar barang ke kereta kami berjalan-jalan ke Pulau Warisan pulak. Selepas tu baru gerak ke seberang takir untuk membeli keropok lekor untuk di bawa pulang. Kami ke kedai keropok lekor yang kami singgah pada 13.09.2016. Keropok lekor di situ sedap. Family yang lain ada kirim jugak. Wife beli keropok lekor Vacuum untuk memudahkan dibawa balik untuk diberikan kepada yang mengirim.

Lama jugak menunggu keropok vacuum ni siap pek sebab ramai yang mengorder dalam kuantiti yang banyak. Sejam lebih jugaklah menunggu. Sambil menunggu menikmati keropok goring yang panas dan pisang goring. Teh O ais percuma boleh minum sesuka hati. Cuaca panas bergelas-gelas jugak minum.

Selepas membeli keropok lekor kami balik ke homestay. Masak-masak dan makan-makan kami keluar semula. Kami jalan-jalan ke Pantai Pandak untuk mandi laut pulak. Selepas puas mandi kami gerak ke Mengabang Telipot untuk membeli ikan segar tapi kedai tutup takde rezeki kami. Balik kami tapau Tom Yam campur. Nasi memang dah masak. Sebelum masuk tido kami mengemas barang-barang ke dalam beg.

17.09.2016 hari kami meninggalkan Terengganu. Flight kami pada pukul 10.55 pagi. Tuan homestay dan anaknya hantar kami ke airport pada pukul 8.45 pagi. Selepas menghantar kami, anaknya hantar adik dan adik ipar pulak ke Terminal Bas KT. Flight kami delay ke pukul 11.20 pagi. Kami sampai Subang airport pukul 12.25 tengah hari. Setakat ni cuti-cuti budget menginap di homestay. Insyaallah ada rezeki bercuti lagi bersama family. Cuti ramai-ramai memang seronok. Makcik pun 1st time join cuti-cuti naik flight ni.

Wife masa mengandung sampailah ada baby suka cuti-cuti. Semasa mengandung wife bercuti by Firefly flight return ke Alor Setar pada 21.01.2016 - 22.01.2016. Kami bercuti berdua je. Kami menginap di homestay FOC menumpang di rumah sepupu di Sungai Petani. Short vacation sebab masa tu dapat tiket Firefly murah tu yang saja-saja grab. Cuti-cuti weekend je.

Pada hari cina 07.02.2016 - 9.02.2016 sepatutnya kami berdua ke Kuala Terengganu by Firefly return. Masa ni ambil tiket promosi harga return termasuk travel insuran RM 80++ return / pax. Sepupu wife kahwin jadi kami balik kg.

Bulan 2 ke Langkawi by Firefly return & bulan 3 ke Kota Bahru by Firefly return. Nasib baik bulan 4 - 7 takde book tiket ke mana-mana. Wife banyak book tiket sebelum tahu dia mengandung. Alhamdulillah lepas jugaklah pergi mana-mana sebelum bersalin dengan selamat.

Percutian ke Kuala Terengganu pada bulan 9 pada mulanya grab tiket murah Air Asia RM 10/pax. Tapi disebabkan leceh nak p ke KLIA tu yang beli tiket baru by Malindo. Firefly mahal sangat pada Raya Haji dan cuti sekolah. 1st time naik Malindo semenanjung flight. Dalam flight dapat Drinking Water jer. Mak kata Malindo ni kedekut bagi drinking water je. Biasanya naik firefly ada air berperisa, kacang dan kek / muffin. Tapau je makanan kalau naik Malindo lagi.

Bulan 8 baby kami dah ikut sama pergi cuti-cuti Malaysia. Alhamdulillah baby kami suka tido dalam perjalanan sama ada naik kereta, flight dan bot tasik kenyir pun dia tido. Senang takdelah meragam. Harap-harap percutian yang akan datang senang bawa baby.

*** Gambar-gambar homestay ambil dari Mudah dan Booking.com. Boleh rujuk dari Mudah / Booking untuk keterangan lanjut. Kadar Sewa mungkin ada perubahan dari masa ke semasa. Boleh contact tuan homestay untuk keterangan lanjut.













1 comment:

  1. En. Razley @ 0165872889, razley@yahoo.com...penipu besar dalam semua urusniaga atau servis berkaitan penginapan, pengangkutan & pakej pelancongan...

    boleh semak laporan polis bertarikh 13 Mei 2018..nombor repot CENTRAL/002404/18...pihak CCID (Commercial Crime Investigation Department) dah cukup bukti dan akan cekup dia tak lama lagi...

    ReplyDelete