https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday 4 May 2016

Astro Family Lite RM 21.20

Kami beli TV baru untuk kegunaan tetamu di bilik tetamu. TV yang kami beli online di Jintexelectronics.com

Address: 4, Jalan 21/12, Sea Park, 46300, Petaling Jaya, Selangor, 46300, Malaysia


Hours: Monday - Saturday : 10.30 am - 9.00 pm
Wife yang order Sharp 40" Full HD LED TV [LC-40LE265M] RM 1,168.00 + TV Bracket with installation RM 150.00 = RM1,318.00. TV bracket without installation dalam RM 85.00. Wife guna duit dia, komisen dari company dia.

Senang order di Jintexelectronics.com ni sebab harga consider murah, free delivery dan owner mesra pelanggan. Kami dah kali kedua order melalui Jintexelectronics.com ni. Last year masa nak pindah rumah banyak kelengkapan rumah kami order di sini. Wife masa tu pergi walk in terus ke kedai. Wife bayar cc kat sana sebab masa tu nak guna cc, no extra charges.

Kali ni wife malaslah nak walk in, dah sarat dah kandungan pun dah 8 bulan lebih. Lagipun kalau walk in cost lagi nak pergi sana. Baik order online, lagipun payment COD masa barang sampai. Payment boleh bayar by cash, debit card and credit card without any extra charges.

TV pun dah sampai, cuma ada masalah kat dia punya side tepi TV lekang. Aku pun tak double check masa TV sampai. External Hard Disk pun TV ni tak boleh nak baca. Wife aku cakap maybe sebab dia tak support. Bila connect External Hard Disk thru Laptop dan HDMI boleh je nak tengok video terus ke TV. Wife aku dah report pada owner kedai ni, technician Sharp pun ada call untuk set appointment cuma kekangan masa aku takde kat rumah. Saturday petang aku ada tapi technician Sharp tu tak boleh datang lewat petang.


Wife aku kata not big issue sebab tujuan utama dia beli TV tu nak tengok TV. Tak boleh nak run external hard disk baginya takde masalah. Lagipun TV ada warranty till 5 years incase not function no power etc, boleh terus report kat owner. Owner pun jenis mesra pelanggan sebelum ni ada jugak peralatan yang tak function, cepat je technician dari supplier datang dalam tempoh warranty. Tapi akulah bising sebab beli TV limit function. Wife aku malas nak layan aku. Kalau taknak wife aku TV kat mak ayah dia kat kampong.

Wife aku cadang nak masuk Njoi tapi permulaan bayaran Njoi ni mahal for Refurbished DMT Box available for a one-time payment of RM285 (GST incl.) + additional RM100 standard installation fee applies RM385. Nak keluar duit sedepuk macam tu rasanya mahal. Selepas google dapat alternative lain Astro Family Lite RM21.20 termasuk GST. Consider murah walaupun kena ikat contract 2 tahun. Jika takde hidden cost total kena bayar sepanjang contract 2 years RM21.20 X 24 months = RM508.80.

Astro Family Lite RM 21.20 ada 33 Channel. Oklah jugak bukan kami / tetamu kami nak tengok TV 24 jam pun. Wife register pakej ni secara online pada 23/04/2016. Register mudah je bagi copy of IC depan belakang, alamat pemasangan dan 2 nombor telefon untuk dihubungi. Pada 25/04/2016, wife terima panggilan dari Astro IC yang wife hantar tak lengkap, so wife WhatsApp jer ke nombor tersebut. So settle cuma person in charge bagitahu quota pemasangan bulan April sudah penuh, so permohonan akan dilanjutkan ke bulan 5. 1hb May walaupun public holiday, wife dapat panggilan dari HQ Astro untuk verification permohonan dan proses seterusnya tarikh pemasangan terus ditetapkan di system Astro. Tarikh pemasangan pada 04/05/2016. Astro pun dah selamat dipasang di rumah kami dengan bayaran RM 30.00 untuk upah pemasangan. Consider murahkan dari Njoi cuma Njoi ni bayar one time sedepuk duit, bulan-bulan takyah nak piker pasal bil bulanan. Astro ni pakej termurah RM 21.20, wife kata akan menabung RM 1.00 sehari, jadi setiap bulan rasanya takde masalah nak bayar bil tersebut, takdelah menjadi beban kepada kami.








2 comments:

  1. Wah, ada pakej lagi murah. Terima kasih kerana berkongsi. Astro Ceria ada dalam pakej ni kira oklah. Anak2 suka tengok. Saya ingat nak langgan semula. Astro lama dah terminate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amik pakej yang terendah senang nak maintain, lagipun bukan ada masa pun dah tengok tv harapkan weekend je la. Selalu tgk tv1, tv2, tv3 and tv9 je. Pasang astro untuk gambar yang lebih jelas je. Rugi bayar lebihkan bukan sempat nak tgk semua channel astro. Baik amik yang murah.

      Delete