Cerita ni dah lama dah baru ada mood nak update. Kami sekuarga pergi ke Jambatan Karai @ Victoria Bridge pada hari raya kedua. Rumah makcik belah isteri saya di seberang karai. Rumahnya berdekatan sangat dengan jambatan Karai ni. Jadi wife aku ajak untuk turut serta menyeberangi jambatan karai tersebut bersama anak-anak buah dia menggunakan jambatan lama sebelah landasan keretapi lama pernah menjadi lokasi pengambaran filem Zombie Kampung Pisang. Sepanjang menyeberangi Jambatan Karai tersebut anak buah yang berusia 7 tahun potpet mulutnya. Adake dia tanya kat atuknya kat sungai ni ada ikan dolphin ke?, buaya?, ikan jaws?, dan yang pelik lagi ikan mulut becok?, ikan telinga panjang?. Wife aku mengekeh-ngekeh ketawa sebab baru dengar nama ikan yang pelik-pelik. Mak anak buah aku tu cakap ni lah pengaruh tengok National Geographic tu yang otak-otaknya berhubung dan mereka nama ikan-ikan yang pelik-pelik. Kalau betul ada Ikan Mulut Becok, Ikan Telinga Panjang confirm tak putus-putus orang datang ke Jambatan Karai ni untuk berselfie-selfie. Dulu masa wife aku kecik-kecik takde smartphone tak Nampak pun orang berselfie. Masa aku datang ritu ada ramai pengunjung yang datang berselfie kat sana.
Gambar-gambar semasa di Jambatan Karai.
Akhirnya diprintkan ke atas kek Hari Lahir dorang. Buat ketiga-ketiga sekali harung pada 08.08.2015. Wife yang tempah kek ini dari Silarasa Delight. Kek Red Velvet sedap berbaloi beli.
salam, balas kunjungan..follow here juga :)
ReplyDelete