Wednesday, 17 June 2015

Ketuk Ketuk Ramadan 2015 #1 Bersama selebriti undangan Syafiq Kyle

Bersiaran di Tesco Kuala Selangor, Bersama selebriti undangan Syafiq Kyle. Resepi Masakan Berbuka Puasa Ramadhan 2015.
 
 
Sambal Ikan Bilis Ibuku Syafiq Kyle
 
Bahan-bahan:
Ikan bilis - digoreng garing
Bawang besar dihiris bulat
Ubi Kentang
Kacang
 
 
Bahan-bahan kisar:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
 
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, gorengkan kentang dan toskan.
Gorengkan ikan bilis dan toskan.
Tumiskan cili kering, masakkan garam dan gula secukup rasa, masukkan bawang, masukkan ubi kentang, kacang goreng dan akhir sekali ikan bilis. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
Daging Kaprau Sheila Rusly
 
Bahan-bahan:
Daun Selasih
300 gram Daging batang pinang yang telah diperah menggunakan tom yam pes selama 1/2 jam
Tom yam pes
Cili padi ditumbuk
Cili padi dibelah 2
Kicap lemak manis saji
Sos cili saji
1 labu bawang besar yang ditumbuk halus
1 labu bawang hollang dipotong wedges
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang, cili padi yang ditumbuk, cili padi, daging yang telah diperap, kicap lemak manis, sos cili, daun selasih, bawang Holland, gula dan garam secukup rasa.
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment