https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday 15 July 2014

TUMIS-TUMIS RAMADAN CHEF SABRI - SUP KAMBING BEREMPAH, AYAM MASAK KASHMIR, TEH MASALA

Tema masakan ialah INDIA!!!.

SUP KAMBING BEREMPAH
Penyediaan : 4 orang
Masa : 40 minit

TUMIS-TUMIS RAMADAN CHEF SABRI - SUP KAMBING BEREMPAH, AYAM MASAK KASHMIR, TEH MASALA
Bahan-Bahan:
800g Isi kambing & tulang – dipotong kasar
2 liter Air
4 sdm minyak masak/jagung
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
5 g halia – dipotong mayang
2g kulit kayu manis
2 g bunga lawang
2 g buah pelaga
1 sdm serbuk jintan manis
1 sdm serbuk jintan putih
1 sdm serbuk ketumbar
40g ubi kentang dipotong dadu
susu
air limau nipis/lemon
1 sdm garam secukup rasa
Sedikit Air

Cara membuatnya:
  1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak/jagung, bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang,buah pelaga, tumis hingga naik bau, 
  2. Masukkan daging kambing, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, kacau hingga rata, kemudian masukkan air dan ubi kentang kacau hingga rata.
  3. Reneh hingga daging kambing empuk.Masukkan seleri, sedikit gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan susu dan perahan air limau nipis.
  5. Siap untuk dihidang, hias dengan bawang goreng dan daun bawang.

Tips:
Untuk mengelakkan kambing berbau lebihkan rempah ratus
Untuk melembutkan kambing gunakan akar daun pandan / akar ketumbar.
Goreng daging dahulu untuk mengekal rasa dan mengelakkan protein-protein kambing tidak terkeluar dan permukaan daging tidak pecah.
Cara mendapatkan kuah pecah, masukkan sama ada buah keras / kacang dhal direndam semalaman dan dikisar / ubi kentang dikisar.
Renihkan sup 100% dengan api yang perlahan. Jangan gunakan api yang besar untuk mengelakkan daging liat.
Untuk menjadikan sup tahan lama yang berkrim, seperti bersantan / bersusu, masukkan sedikit jus limau nipis.
Masakan yang masih panas jangan ditutup kerana titisan wap akan menjadikan makanan cepat rosak / basi.



AYAM MASAK KASHMIR
Penyediaan : 4 orang
Masa : 30 minit

TUMIS-TUMIS RAMADAN CHEF SABRI - SUP KAMBING BEREMPAH, AYAM MASAK KASHMIR, TEH MASALA
Bahan-Bahan:
800g peha ayam – dipotong 2 setiap 1
4 sdm minyak jagung
3 ulas bawang putih – dihiris
2 g halia – dipotong mayang
2 ulas bawang merah – dihiris
3 cawan Air
2g kulit kayu manis
2g bunga lawang
2g buah pelaga
1 helai daun pandan – diikat
8 helai daun kari
2 biji cili hijau – dibelah 2
2sdm serbuk kari daging
½ sdm serbuk jintan manis
½ sdm serbuk jintan putih
½ sdm serbuk ketumbar
3 biji ubi kentang – dibuang kulit – dipotong 6
2 biji buah tomato – dipotong 6
3 sdm sos tomato
4 sdm sos cili
½ biji air limau nipis
1 sdk serbuk perasa ayam
1 sdm garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, bawang putih, halia, bawang merah, 3 serangkai, daun kari, kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, kacau hingga separuh masak.
  2. Masukkan rempah ratus, kacau hingga rata, hingga naik bau, kemudian masukkan air.
  3. Biar ia mendidih, sekiranya terlalu pekat boleh tambah sedikit air, setelah mendidih selama 20 minit.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan bahan-bahan yang lain.
  5. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidang, hias dengan bawang goreng, dan daun bawang.
 
TEH MASALA

TUMIS-TUMIS RAMADAN CHEF SABRI - SUP KAMBING BEREMPAH, AYAM MASAK KASHMIR, TEH MASALA
Bahan-Bahan:
2 gelas Air Panas yang mendidih
3 uncang Teh Boh
4 sdk Susu Cair- susu sejat penuh krim
3 biji Buah Pelaga
Bunga lawang
Gula perang/gula

Cara membuatnya:
  1. Masukkan uncang teh di dalam air panas, biar seketika sehingga pekat. 
  2. Kemudian masukkan 1 sudu makan gula perang/gula, bunga lawang, buah pelaga dan susu.
  3. Kacau dan sedia diminum.


0 comments:

Post a Comment