Alamat pengirim - di hide kan (untuk tujuan keselamatan)
_______________________________________________________________________________
Alamat penerima - di hide kan (untuk tujuan keselamatan)
Tarikh : 27 Jul 1999
Cik.
Laporan Kehilangan Kunci Bilik
Saya (takan tak tahu) dan alamat yang tertera di atas sebelah kiri ingin memberitahu cik bahawa tiada sebarang kunci bilik di dalam rumah beralamat (alamat dihidekan - untuk tujuan keselamatan). Kunci lain adalah, nak, kunci almari, kunci motor, kunci basikal adalah. Mungkin kunci bilik tu bertukar alamat kot.
- Berikutan dengan panggilan telefon yang mengejutkan itu, kami telah bersusah payah menyelongkar semua beg. Hasil daripada penyelidikan dan penyiasatan yang buat sungguh mengecewakan. Yang jumpa hanyalah besi magnet, mainan, alat solek.
- Perkara ini telah membuatkan kami very and very-very angry. Oleh itu pihak kami telah menyuarakan cadangan supaya dapat menyelesaikan masaalah ini dengan secepat mungkin.
Ok, kalau tak dapat pulang, senang sahaja, hubungi kami di talian bebas tol (no tel nenek saudara dihidekan - untuk tujuan keselamatan) atau karang satu surat tak rasmi kepada kami. Panjang karangan hendaklah melebihi 350 patah perkataan, Do you understand?
Kalau itu pun tandak, buat begini, ajaklah kawan ataupun seorang diri sahaja ke kedai kunci, buat kunci pendua maksud saya copylah. Untuk tidak menyusahkan lagi, cik boleh cari di mana-mana kedai kunci, mungkin kedai gambar pun ada, tak payahlah cik nak berulang alik. Tetapi surat ini kena balas, emak suruh ada faham, kalau tak faham juga ambil surat ini dan makan mentah-mentah atau cicah dengan air sirap atau teh panas atau panggang surat ini ambil abunya, masukkan ke dalam air, + gula + susu dan sedikit kapur barus.
Saya malas nak cerita panjang lagi sebab karangan saya ini dah cukup bagus dan mungkin boleh dapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Ok tentang RM 10 itu jangan kau cakap kau dapat RM 20 dalam surat yang akan dibalas nanti, nanti banyak soalnya. Cakap je dapat RM 30. Setakat ini sajalah story, tulis banyak pun kau bukannya faham. Sekian terima kasih.
Selamat Maju Jaya
Yang menurut perintah
Signed99
0 comments:
Post a Comment