https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday, 11 June 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN - MAKANAN SUNNAH

Wife saya rajin survey dan shopping online. Inilah hasil tangkapan terbaru dia. Persediaan makanan dan minuman sunnah untuk berbuka puasa yang akan menjelma tak lama lagi. Stok kurma Safawi, buah tin, kismis campur dan jus delima Meysu dah tersedia oleh wife. Jimat dah bulan puasa nanti dah tak perlu beli kat luar. 



Buah Tiin (Fig) mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin. Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”






Delima (Pomegranate) adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser. Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."




Kurma (Dates) sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."



Kismis (Raisin) ,Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan  kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum  sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali kematian”.


0 comments:

Post a Comment