https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday, 26 June 2014

MINUMAN POPULAR BERBUKA PUASA 2014

Cincau hitam memiliki khasiat untuk menurunkan panas dalam, panas luar, mencegah gangguan pencernaan.
 

Air Katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini.
 
Bahan-bahan:
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Getah anggur (katira) Sagu 3 warna cendol cincau - potong Gajus, Badam atau kacang tanah goreng - buang kulit sedikit asam boi hirisan kurma cina dan buah semangkuk
Barli, buah kundur atau buah kabung
kismis
biji selasih
air secukupnya
 
Bahan sirap hijau:  
Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya) sedikit pewarna hijau daun pandan  

Cara membuat: Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
 

 
 
Air Kelapa Muda
 
Air Tebu
 
Air Tembikai
 
Buah Kabung @ Kolang Kaling
 
Bahan-bahan
Buah kolang kaling (buah kabung)
1 liter air
300 g gula pasir
2 helai daun pandan
Perisa sirap ros secukupnya

 
Cara Membuatnya
Buah kolang kaling dibersihkan terlebih dahulu
Masak air bersama2 gula dan daun pandan sehingga larut kesemua gula
Masukkan perisa sirap ros secukupnya dan biarkan air gula agak pekat diikuti dengan buah kolang kaling tadi dan biarkan ia mendidih sebentar
 
 Laici Kang dikatakan banyak khasiat untuk kesihatan badan.
 
Bahan-bahan
 Air gula atau air sirap
Sedikit agar-agar berwarna
Barli yang telah direbus
Buah kabung
Buah laici ( dalam tin)
Sedikit isi cendol
Cincau
1 sudu besar katirah ( direndam selama 4 jam)
2 sudu besar biji selasih ( direndam selama 5 minit)
5 ke 6 biji buah kembang semangkuk ( direndam selama 5 jam) 
 
Cara-cara
Cara membuatnya amat mudah sekali. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan kesemua bahan diatas. Laici kang anda siap untuk dihidangkan dan diminum.
 
 
Sirap Selasih, walaupun agak klasik namun masih popular dan menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan.
 

 
Bunga Kekwa yang dibuat Teh dapat menyejukkan badan.
 

Air Ribena amat popular di bulan Ramadhan, kerana iklan komersialnya menjadi tumpuan

6 comments:

  1. Semuanya sedap belaka.
    Tak boleh tahan air liur ni macam nak meleleh. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan pose semua air sedap. air kosong pun rasa sedap

      Delete
  2. klau tengok dlm bulan puasa lagi lah terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan tengok sebelum bulan pose. Kalau bulan pose memang terliur tak sabar nak minum

      Delete