https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday, 19 June 2014

BETUL KE LAZADA PENIPU ... BOLEH PERCAYA KE BELI BARANG DI LAZADA

Lazada merupakan salah satu platform online yang semakin popular dan mendapat tempat bagi pembeli yang kesuntukan masa untuk bertandang terus ke premis jualan barangan yang mereka kehendaki. Macam-macam barang yang terdapat di Lazada sekarang.

Wife saya memang rajin membeli barang secara online sebab alasannya payah nak keluar. Tambah-tambah sejak jadi isteri aku pergerakannya memang terbatas. Aku mana bagi dia keluar sesuka hati secara fizikal. Tapi wife aku panjang akal dia buatlah operasi mengular secara maya pulak dengan PC officenya. Bila masa dia order memang aku tak tahu, barang dah sampai office barulaH dia bagitahu "ayang dah beli barang". Aku memang tak boleh nak buat apa. Takkan nak suruh dia pulangkan balik barang, lagipun dia guna duit dia pun.



Antaranya, dia pun ada pernah jugak beli Handphone untuk aku masa aku kehilangan Iphone di pasar borong. Dia beli jenama Lenovo A390T dengan harga RM 199.00 after less voucher diskaun RM 10.00 jadi jumlah yang kena bayar jadi RM 189.00. Pembayaran secara COD semasa barang diterima. Bagi aku Lazada memang secure so tak perlu risau barang tak sampai. Sebab selagi barang tak sampai tak perlu keluar duit. Barang yang diterima in good condition with 1 year warranty.


Alcatel OneTouch Glory 2S Pro 4GB Black + Protective


Wife pun pernah beli handphone untuk adiknya di kampong brand Alcatel harga yang sama RM 199.00 tapi disebabkan wife aku ni jenis panjang akal masa tu ada diskaun RM 30.00 sekiranya pembelian RM 100 ke atas melalui smartphone applikasi so wife gunakan peluang login akaun dengan smartphone so harga after less RM 169.00. Memang murah sangatkan walaupun handphone bukan high specs tapi jadilah sebab masih boleh guna. Apa gunanya smartphone mahal-mahal tapi internet tak mampu nak sign up, tumpang open wifi le jawabnya.

Masa ada diskaun melalui smartphone wife bukan sahaja angkut satu barang malahan more than that. Tapi dia sign upla more than 1 account sebab satu user layak beli satu barang. Hasil dari kebijaksanaan dia dapatlah beli barang lagi seperti di bawah.


Boiler 10 Liter - RM 199.00 after discount RM 169.00. Masa beli rumah kena catuan air memang bergunalah boiler ini untuk mengisi air masak.
 

I-rova Robotic Vacuum - RM 289.00 after discount RM 259.00
 
 
Cara-cara membeli belah di Lazada
 
1. Korang pilih barang yang korang nak lah.
 
 

2. Bila korang dah dapat barang yang korang berkenan korang click "Buy Now"

 

3. Kalau korang dah 100% yakin nak beli barang tersebut korang boleh click "Proceed to Checkout"

 

4. Kalau korang dah ada akaun korang boleh login dengan email sedia ada terus then click "continue". Kalau tak korang just masuk email address and click "continue" without password. Korang kena follow instruction yang dorang berikan. Don't worry takdelah susah mana pun. Walaupun in English korang mesti faham punya.
 
5. Korang masukkan contact dan details address kat mana korang nak terima barang tersebut. Kalau korang tak tahu nak hantar ke mana korang followlah address aku macam kat bawah ni hehe...

 
6. Korang boleh pilih sama ada nak bayar Cash on Delivery (COD). Perhatian barang yang COD hanya barang tertentu dan coverage tertentu sebab dorang gunakan TAQBIN service bukan satu Malaysia dorang cover yer.

Kalau korang guna Master Credit Card better korang do this purchase on every Monday sebab buat masa ni ada promotion less 10% for selected items. Jimat lagi sape nak bagi 10% discount tu.

Kalau ada voucher pulak korang masukkan dalam order summary voucher code then click use voucher for entitled that discount. Then barulah korang click "Place Your Order". Nanti korang akan dapat email dari Lazada. Korang boleh login Lazada account untuk latest update for delivery etc.


Harap korang fahamlah penerangan aku tak seberapa ni. Jangan takut nak beli online melalui Lazada ni sebab orang umah dah beli banyak barang dia, family dan barang office pun by Lazada. Alhamdulillah takde masalah dengan quality barang yang diterima. Barang yang anda tidak puas hati boleh return sesuka hati within jangka masa yang ditetapkan kalau tak silap aku within 2 weeks dari tarikh pembelian. Korang tolong cek balik term & condition kalau salah tolong betulkan sebab aku malas pulak nak double check term & condition tersebut.

6 comments:

  1. Waaahhh bijak betul wife..ade more than 1 account.
    Vacuum robotic tu ok ke? Ade niat nak beli jugak tapi jumpe yang mahal2 je. Tak kurang RM500.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sign up jer address email lain2 tapi delivery at the same address via COD. robotic vacuum oklah bagi yang takde masa nak vacuum carpet. walaupun kecil tempat sedutnya tapi berkesan menarik habuk2 yang berada di atas karpet. sekarang ni makin murah vacuum tu RM 259.00 offer sekarang ni ada voucher blh less lagi.

      Delete
  2. Original tak iphone dekat lazada?

    ReplyDelete
  3. so far ok je beli barang dari sana ikut jugak la kalau nasib tak baik refund je balik barang tu kalau bole la. free2 meh visit page http://akakjalan2bajet.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. so far ok je beli barang dari sana ikut jugak la kalau nasib tak baik refund je balik barang tu kalau bole la. free2 meh visit page http://akakjalan2bajet.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. saya order dan telah bayar pada bulan mei2021 sekarang dah bulan julai barang tak dapat lagi.mula-mula hara...zada bagi alasan seller[having problem]Lepas itu dia begitu MCO buat mereka susah nak buat hantaran dan terkini pengumuman PM yang minta peniaga agar putuskan rantai penularan covit19.Bila saya check seller yang terbabit tak wujud.[dummy seller create by aaramzada.]MCO kepala otak dia,ini adalah alasan memang tak munasabah sedangkan masa MCO perniagaan yang lain tidak dibenarkan.Tetapi on line business ini bukan saja dibenarkann malah diberi layanan istimewa.Tambah pula jalan rayaa langsung tak sibuk

    ReplyDelete