https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday 27 June 2014

JENIS-JENIS KURMA 2014

Kurma merupakan salah satu makanan yang paling dicari selama bulan puasa baik untuk berbuka puasa maupun sahur, kurma memiliki banyak manfaat untuk menjaga kesihatan tubuh kita selama berpuasa. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Kurma mampu menguatkan sel-sel usus, menurunkan tekanan darah dan memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung kerana ia memiliki kandungan protein dan serat yang tinggi. Kurma mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, dan kalium dalam jumlah cukup banyak. Selain itu, buah ini memuat berbagai zat gizi lainnya, yaitu zat besi, vitamin B1, dan asam nikotinat yang berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit, dan saraf agar tetap sehat dan penting untuk jantung.
Terdapat tidak kurang 1,400 jenis kurma di seluruh dunia, Di Arab Saudi sahaja ada sekitar 400 jenis, belum lagi di Mesir, Iraq, Iran, Tunisia, Pakistan dan California dan tempat lainnya. Antaranya;
Kurma Ajwa, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodry, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma nabtat ali, kurma nobouth saif, kurma nobouth sultan, kurma rushodia, ruthana, ruseiz, safawi, segae, shagra, sheishe, shibibi, sukkari, sullaj, wannana dan kurma al barakah.


Kurma Ajwa, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodry, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma nabtat ali, kurma nobouth saif, kurma nobouth sultan, kurma rushodia, ruthana, ruseiz, safawi, segae, shagra, sheishe, shibibi, sukkari, sullaj, wannana dan kurma al barakah.


Berikut adalah kurma yang terpilih, terbaik dan terkenal serta diminati oleh para penggemar kurma. Anda boleh mencubanya sepanjang puasa Ramadhan sebagai menu wajib berbuka puasa.

Kurma Ajwa (Kurma Nabi):
Kurma Ajwa merupakan yang paling dikaguminya dan merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW. Hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia), warna hitam, tekstur lembut, tidak manis dan cita rasanya mirip kismis.

Kurma Sekki :
Ada dua warna, atas kekuning-kuningan sedang bawah kecoklatan, bagian yang kuning lebih keras, yang cokelat lebih empuk serta kenyal, rasanya manis sedang.

Kurma Barhi :
Warna coklat cerah, manis sedang, tekstur lembut seperti durian, ada sedikit rasa caramel

Kurma Kholas :
Warna cokelat terang keemasan mirip kurma barhi, hanya saja ada citarasa coffee caramel, tekstur empuk rasa manis sedang.

Kurma Khidri :
Warna maron gelap lebih kering, kenyal, tidak terlalu manis paling banyak diproduksi, biasa digunakan bahan dasar olahan kurma, mulai dari kurma isi almond, orange, hingga campuran cokelat.

Kurma Mactoumi :
Warna sedikit hitam kemerahan , permukaan agak keriput, kenyal, rasa manis.

Kurma Sokari :
Tekstur kenyal lembut tapi ada juga jenis yang keras, paling disukai di Arab Saudi, sedikit kering dan manis.

Kurma Silaj :
Warna cokelat kemerahan bentuk lonjong, tekstur lembut rasa manis sedang

Kurma Majol :
Warna cokelat sangat manis lembut dan kenyal

Kurma Monief :
Warna cokelat terang, tidak begitu besar, manis sedang dan tekstur lembut.

Kurma Noor :
Warna tengahnya bersinar kemasan jika dihadapkan pada sinar matahari. Rasanya tidak terlalu manis.

Kurma Amir Hajj :
Tekstur tebal dan empuk. Dikenali juga sebagai ‘kurma tetamu’ kerana ia biasa dihidangkan.

Kurma Halawy :
Warna cokelat terang. Rasanya sangat manis, lembut dan berukuran kecil sederhana.

Kurma Khastawi :
Tekstur berlendir seperti sirap dan empuk. Biasa dijadikan hidangan penutup.

Kurma Khadrawy :
Tekstur lembut, rasanya manis, dan bewarna sangat gelap. Digemari di negara-negara Arab.

Kurma Zahdi :
Warna cokelat muda kemasan bentuk lonjong, tekstur sederhana dan banyak digunakan dalam masakan.

Khasiat Buah Kurma
  • Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium, sulfur, kalsium selain pelabgai vitamin termasuk asid folik. Baik bagi wanita mengandung.
  • Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.
  • Satu kilo kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting ketika berpuasa.
  • Memakan kurma juga boleh memudahkan wanita bersalin
  • Vitamin A kurma dapat memperbaiki penglihatan pada waktu malam, kekeringan mata dan penyakit mata.
  • Kurma juga penawar yang baik kepada masalah pening, sakit kepala. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.



Kurma Ajwa
Kurma Ajwa @ Nabi (Ajwa Date)

Kurma Ajwa merupakan yang paling dikaguminya dan merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW. Hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia), warna hitam, tekstur lembut, tidak manis dan cita rasanya mirip kismis.

Harga Kurma Ajwa @ Nabi (Ajwa Date) dari RM 425.00 (5 kg/carton)
Kurma Ambara
Kurma Ambar (Ambar Date)

Kurma ambar merupakan jenis kurma kedua popular setelah kurma ajwa. Jenis kurma ini berbentuk bulat panjang atau lonjong dengan ukuran yang sangat besar. Dari teksturnya buah yg satu ini isinya lembut dan biji nya kecil. Di saudi buah ini biasanya untuk jamuan tamu istimewa kerana ukuran kurmanya yg besar dan biasanya juga bijinya dibuang lalu di isi kekacang, keju dan lain sebagainya. Dan untuk rasa tentu tidak di ragukan lagi kelazatannya. Ini merupakan jenis kurma asli madinah.

Harga Kurma Ambar (Ambar Date) dari RM 300.00 (4 kg/carton)

Kurma Egypt
Kurma Egyptian (Egyptian Dates)

Harga Kurma Egyptian (Egyptian Dates) dari RM 27.00 (4.5 kg/carton)
Kurma Lamary
Kurma Lamary (Lamary Date)
Harga Kurma Lamary (Lamary Date) dari RM 60.00 (5 kg/carton)
Kurma Mabroom
Kurma Mabroom (Mabroom Date)
Kurma jenis kering, sais sederhana, permukaan berkedut, buah memanjang dan berkilat. Berasal dari Madinah Al-Munawarah
Harga Kurma Mabroom (Mabroom Date) dari RM 175.00 (5 kg/carton)
Kurma Mariami
Kurma Mariami (Mariami Date Grade AA)

Kurma jenis kering, berwarna keperangan kurang manis, permukaan berkedut dan tidak berkilat. Berasal dari Iran

Harga Kurma Mariami (Mariami Date Grade AA) dari RM 185.00 (6 kg/carton)

Kurma Medjoul
Kurma Medjool (Medjoul Date)

Kurma jenis kering, permukaan berkedut. Berasal dari USA

Harga Kurma Medjool (Medjoul Date) dari RM 275.00 (5 kg/carton)

Kurma Merah
Kurma Merah (Red Date)

Harga Kurma Kurma Merah (Red Date) dari RM 70.00 (10 kg/carton)
Kurma Safawi
Kurma Safawi (Safawi Date)

Kurma Safawi termasuk dalam kategori kurma dari Madinah.Ukurannya lebih besar daripada kurma Sufri.Kulitmya bewarna hitam,tidak berkilat.Jenis kurma kering yang lembut.Kurma Safawi adalah salah satu kurma berkualiti dan lazat dari kota Madinah.

Harga Kurma Safawi (Safawi Date) dari RM 125.00 (5 kg/carton)


Kurma Sagai
Kurma Sagai (Sagai Date)

 Harga Kurma Sagai (Sagai Date) dari RM 350.00 (10 kg/carton)
Kurma Sukarai
Kurma Sukarai (Sukarai Date)

 Harga Kurma Sukarai (Sukarai Date) dari RM 175.00 (5 kg/carton)
Kurma Tunisia
 Kurma Tunisia (Tunisia Date)
Harga Kurma Tunisia (Tunisia Date) dari RM 96.00 (6 kg/carton)
Kurma Zahedi
Kurma Zahedi (Zahedi Date)

Kurma Zahedi adalah dari jenis kurma kering tetapi lembut.Mempunyai kandungan kelembapan di bawah 14%.Kurma Zahedi biasanya dituai pada bulan Oktober.Mempunyai warna kuning keemasan.Kurma jenis ini mempunyai jangka hayat kira-kira 18 bulan pada suhu bilik. Kurma Zahedi banyak ditanam di kawasan Khuzestan. Ia banyak digunakan untuk tujuan industri kerana mempunyai kandungan gula yang banyak.

Harga Kurma Zahedi (Zahedi Date) dari RM 60.00 (10 kg/carton)


Kurma Tanpa Biji
Kurma Tanpa Biji (Seedless Date)
Harga Kurma Tanpa Biji (Seedless Date) dari RM 92.00 (14 kg/carton)

1 comment:

  1. mau nanya manfaat kurma segae dan Nobouth Sultan apa iya..makasih.

    ReplyDelete