https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday, 29 April 2014

PERCUTIAN BUDGET DI KOTA KINABALU 11.01.2014 - 14.01.14 PART IV - KOLAGEN SABAH

Wife aku ada beli kolagen masa bercuti di Sabah, 2 pek pada harga RM 10 jer... Murahkan... Setelah sebulan berada di rumah barulah wife memasak kolagen tersebut untuk dibuat minuman kecantikkan biasalah perempuan ni mood nak cantik... Selain di buat minuman kolagen ini boleh ditempek ke muka menjadi masker aka tepung Gombak versi kat muka... Wife aku suruh jugak aku minum dan tempek kat muka memang takla aku buat... Buang masa aja tak minat aku...

Kolagen yang masih mentah perlu dibersihkan dan dimasak terlebih dahulu.
 
KAEDAH PENYEDIAAN dan Cara Penggunaan :
 
  1. Ambil kolagen dalam segenggam (angaran 100gm, Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali . Boleh basuh dgn air limau untuk hilangkan bau hanyir. (yg hanyir ni power lagi ummppp)
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
  4. Campur dengan 2 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus dalam api sederhana dalam 30 – 40 minit.
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk ,4 minggu begantung atas pengunaan klu 100gm klu nk wat masker dn skrub dlm 3 minggu lbih) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker.
Cara Pengambilan :
 
  1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong –1 @ 2 Sudu (selepas bangun tidur ,petang sebelum sarapan & sebelum masuk tidur).nak makn 3 kali @ 2x sehari pon boleh.
  2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 2 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah 3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
 
Rupa jelly yang telah dimasak dan disejuk dan disimpan di dalam Tupperware Freezermate. Stok sebulan ni...
 
Cendok 2 - 3 sudu suka2 hati nak berapa banyak ke dalam cawan... Sila guna air panas yer untuk memudahkan jelly ini larut yer...
 
Tambahkan perisa, pewarna yang sesuai dan bolehla dinikmati dengan enaknya... Slurppp sedap... ayat wife aku... aku sorry nk layan kolagen ni...
 
 
 

2 comments:

  1. wah mnarik bro..bgus kolagen ni.. utk muka..tambah2 wanita
    kat sabah beli bena ni org ckap murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kat sabah mmg murah. jimat beli kat sana. org pompuan sukala pantang kuar shopping ada jer nak beli.

      Delete