Saturday, 14 December 2013

THE MAKING OF OKONOMIYAKI AKA PIZZA JEPUN

Wife dan SIL aku masak Okonomiyaki untuk dinner. Cadang nak buat mkn tea time tapi dorang ptg tadi kuar maghrib baru sampai umh. Lepas siap2kan diri barula dorang memulakan program masterchef dorang ni. Wife akula jd chef amaturnya.


Bahan asas for Okonomiyaki.

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 cawan kobis yang diparut
1/2 batang carrot dipotong (wife aku potong halus, SIL takde pemarut)
Daun bawang
Sosej
1 sudu kecik serbuk ikan bilis
1/2 labu bawang
1 cawan air

Kobis, daun bawang dan sosej yang siap diparut dan dipotong siap dari rumah. Masih ada lebihan buat sosejyaki awal petang tadi.

Bahan tambahan wife beli masa keluar shopping ngan SIL aka biras wife. Bahan tambahan adalah carrot, crab stick, dan serbuk ikan bilis.

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan di atas di dalam mangkuk dan gaul sebati.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak seperti mengoreng telur dadah. Wife gunakan minyak zaitun. Gunakan api kecil / sederhana.

3. Masukkan adunan tadi seperti memasak lempeng tetapi tebal.

4. Masakkan sehingga garing dan terbalikkan. 

5. Bila sudah masak sedia untuk dihidangkan. Bahan hiasan seperti seaweed dan bonito flakes, mayonis dan sos cili.
Seeweed dan bonito flakes

6. Sedia untuk dihidangkan...

7. Sedia untuk makan.


Satu adunan boleh dapat 1 pizza saiznya 1 pinggan. Sedap abis. Siap jamu pada mortgage consultant yang datang dari IMoney.my. SIL dan adik aku cuba submit refinance untuk Alliance Islamic Bank pula. Wife aku pun turut sign application form for refinance. Hopefully adalah yang sangkut nanti.


0 comments:

Post a Comment