https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday 13 December 2013

RESEPI TAIKOYAKI DAN TAIYAKI


Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur



Bahan yang ada dalam gambar, tepung gandum, garam, telur, baking powder - batter

Bahan isian yang ada sosej, beijing cabbage, daun bawang

Bahan Taburan yang ada bonito flakes and seaweed.

Material yang digunakan cawan pengukat, jug untuk memudahkan menuang batter dalam tako maker, whisker, silicon brush untuk menyapu minyak dan pengcukil tako sama seperti dalam gambar yang ada jual kat Daiso, kalu takde guna lidi sate ikan (wife simpan lidi sate ikan yang biras dia bagi masa bercuti di Teluk Senangin)

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Serbuk nori (seaweed) dan bonita flakes. Boleh didapati di Japanese Food Store like Setan, Jusco etc
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!



Taiyaki

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking soda
1/2 tsp. garam
3 Tbsp. gula
3 telur
1-1/2 cwn susu
4 Tbsp. mentega, dicairkan
1 cup tsubushian or koshian- pes kacang merah
vegetable oil

chocolate chips, optional


cara-cara.

Panaskan acuan. sambil itu gaulkan semua bahan-bahan kering kecuali pes kacang merah. Didalam bekas yang lain pukul dan gaulkan telur, mentega dan susu. Kemudian masukkan bahan kering ke dalam adunan susu tadi dan dipukul. Setelah nampak sebati boleh la di masukkan ke dalam acuan tadi mengikut kesesuaian acuan. masukkan pes kacang merah ditengah2 dan letak sedikit lagi adunan. Tutup acuan dan tunggu hingga ia masak ke perangan.


0 comments:

Post a Comment