Ikan Cencaru yang dibeli dari pasar borong oleh wife dengan adik ipar aku aka biras wife aku.
Wife buat ikan cencaru belah belakang letak sambal. Abaikan kepak ayam yang tersesat dengan ikan cencaru tersebut.
Resepi Ikan Cencaru sumbat sambal
Bahan-Bahan:
2 sudu besar cili giling
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai dipotong kecil
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ikan cencaru disiang, belah belakang dan dicuci bersih.
2. Bahan di atas dikisar untuk dijadikan sambal sumbat cencaru
3. Sumbatkan sambal tersebut di dalam badan cencaru
4. Panaskan minyak dan gorengkan cencaru sehingga masak.
5. Sekiranya ada lebihan sambal bolehlah dimasak untuk dijadikan sambal tambahan.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
Resepi tunggang langgang yang my wife buat... Wife aku ni suka-suka hati dia masak campak2. Hasilnya memang sedap.
0 comments:
Post a Comment