Suasana di kg berbeza sungguh dari bandar. Di rumah Pak Mertua, ada macam2 ternakan dan binatang perliharaan seperti angsa, ayam, itek, arnab dan kucing.
Inilah 3 ekor angsa kesayangan Pak Mertua. Asalnya Pak Mertua membeli telur angsa lalu dieramkan oleh itek maka jadilah angsa setelah menetas. 3 ekor anak angsa yang dietaskan jantan semuanya maka tidak membiar. Sampai dewasa angsa2 ni tiga bersaudara jer macam 3 Abdul tapi angsa2 ni ok takde gaduh2.
Ini pulak arnab ada dua ekor, dua2 jantan jugak.
Pokok ciku di umak Pak Mertua. Buahnya tak banyak sangat berbanding pokok ciku di umah makcik wife.
Pokok rambutan buahnya memang banyak dah masak ranum. Kalu buat jem rambutan sedap cicah roti.
Buah nanas yang dah masak boleh dipetik. Pak Mertua rajin tanam nanas hijau. Nanas hijau ni sesuai dibuat ubat penyakit jugak. Wife aku dulu suka wat koktail. Nanas dibuang kulit dan matanya pastu dibersihkan dan dipotong kecil2. Rendam dalam air panas seketika. Then masukkan air gula secukup rasa. Bolehla makan sedap bagi yang suka makan nanas.
Pokok Putat dan buahnya sedap dibuat ulam.
Pokok Rasberry buahnya alahai macam comel jer.
Pokok tanduk rusa sesuai untuk luka dalaman.
Inilah pokok tembaga suasa. Daun pokok ini boleh digunakan untuk mengubat patah2. Caranya layurkan daun di atas api dan balut. Memang terasa sangat daun ni menarik bisa2 pada sendi2 yang patah. Jari tangan kanan aku yang patah masih tidak sembuh sebab aku tak konsistan nak buat walaupun wife aku paksa aku cabut lari masa dia amik daun tu...
Inilah pula pokok sireh. Rimbun daunnya. Sesuai dibuat sireh junjung dan bagi yang terkena gigitan nyamuk ambil daunnya ramaskan sehingga keluar airnya dan sapu pada bekas gigitan nyamuk.
Inilah pokok kelapa gading. Banyak buahnya. Masa cuaca panas, sedap air kelapa muda diminum.
0 comments:
Post a Comment