https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 28 November 2013

LAGI LAGI SAMBAL PARU.. TAKDE MENU LAIN KE

Semalam wife aku masak menu berulang lagi. Macam takde koleksi menu2 lain... Wife aku selalunya akan tanya aku nak makan apa... Aku yang nak makan sambal paru lagi. Balik kerja pas maghrib wife aku buat preparation penyediaan bahan2nya... Bahan2 nya sama seperti yang aku perlu updatekan dalam page sebelum ni... Cuma cara masakannya jer yang berbeza. Memang aku puas hati, memuji sedap pada wife aku.. Sambal paru semalam wife masak agak lembut compare than sebelumnya...

Wife aku bercerita la sbb wife aku banyak masak nak sediakan sambal paru ini. Kebetulan semalam SIL aka biras wife aku call. Rupanya motor adik aku pancit kat perjalanan sebelum sampai umh dorang. Maka aku ni jadi bidan terjunla menyelamatkan keadaan... Aku terus keluar pi ke tempat kejadian.

Wife aku memang ada banyak masa. Sebelum ni terhad... Sbb takkan nak bagi aku tunggu lama menikmati makan malam kan... Semalam aku keluar maka wife aku masak menu yang sama tapi kaedah yang berbeza... Semasa paru di rebus, wife aku siapkan bahan2 menumis seperti bawang, garlic dan cili giling... Semua dikisar menggunakan chopper tupperware. Selepas paru direbus wife aku merendamnya ke dalam air. Selepas agak sejuk barula dipotong kecik2 menggunakan gunting.

Selesai semua, ditoskan dan ditaburkan garam dan serbuk kunyit. Wife aku goreng separa masak katanya. So masa penyediaan sambal nya.. Seperti biasa wife aku gunakan lebihan minyak goreng paru tersebut. Then tumiskan bahan2 kisar sampai naik minyak. Wife aku masukkan 2 cawan air. Then baru dia masukkan paru goreng tersebut. Wife aku masak dengan menggunakan api yang sederhana sampai kering kuahnya. Maka jadilah sambal paru yang lembut dan sedap bagi tekak aku. Inilah menu dinner, breakfast dan lunch aku... Tagline wife aku tetap sama 1 menu per day...

Masa proses memasak

Sedia untuk di makan...
 
 
 

 


0 comments:

Post a Comment