https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label Petpet. Show all posts
Showing posts with label Petpet. Show all posts

Friday, 23 December 2016

Masa untuk berjimat Lazada VS 11street mana yang murah

Sejak akhir-akhir selepas belajawan 2017 diumumkan rata-rata barang mengalami kenaikan ekoran daripada keadaan ekonomi, mata wang dan faktor-faktor lain. Minyak masak naik harga yang agak ketara jugaklah. Nasib baiklah kami ada stok minyak masak 5 kg harap-harap bolehlah tahan sampai tahun depan. Menu kami pun dah bertukar haluan yang oil less hehe... No more goreng-goreng... Menu pun hampir setiap hari ayam panggang hehe. Wife aku pun bertambah rajin sayur brokoli, kentang dia sekali harung masuk dalam oven. Memang betul-betul jimat + save masa. Cuma bil elektrik kami yang terkini belum sampai lagi so tak tahulah bil makin bertambah atau sama macam sebelum menggunakan oven untuk masak memasak. Gas pun dijangkan akan naik harga jugakkan.

Perbelanjaan pun makin meningkat, baby kami pun masih bawah setahun baru 6 bulan, jadi belanja susu Dutch Baby 6 - 12 bulan masih agak costly. Sebulan dalam 4 pek = 4 kg. Harga 1 pek secara purata RM 30.90. Jarang susu infant ada harga promosi. Survey offline paling murah RM 29.90 untuk 1 pek 1 kg. Jika 4 pek = RM 119.60. Boleh tahan jugak belanja bulanan untuk susu.

Alternatifnya kami mencari jugak susu Dutch Baby pada harga jimat walaupun takdelah ketara sangat penjimatan at least under RM 100.

Kami beli online Dutch Baby 6 - 12 bulan kat Lazada RM 74.90 untuk 2 pek  (1kg) + 2 pek (650g) total 3.3kg = RM 74.90, 1kg = RM 22.70.

Kami beli online Dutch Baby 6 - 12 bulan kat Lazada RM 82.40 untuk 2 pek  (1kg) + 2 pek (650g) total 3.3kg = RM 82.40, 1kg = RM 24.96. Mahal RM 7.50 sebab ada shipping cost masa order. Tapi sti;; masih murah compare beli pada harga pasaran. Susu anak kami dah settle cos ada stok sampai umur dia setahun. Dah tak payah pikir pasal budget untuk beli susu.

Stok diapers baby pulak beli online di 11street. Stok sehingga baby kami berumur 2 tahun. Inshaallah cukup, beli pelbagai size M - XXL dan brand Drypers, Petpet, Mamypoko dan Huggies.


Monday, 26 September 2016

TAQBIN PROBLEM... HAMPIR SEBULAN BARANG TAK SAMPAI...

Kami ada order barang via 11street. Seller guna Taqbin. Dah hampir sebulan barang tak sampai-sampai. Email dah hantar banyak kali. Call Taqbin dah banyak kali. Tapi pending jugak. Serik nak beli barang bila seller guna Taqbin. Masa place order dah remark to Seller suruh hantar barang guna Pos Laju tapi seller hantar guna Taqbin. Nasib beli barang jangka hayat lama, tapi tak tahulah bila sampai barang still good condition atau dah rosak. Dah hold punya lah lama. Kalau tempoyak confirm dah meletop. Kalau soya confirm dah jadi tempe. Kalau ikan confirm dah jadi pekasam. Lama sangat parcel kena perap kat Taqbin ni. Kalau sampai pada penerima jadi emas takpe la jugak ni ntah-ntah packaging pun dah rosak. Lama sangat Taqbin nak delivery bukan hantar ke luar negara pun.


Status tracking number. Seller hantar pada 06/09/2016. Hari ni 27/09/2016 still pending delivery.

Email dari Taqbin nak delivery pada 26/9/16 @ semalam tapi still pending. Janji tinggal janji je la. Pagi ni dah call Taqbin, person in charge kata nak follow up status delivery dengan branch tapi belum dapat return call dari Taqbin.

Updated: 28/09/2016, hasil hantar email 2/3 email selang berapa minit dan call HQ yang macam hampeh asyik line putus, google branch Ipoh tel no akhirnya customer services bagitahu Bos dah keluar hantar barang. Call mak kg barang tak sampai lagi maybe on the way. Tak sembang lama dengan mak, nanti Taqbin call line busy. Petang terima call dari mak barang dah sampai. Mak bagitahu Taqbin hantar pakai kereta biasa... Mana taknya bos / branch manager yang turun padang... tu la pasal lain kali hold barang lama sangat mahu tak bergegar dengar penerima bising. Seller lepas tangan duit dah dapat. Kalau COD confirm seller pun sama bising.

Tracking ni order untuk sepupu Petpet untuk anaknya. Sepupu pun mengadu Petpet tak sampai-sampai lagi. Sepupu tunggu masa nak bersalin. Seller hantar pada 15/09/2016, 28/09/2016 baru sampai pada sepupu.

Taqbin, please improve your service. Please delivery that parcel urgently.




    Saturday, 17 September 2016

    Diapers Baby Free Sample, PetPet Diapers Easy Tape M 76 below RM 20.00

    Wife rajin sangat request sample Huggies online. Pelbagai size dia request. Dari S - M. Antaranya Huggies Dry Diapers 4 pcs/pack, Huggies Dry Pants 2 pcs/pack, Huggies Ultra Diapers2 pcs/pack, Huggies Ultra Pants 2 pcs/pack. Banyak sample Huggies Diapers dan Pants yang kami dapat. Mana taknya wife rajin request guna nama dia, nama aku dan nama adik beradik dia yang lain.    



    Sample-sample ni senang nak bawa travel sebab ada packaging yang menarik.



    Sample Drypers Drynights 3 pcs/pack yang masih belum digunakan. Sebelum ni kami dah request Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Touch dah abis digunakan semasa travel.


     
    Sample Mamypoko Pants dapat 2 pcs/pack. Packaging biasa jer dalam plastic transparent.




    Inilah stok sample diapers yang kami ada. Senang untuk kegunaan masa travel.

    Kami dapat 1 kupon di 11street pada 11.09.2016 September Love 11 Day 50% Bonus Coupon (Maximum discount RM 30). Kami belanja kupon tersebut pada sepupu wife. Sepupu wife bakal dapat baby dalam bulan 11 / 12 tahun ni. Dapatlah dia berjimat.




    Wife belikan PetPet Diapers Easy Tape x 3 (M 76) harga offer RM 85.00 + shipping fees RM 5.00 = RM 90.00. Harga after discount 50% (maximum RM 30.00) + Credit RM 1.00 = RM 59.00. (RM 90 - RM 30.00 - RM 1.00 = RM 59.00). PetPet Diapers Easy Tape M 76 below RM 20.00/pack. Murah dan menjimatkan. 




    Wednesday, 7 September 2016

    SEMUANYA ADA DI SINI DENGAN HARGA DISKAUN

    Baru-baru ini kami shopping lagi kat 11street. Bukan untuk kami sekeluarga malahan adik beradik, sepupu dan family pun tumpang sama shopping online. Kat mana lagi kalau bukan di 11street. Kenapa 11street masih menjadi pujaan hati kami sebabnya kupon dan diskaun yang ditawarkan membuatkan poket kami dapatlah berjimatkan. Bukan senang nak berjimat-jimat di zaman ekonomi sekarang ni banyak barang harga naik ditambah GST ada masanya memang terasa bebanan jugak.

    Apa yang boleh dibeli di 11street antaranya keperluan baby, susu Dutch Baby, Diapers Petpet, Milo, Lipton, Telekung, Susu Kambing Wildan dan Habib, Prodiet etc.


    Semua di atas pada harga diskaun yang terlalu murah dan ada yang berpatutan sangat. 

    Tropika Baby Herbal Cream 50 gram x 3 pack - RM 56.53.

    Petpet Day Pants - RM 58.90 harga per pack less than RM 20.00/pack.
    Petpet Diapers Easy Tape - RM 67.15 harga per pack less than RM 23.00/pack.

    Susu Kambing Wildan 1 kg - RM 65.00.
    Wildan Mama Premium (free Shaker) 22 sachet - RM 62.00.

    Habib Susu Kambing Extra (Asli Junior) 900g RM 35.00 - RM 40.00. Susu kambing ni campuran termasuk krimer bukan tenusu. Harga agak murah berbanding Susu Kambing Habib asli.

    Dutch Baby Milk Powder 1kg (Twin Pack) 0-6months / 6-12months - RM 50.90

    Telekung for kids / kanak-kanak RM 25.00. Pelbagai pilihan warna ada.

    [Bundle Pack] Lipton 5 pack x 80pcs + free Lipton Kaw - RM 37.90.

    [Bundle Pack] Milo 1.5kg (tin) + 3 in 1 (30 sticks) + free mug - RM 42.00

    Prodiet Ocean Fish 8 kg Dry Food Cat - RM 44.50

    [Bundle Pack] THERMOS 1.6L Flexible Lunch Jar with Bag + 0.75L Food & Beverage Jar - RM 248 after less discount RM 198

    Lazada pun ada jugak offer, pengguna diapers Petpet bolehlah visit Lazada dan place order. Offer kat Lazada dan 11street ni tak tentu kadang-harga harga naik turun jugak. Sebagai pengguna yang bijak ada rezeki lebih bolehlah grab offer pada harga diskaun.

    Sepupu wife pun dah suruh wife tolong orderkan di Lazada, in future stock untuk anak yang masih pakai diapers. Murah ada yang less than RM 20/pack. Petpet Day Pants Diaper Mega Packs less than RM 26/pack.

    Untuk penjimatan di 11street jangan segan silu sign up sebagai member. Mana tahu ada kupon diskaun up to 90%.

    11street ni buat masa ni banyak jugak kupon diskaun walaupun takdelah sebanyak dulu tapi masih consider ok sebab boleh berjimat jugaklah. Baru-baru ni ada 11Mon Go menawarkan credit up to RM 10.00 setiap set 11Mon Go yang ditangkap dan peluang mendapat kupon 50% maksimum diskaun RM 30.00. Memang syok jugak dapat beli barang pada harga murah.


    Sekarang ni kat 11street ada menawarkan kupon Fantasia Giveaway unlimited limit 1 coupon/ID. Jom download kupon untuk penjimatan berganda.





    Wednesday, 20 July 2016

    KARIHOME GOAT MILK INFANT FORMULA-STEP 1 (0-6M)

    Susu yang terbaik bagi bayi dan fakta ini tidak dapat dinafikan. Tapi wife aku pulak susunya makin merudum bila dah sebulan dalam pantang. Sebagai alternative bagi baby kami mendapat susu yang mencukupi, jadi aku membeli susu formula S26 600gram RM 43.90 di Speedmart pada 12/062016 bermulalah episode baby kami minum susu formula. 3 kotak susu S26 600gram abis dalam masa tak sampai sebulan. Walaupun minum bersulam susu ibu tapi masih memerlukan susu formula yang banyak jugak dan agak costly. Tak sampai sebulan RM 43.90 X 3 kotak = RM 131.70.

    Masa balik kampong di hari raya, susu S26 kehabisan stok, maka wife aku memberikan baby kami Anmum 350gram sample yang adik ipar aku dapat. Adik ipar aku ada baby berusia 6 bulan++ yang sepenuhnya susu badan jadi sample susu anmum yang dia dapat ditinggalkan di kampong. Rezeki baby aku dapatlah menampong keperluan susu semasa susu S26 kehabisan stok.

    Semasa di kampong, wife aku masih tidak ketinggalan mendownload kupon diskaun di 11street. Dengan kupon tersebut wife aku mencari barang yang boleh dibeli dengan menggunakan kupon tersebut. Sebab baby kami hamper kehabisan stok FM maka wife aku focus kepada FM. Wife aku memilih untuk mencari alternative S26 kepada Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 (0-6M).

    Sperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi. Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan protein supaya hampir sama seperti susu ibu walaupun tidak dapat menandingi kehebatan susu ibu.

    Wife order Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 (0-6M) kat 11street 400gram RM 34.00. Harga agak murah disebabkan ada kupon diskaun pada 11/07/2016. Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 sampai di rumah kami pada 14/07/2016. Bertahan seminggu setin susu.

    Disebabkan stok susu dah semakin nak abis, jadi wife order setin lagi semalam di 11street jugak. Menggunakan kupon diskaun tapi kali ni taklah banyak sangat diskaun RM 5. Nasib baik wife ada redeem point menjadi credit RM 10. Harga selepas kupon diskaun dan credit untuk Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 400gram RM 43.00.

    Harap lepas ni adalah lagi kupon diskaun kat 11street atau online shop. Kami masih memerlukan stok Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 sehingga baby kami berusia 6 bulan. Dah 6 bulan ke atas kami akan mencuba memberikan susu kambing yang lain. Kami ada membeli stok Habib Susu Kambing (Asli) 500g - 2 Kotak.

    Habib Susu Kambing (Asli) 500g - 2 Kotak, kami beli di 11street pada  harga RM 65.36 setelah ditolak kupon diskaun dan credit yang ada. Susu ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dan jugak semua peringkat umur yang lain. Jika tak sesuai dengan baby kami nanti, mak dan bapak baby boleh abiskan, takdelah membazirkan. Jika susu rumusan khas untuk bayi memang tak lalu lah kami nak minum hehe.

    Selain Habib Susu Kambing, terdapat susu kambing jenama lain di 11street seperti Lazz, Wildan. Lazz dan Wildan wife pernah beli sebelum ni di 11street.

    Selain daripada membeli Susu Kambing untuk baby kami, kami membeli diapers bagi menampung keperluan baby kami. Baby kami yang berusia 2 bulan++ masih memakai diapers bersaiz S. Kami ni takdelah setia pada 1 brand je. Baby kami sejak lahir dah pakai macam2 brand diapers kebanyakkan kami dapat sample request by online dan hospital pun turut bagi sample diapers semasa wife discharge. Alhamdullilah baby kami tidak mengalami alahan memakai diapers pakai buang. Jadi kami memilih diapers pada harga yang menjimatkan.

    Petpet Diapers Easy Tape (Size S84) (3 Packs) kami beli online di 11street pada harga RM 68.10 (RM 22.70/pack) dengan menggunakan kupon diskaun. Jimatkan berbanding beli di tempat lain.