https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label DUTCH BABY. Show all posts
Showing posts with label DUTCH BABY. Show all posts

Friday, 23 December 2016

Masa untuk berjimat Lazada VS 11street mana yang murah

Sejak akhir-akhir selepas belajawan 2017 diumumkan rata-rata barang mengalami kenaikan ekoran daripada keadaan ekonomi, mata wang dan faktor-faktor lain. Minyak masak naik harga yang agak ketara jugaklah. Nasib baiklah kami ada stok minyak masak 5 kg harap-harap bolehlah tahan sampai tahun depan. Menu kami pun dah bertukar haluan yang oil less hehe... No more goreng-goreng... Menu pun hampir setiap hari ayam panggang hehe. Wife aku pun bertambah rajin sayur brokoli, kentang dia sekali harung masuk dalam oven. Memang betul-betul jimat + save masa. Cuma bil elektrik kami yang terkini belum sampai lagi so tak tahulah bil makin bertambah atau sama macam sebelum menggunakan oven untuk masak memasak. Gas pun dijangkan akan naik harga jugakkan.

Perbelanjaan pun makin meningkat, baby kami pun masih bawah setahun baru 6 bulan, jadi belanja susu Dutch Baby 6 - 12 bulan masih agak costly. Sebulan dalam 4 pek = 4 kg. Harga 1 pek secara purata RM 30.90. Jarang susu infant ada harga promosi. Survey offline paling murah RM 29.90 untuk 1 pek 1 kg. Jika 4 pek = RM 119.60. Boleh tahan jugak belanja bulanan untuk susu.

Alternatifnya kami mencari jugak susu Dutch Baby pada harga jimat walaupun takdelah ketara sangat penjimatan at least under RM 100.

Kami beli online Dutch Baby 6 - 12 bulan kat Lazada RM 74.90 untuk 2 pek  (1kg) + 2 pek (650g) total 3.3kg = RM 74.90, 1kg = RM 22.70.

Kami beli online Dutch Baby 6 - 12 bulan kat Lazada RM 82.40 untuk 2 pek  (1kg) + 2 pek (650g) total 3.3kg = RM 82.40, 1kg = RM 24.96. Mahal RM 7.50 sebab ada shipping cost masa order. Tapi sti;; masih murah compare beli pada harga pasaran. Susu anak kami dah settle cos ada stok sampai umur dia setahun. Dah tak payah pikir pasal budget untuk beli susu.

Stok diapers baby pulak beli online di 11street. Stok sehingga baby kami berumur 2 tahun. Inshaallah cukup, beli pelbagai size M - XXL dan brand Drypers, Petpet, Mamypoko dan Huggies.


Saturday, 17 September 2016

Borong Susu Dutch Baby 0 - 6 Bulan dan 6 -12 Bulan di Lazada Pulak

Kami ni bila dah ada baby memang kena rajinkan diri beli barangan keperluan baby pulak. Baby kami campur susu BM + FM. Mula-mula dulu kami beli S26 600 gram di Speedmart. Wife pun pernah beli Karihome infant. Tapi kami ni tak mampu nak maintain so bertukar ke susu Dutch Baby yang agak menjimatkan. 1st pack beli di Speednart Dutch Baby 1 kg RM 30. Lepas tu kami survey di 11street beli online pulak untuk twin pack RM 50.90, 1 pack 1 kg RM 25.45.

Kami survey Dutch Baby di online store yang lain. Alhamdulillah di Lazada agak murah dengan menggunakan voucher SEPTOP30 (maksimum diskaun RM 20) + free shipping. Twin Pack 1 kg Dutch Baby 0 - 6 Bulan / Twin Pack Dutch Baby 6 - 12 Bulan RM 43.68, RM 21.84/pack. 


Kami beli Dutch Baby 0 - 6 Bulan dan 6 -12  Bulan di Lazada. Baby kami sekarang ni 4 bulan. 1 kg susu untuk seminggu lebih je. Kat rumah pengasuh baby kami full FM. Di rumah bila mama baby ada BM + FM bergantung pada supply and demand.



Saper yang ada anak-anak umur 1 tahun ke atas yang minum susu Dutch Ladi bolehlah beli di Lazada. Guna voucher SEPTOP30 selagi masih boleh digunakan. Lagi jimat Dutch Lady Kids ni after voucher RM 33.45 untuk twin pack Dutch Lady 900 gram, so harga per pack RM 16.75. Murah sangatkan harga promosi di hypermarket pun tak semurah ni. Seller Tesco, penghantaran by Skynet.





Wednesday, 7 September 2016

SEMUANYA ADA DI SINI DENGAN HARGA DISKAUN

Baru-baru ini kami shopping lagi kat 11street. Bukan untuk kami sekeluarga malahan adik beradik, sepupu dan family pun tumpang sama shopping online. Kat mana lagi kalau bukan di 11street. Kenapa 11street masih menjadi pujaan hati kami sebabnya kupon dan diskaun yang ditawarkan membuatkan poket kami dapatlah berjimatkan. Bukan senang nak berjimat-jimat di zaman ekonomi sekarang ni banyak barang harga naik ditambah GST ada masanya memang terasa bebanan jugak.

Apa yang boleh dibeli di 11street antaranya keperluan baby, susu Dutch Baby, Diapers Petpet, Milo, Lipton, Telekung, Susu Kambing Wildan dan Habib, Prodiet etc.


Semua di atas pada harga diskaun yang terlalu murah dan ada yang berpatutan sangat. 

Tropika Baby Herbal Cream 50 gram x 3 pack - RM 56.53.

Petpet Day Pants - RM 58.90 harga per pack less than RM 20.00/pack.
Petpet Diapers Easy Tape - RM 67.15 harga per pack less than RM 23.00/pack.

Susu Kambing Wildan 1 kg - RM 65.00.
Wildan Mama Premium (free Shaker) 22 sachet - RM 62.00.

Habib Susu Kambing Extra (Asli Junior) 900g RM 35.00 - RM 40.00. Susu kambing ni campuran termasuk krimer bukan tenusu. Harga agak murah berbanding Susu Kambing Habib asli.

Dutch Baby Milk Powder 1kg (Twin Pack) 0-6months / 6-12months - RM 50.90

Telekung for kids / kanak-kanak RM 25.00. Pelbagai pilihan warna ada.

[Bundle Pack] Lipton 5 pack x 80pcs + free Lipton Kaw - RM 37.90.

[Bundle Pack] Milo 1.5kg (tin) + 3 in 1 (30 sticks) + free mug - RM 42.00

Prodiet Ocean Fish 8 kg Dry Food Cat - RM 44.50

[Bundle Pack] THERMOS 1.6L Flexible Lunch Jar with Bag + 0.75L Food & Beverage Jar - RM 248 after less discount RM 198

Lazada pun ada jugak offer, pengguna diapers Petpet bolehlah visit Lazada dan place order. Offer kat Lazada dan 11street ni tak tentu kadang-harga harga naik turun jugak. Sebagai pengguna yang bijak ada rezeki lebih bolehlah grab offer pada harga diskaun.

Sepupu wife pun dah suruh wife tolong orderkan di Lazada, in future stock untuk anak yang masih pakai diapers. Murah ada yang less than RM 20/pack. Petpet Day Pants Diaper Mega Packs less than RM 26/pack.

Untuk penjimatan di 11street jangan segan silu sign up sebagai member. Mana tahu ada kupon diskaun up to 90%.

11street ni buat masa ni banyak jugak kupon diskaun walaupun takdelah sebanyak dulu tapi masih consider ok sebab boleh berjimat jugaklah. Baru-baru ni ada 11Mon Go menawarkan credit up to RM 10.00 setiap set 11Mon Go yang ditangkap dan peluang mendapat kupon 50% maksimum diskaun RM 30.00. Memang syok jugak dapat beli barang pada harga murah.


Sekarang ni kat 11street ada menawarkan kupon Fantasia Giveaway unlimited limit 1 coupon/ID. Jom download kupon untuk penjimatan berganda.