https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label 11 STREET. Show all posts
Showing posts with label 11 STREET. Show all posts

Friday, 9 June 2017

Mood Jimat di Hari Raya

Sekarang ni masa untuk berjimat. Sekarang masih bulan Ramadan, tak lama lagi hari raya. Hari raya ni banyak duit nak guna. Nak beli baju raya, kuih raya, duit raya dan sebagainya. Jadi dengan mood berjimat, kami mencari alternatif macam mana nak berjimat.

Tak semua lah persiapan raya boleh dapat harga jimat. Yang kami dapat setakat ni beli F&N online. Beli air gas F&N 1.5liter pada harga yang terlalu murah gila. Rasanya korang mesti terkejut haha... 


Kami beli 4 botol F&N Ice Cream Soda 1.5 liter + 4 botol F&N Fruitade 1.5 liter pada harga RM 2.40 sahaja yang kena bayar. Harga 1 botol RM 0.30. Haha murah kan.


Kami dapat harga murah sebab guna kupon diskaun yang 11street bagi secara random kepada member 11street. Jika tak dapat kupon tersebut masih boleh beli pada harga murah dengan mendownload kupon dari F&N so boleh beli barang F&N pada harga diskaun 30%.


Jom jimat di hari raya. Bolehlah buat open house dan jamu tetamu yang datang.


Friday, 30 September 2016

Review Diapers Baby - PETPET Drypers Mamypoko Huggies

Start bulan baru mesti 11street keluarkan kupon diskaun baru tapi takde lah sebest dulu kupon diskaun melimpah ruah. Syok shopping rasa harga barang murah sangat.

Ni la kupon diskaun 1 - 10 Oktober 2016. Paling banyak diskaun 22% @ maksimum RM 30.00. Ikut rezekilah masa download kupon dapat yang mana satu. Ikutkan hati memang nak kupon paling maksimum lah kan 22%.

Bila dah dapat kupon apalagi bolehlah cuci-cuci mata dulu window shopping. Bila dah tersuka apalagi masukkan dalam cart shopping lah. Gunakan lah kupon diskaun yang ada. Jika rasa ok apa lagi place order jika tak puas hati godek-godeklah lagi cari barang lain pulak. Buatlah sampai lebam sampai tahap kena beli, belilah nanti melepas pulak barang tu. Lagipun kadang-kadang harga barang 11street ni ada turun naiknya.

Sebagai contoh aku bagi example diapers ye. Kami ada baby so diapers dah macam keperluan wajib. Kami pilih pakai buanglah walaupun membazirkan duit ke diapers tapi itulah yang terbaik untuk baby kami. Bukan taknak guna cloth diapers tapi kami stay kat flat, ampaian pun amat terhad dan tidak terdedah ke sinaran matahari terlindung dengan rumah lain.


[BUY 4 FREE 4] MamyPoko Maxi Absorb S24/L18/M21/XL15/XXL12, Bulan September 2016 RM59.90 for 8 Packs BUY 4 FREE 4, tapi 1 Oktober 2016 harga dah naik jadi RM 64.90. Ada kupon diskaun RM 55.63 for 8 pack yer bukan 4 pack (Buy 4 free 4) tapi saiz sama tak boleh mix size. Pilih order M21 korang akan dapat 8 pack M21. Murah kan RM 55.63 / 8 = RM 6.95 / pack @ RM 0.33/pcs.

Ini pek harga berpatutan yang MamyPoko keluarkan. Bukan semua yang mampu membeli MamyPoko memang terkenal mahalnya sampaikan buat Mamy-mamy jadi pokai.


PETPET® Tape Diaper Jumbo Packs NB62/S58/M50/L42/XL34 (3packs) ada kupon diskaun RM 50.43 for 3 sama saiz tak boleh mix size. Pilih order M50 korang akan dapat 3 pack M50. Murah kan RM 50.43 / 3 = RM 16.81 / pack @ RM 0.33/pcs.

PETPET Night Tape Diaper Jumbo Packs S42/M40/L32/XL30 (3packs) ada kupon diskaun RM 46.53 for 3 sama saiz tak boleh mix size. Pilih order M40 korang akan dapat 3 pack M40. Murah kan RM 46.53/ 3 = RM 15.51/ pack @ RM 0.39/pcs.

Kami tak order pun lagi diapers di atas tu, saja-saja window shopping dan buat comparison sebagai panduan ibu bapa kat luar sana.

Baby jenis boleh pakai pelbagai jenis diapers senang, kami grab je mana yang murah.

Sejak lahir baby kami dah pakai PETPET, Drypers, Mamypoko dan Huggies.

Sejak May - September 2016 kami dah berhabis ke diapers banyak pek jugaklah.

1. PETPET Diaper Easy Tape NB62 - 1 pek
2. Drypers Wee Wee Dry S88 - 3 pek
3. Drypers Wee Wee Dry S58 - 3 pek
4. PETPET Diaper Easy Tape S84 - 3 pek
5. MamyPoko Maxi Absorb S52 -  2 pek, ada lagi 1 pek masih belum pakai di rumah pengasuh. Pengasuh sekarang pakaikan free diapers orang bagi ada 2 pek jugak.
6. Sample Huggies Dry Tape & Pants - Kami banyak dapat sample Huggies. Pakai masa NB dan travel.
7. Sample Drypers Wee Wee Dry , Drypers Touch & Mamypoko - Kami dapat sample request online.

So far diapers di atas memang amat membantu memenuhi keperluan baby kami.

Review:

1. Huggies - okay sebab barang free hehe. Takyah susah membeli request je sample.

2. Drypers - baby kami pakai alhamdulillah okay. Takdelah merah-merah / luka. Kami biasanya pastikan baby takde pakai terlalu lama. Siang 4 jam sekali tukar kalau baby hanya kencing. Kalau berak terus tertukar lah.

3. Petpet - baby kami pakai alhamdulillah okay. Cuma cutting Petpet ni agak keciklah. Baby yang cepat membesar tak bolehlah simpan stok banyak nanti tak muat sayang pulak.

4. MamyPoko Maxi Absorb - Size S Cutting agak besar boleh up to 8kg. Baby kami baru 5kg, bila baby berak, terbabas jugaklah terkeluar. Kalau kencing ok serapan yang tinggi tak nampak basah sangat. Memang boleh tahan sepanjang malam jika tak rajin bangun malam tukar.


Bila dah abis stok S, baby kami akan pakai M pulak. Stok diapers baby kami dah siap sedia. Kami memang beli stok awal sebagai persiapan. Beli pun masa harga murah. Diapers yang ada stok ni paling mahal kami beli RM 24 yang jumbo pack. Harga pasaran RM 30++.

[BUNDLE MILO] MILO 1.5kg tin x 2 + MILO Kosong 18´Stickpack + Vintage Bag + Colour Mug. Yang ni kami dah place order rini. Murahkan RM 55.00 untuk 2 tin Milo 1.5kg + 3 in 1 Milo 18 stick. 1 tin 1.5 kg boleh bagi pada family boleh kongsi bersama. 3 in 1 boleh buat stok sarapan di tempat kerja.

Semua ni di 11street... Jom shopping sana untuk penjimatan... Yang belum jadi member boleh grab RM 1111. Mana tahu rezeki korang.

Thursday, 22 September 2016

Lazada vs 11street

Baru-baru ni kami bercadang nak beli buaian untuk baby kami yang berusia 4 bulan lebih. Sebelum ni tak bercadang pun nak beli buaian. Bahaya ada buaian ni takut baby nak buaian jenuh nak bawa ke mana-mana.

Pada usia baby sebulan lebih, neneknya pernah cadangkan masukkan baby kami dalam buaian tapi mama baby agak keberatan. Di rumah neneknya jenis buaian spring, jadi mama baby taknak baby masuk dalam buaian dalam usia 1 bulan lebih. Mama baby pernah terbaca risiko baby masuk buaian spring baby kan masih fragile.

Masa usia 2 bulan baby kami aqiqah + buai berendoi. 1st time lah baby kami masuk buaian. Buaian jenis hayun.

Inilah buaian yang disewa RM 450 after nego. Ada 2 sebab sepupu baby kami pun join sama aqiqah + berendoi.

Bila ke rumah neneknya, baby kami dimasukkan ke dalam buaian yang sedia ada. Mula-mula dulu baby kami tak suka berbuai akan menangis minta dukung keluar buaian.

Opah baby pun ada suruh beli buaian masa opah baby jadi pengasuh sementara bulan lepas. Wife aku buat tak tahu je takde plan lagi nak beli.

Masa raya haji minggu lepas bermalam rumah neneknya. Bila masuk buaian dodoikan dengan selawat sekejap je baby dah lelapkan mata. Tido pun agak lama sampai berjam-jam jugak.

Kami pun plan nak beli buaian. Wife aku kata beli kedai perabot ada jual buaian baby. Tapi kami takde masa nak pergi kedai. Lepas raya dah pergi ke Kuala Terengganu bercuti bersama family.

Survey online kat Lazada dan 11street. Macam-macam harga ada bergantung pada buaian stand dan buaian elektrik.



Di Lazada Premium Baby Safety Spring Cot Stand(Epoxy) Multi Colour With Roller With Cradle Net (Random Color) + POLO AUTO CRADLE (1 YEAR WARRANTY) RM 269.00 + postage RM 15.50 = RM 284.50. Product is not eligable for voucher. Mahal sangat pun.



Di 11street pakej buaian dan seller yang sama selepas tolak kupon diskaun, credit, Bcard point RM 176.76.
Kami dah order di 11street pada 19/09/2016. Buaian dah sampai hari ni 22/09/2016 by ABX. Kami dah pasang dah buaian, baby dah rasmikan buaian stand yang biasa, kami tak pasang lagi buaian elektrik, hold dulu tunggu baby besar.

Hari ini baby tak tido lama dalam buaian sebab kurang sihat. Semalam baby kurang tido, muntah susu di malam hari sehingga ke pagi. Wife pun terpaksalah berjaga sepanjang malam jaga baby yang susah nak tido. Ada baby ni umpama peribahasa "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Masa masih baby memang banyak jugak dugaan dan cabaran menjaga baby ni, Inshaallah semoga dipermudahkan urusan bila baby dah besar, boleh bercakap senang boleh tahu dia sakit apa.

Bila ada baby ni merasa kami "Tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang". Mana taknya baby kami meragam, bila nak mandi dan nak makan dah merenggek dan menangis. Terpaksalah cepat-cepat mandi dan makan.











Saturday, 17 September 2016

Diapers Baby Free Sample, PetPet Diapers Easy Tape M 76 below RM 20.00

Wife rajin sangat request sample Huggies online. Pelbagai size dia request. Dari S - M. Antaranya Huggies Dry Diapers 4 pcs/pack, Huggies Dry Pants 2 pcs/pack, Huggies Ultra Diapers2 pcs/pack, Huggies Ultra Pants 2 pcs/pack. Banyak sample Huggies Diapers dan Pants yang kami dapat. Mana taknya wife rajin request guna nama dia, nama aku dan nama adik beradik dia yang lain.    



Sample-sample ni senang nak bawa travel sebab ada packaging yang menarik.



Sample Drypers Drynights 3 pcs/pack yang masih belum digunakan. Sebelum ni kami dah request Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Touch dah abis digunakan semasa travel.


 
Sample Mamypoko Pants dapat 2 pcs/pack. Packaging biasa jer dalam plastic transparent.




Inilah stok sample diapers yang kami ada. Senang untuk kegunaan masa travel.

Kami dapat 1 kupon di 11street pada 11.09.2016 September Love 11 Day 50% Bonus Coupon (Maximum discount RM 30). Kami belanja kupon tersebut pada sepupu wife. Sepupu wife bakal dapat baby dalam bulan 11 / 12 tahun ni. Dapatlah dia berjimat.




Wife belikan PetPet Diapers Easy Tape x 3 (M 76) harga offer RM 85.00 + shipping fees RM 5.00 = RM 90.00. Harga after discount 50% (maximum RM 30.00) + Credit RM 1.00 = RM 59.00. (RM 90 - RM 30.00 - RM 1.00 = RM 59.00). PetPet Diapers Easy Tape M 76 below RM 20.00/pack. Murah dan menjimatkan. 




Get Your Free Domino's Pizza with 11street


Jom saper nak order Domino's Pizza. Sekarang ni ada offer beli 1 percuma 1. Kami dah beli menggunakan kupon tersebut. Untung untuk makan bersama-sama keluarga yang ramai.

Friday, 17 June 2016

F&N Ice Mountain BUY 2 Carton FREE 1 Carton (RM0.44 per bottle) & 100 Plus 24 Cans x 3 Cartons (RM0.97 per can)

Sempena Ramadan banyak offer di 11street. Kali ini kami membeli stok air dan biskut raya pulak.


F&N Ice Mountain BUY 2 Carton FREE 1 Carton (RM0.44 per bottle) (Ship to KL & Selangor ONLY) + Pure Cookies Makmur Biscuit + Pure Cookies Pineapple Tart Raya Pack RM 70.05.


100 Plus 24 Cans x 3 Cartons (RM0.97 per can) (Ship to KL & Selangor ONLY) + Seasons Nutriwell Grass Jelly x24 (325ml) (Ship to KL & Selangor ONLY) RM 56.71.

1st time order kat JOCOM via 11street. Harga memang agak murah dan dengan guna kupon diskaun bertambah-tambah murah lagi Cuma penghantaran terhad ke KL & Selangor sahaja sebab JOCOM guna penghantaran sendiri. Penghantaran ambil masa yang agak lama dalam 3 - 7 hari bekerja.

Minuman yang di order ni boleh dijadikan doorgift / minuman untuk tetamu masa aqiqah anak pada 09/07/2016.


Wednesday, 4 May 2016

Persiapan Kelengkapan Bayi - Feeding and Nursing

Persiapan Kelengkapan Bayi under Feeding & Nursing yang telah kami beli online di 11street, dan Ensogo. Kami beli pada harga diskaun dengan menggunakan kupon diskaun dan voucher.



Botol susu - Tommee Tipper Closer to Nature  0m+ set masa offer RM119.00 beli online di ENSOGO. Set included of 2x 150ml/5floz feeding bottles, 4x 260ml/9floz feeding bottles, 2x bottle handles, 1x bottle brush, 1 x soother 0-6m


 
Storage Bottle -  Autumnz Storage Bottles 4 sets RM85.00 beli online di ENSOGO. Set included of 4 Sets of 10x Autumnz Breastmilk Storage Bottles White (SB1008) + FREE 5xs Ziplock Storage Bags + Wealth Lucky Sheep. 
 


Pengering Botol - Autumnz Breastmilk Storage Bottles (Tinted) Blue Ellie (10pcs)-sb1008-bl + FOC 5 x Breastmilk Ziplock Storage Bags + Autumnz Easy Bottle Drying Rack - White Blue beli masa offer RM 34.30 online di 11street.
 



Autumnz - Home & Car Bottle Warmer dan 2-in-1 Electric Steriliser & Food Steamer Lilac RM 130.40 beli di 11street.my.



Autumnz Serene Convertible Double Electric / Manual Breastpump RM 357.06 di 11street.my.

Autumnz - Posh Cooler Bag (Foliage) VALUE Package Set RM 58.43 beli di 11street.my. Set consists Autumnz - Posh Cooler Bag, Autumnz - Breastmilk Storage Bottles (4pcs) and Autumnz - Reusable Ice Pack (3 pcs, 310g/pc).

Budget untuk kelengkapan bayi under Feeding & Nursing agak costly, boleh tukar kepada alternative lain sekiranya budget  terhad ataupun beli secara berperingkat-peringkat supaya tak terasanya duit mengalir deras keluar dari poket.


<!--[if (gt IE 9)|!(IE)]><!-->


Tropika Baby Set Murah Tropika Baby Herbal Cream RM 22.50

Kami beli Tropika set sebagai persiapan menyambut kelahiran baby kami tak lama lagi. Wife menghitung hari menunggu EDD. Kami mengambil keputusan membeli produk Tropika setelah membaca review positif dan selamat sebab mengunakan minyak kelapa dara.

Antaranya Tropika set yang kami telah order  di 11street.my dengan menggunakan kupon diskaun.

Tropika Krim Herba Bayi
  • Membantu melancarkan pernafasan (tidak panas semasa/lepas sapu)
  • Sesuai Merawat 
  • Bayi yang kembung perut
  • Batuk/Selsema 
  • Lelah (Asthma)
  • Semput Nafas
  • Kahak (Phlegm)


Tropika Baby Oil (Lavender) 30ml
  • Sesuai untuk kulit sensitif 
  • Mandian natural Lavender 
  • Baby hair & body oil Lavender berkesan untuk menyembuh serta melindungi kulit si manja disamping melebatkan rambut 
  • Tidak mengandungi steroid/parabens
  • Bahan utama ialah minyak kelapa dara 


Tropika Citronella Oil 30ml 
  • For sensitive skin 
  • Menyembuh luka luka kecil 
  • For jerawat,panau,parut,kulit bersisik melecur dan tumit pecah
  • Menyihat dan melebatkan rambut 


Tropika head to toe bubble wash

SWEET TROPIKA natural bubble wash mandian natural si manja dengan ekstrak mawar dan bunga melor.

LAVENDER TROPIKA natural bubble wash mandian natural si manja dengan ekstrak lavender.

HAPPY TROPIKA natural bubble wash mandian natural si manja dengan ekstrak apricot dan teh hijau.

Tropika Natural Body Lotion Chamomile 230ml
  • Ekzema 
  • Ruam Lampin 
  • Ruam Panas
  • Kudis 
  • Parut 
  • Kulit Kepala Berkuping 
  • Kulit Kering 
  • Kulit Sensitif 

Tropika VCO Blackcurrant 85ml

  • Membunuh bakteria yang menyebabkan kurap, athletes foot, ruam lampin bayi. memberi sumber nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina.
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh set tubuh dan diserap terus sbg komponen tenaga dalam badan.
  • Mengurangkan kadar kolestrol dan ia adalah alternatif terbaik berbanding minyak-minyak lain yang mengandungi kolestrol yang tinggi.
  • Mengawal kencing manis, pankreas lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah dan keperluannya.
  • Awet muda, anti oksida semulajadi di dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  • Melebat dan mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur serta menguatkan akar rambut, sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan yang maksima.
  • Kulit menjadi lebih lembut, licin dan halus kerana minyak kelapa dara mempercepatkan proses penggantian sel - sel kulit yang mati dengan sel yang baru selain melindungi kulit dari sinaran ultraviolet.
  • Merawat dan membantu menyembuh penyakit ekzema dan dermatitis.


Tropika Baby Set - Citronella Oil / Lavender oil / Herbal Krim / Mandian Rose RM 68.00 beli di 11street.my.



Tropika Baby Herbal Cream x 3 Bottle Expiry Date August 2017 Limited Unit Promotion RM 67.40 beli di 11street.my. Tropika Baby Herbal Cream RM 22.50.


Tropika Baby Set - Citronella Oil / Lavender oil / Herbal Krim / Mandian Happy RM 88.00 beli di 11street.my. Set pertama kami beli pada 27/04/2016 RM 68.00, beza harga RM 20.00 disebabkan kupon diskaun yang digunakan berbeza dengan set yang pertama. Harga masih consider murah dari harga pasaran sebenar untuk set tersebut Citronella Oil RM 20.00 / Lavender oil - RM 20.00 / Herbal Krim RM 39.90 / Mandian Happy RM 49.90 = RM 129.80.

Tropika head to toe bubble wash (Lavendar) + Charmomile Lotion RM 67.90 beli di 11street.my. Kami saja tambah order lengkaplah head to toe bubble wash Rose, Happy dan Lavendar.  Bolehlah buat perbandingan mana yang paling wangi untuk baby kami.



TROPIKA SET #10 - Baby Herbal Cream x 2 + VCO Blackcurrant 85ml *FREE postage using POSLAJU only*. RM 78.00 beli di 11street.my. Wife tambah order Tropika Set ini sebab ada VCO Blackcurrant 85ml. Wife sebelum ini beli Minyak Kelapa Dara D'Aura (Virgin Coconut Oil) VCO saja nak rasa keluaran Tropika pulak.

Semua Tropika Set di atas kami beli pada harga diskaun. Ada kupon diskaun kami grab beli sebab masa yang akan datang belum tentu dapat kupon diskaun. Kupon diskaun di 11street ni tak menentu. Produk Tropika yang kami terima expiry date 2017 / 2018 jadi takde masalah simpan stok awal.

Saturday, 30 April 2016

LAZZ dan Wildan Susu Kambing Murah 500 gram RM 26.35

Kami beli susu kambing untuk stok semasa wife mengandung dan selepas bersalin. Wife hantar ke alamat kampong, adik ipar aku pun sama nak minum susu kambing tersebut. Tak rugi pun beli lebih boleh minum untuk seisi keluarga. Selamat jugak diminum oleh baby berusia 1 tahun ke atas.

Lazz Susu Kambing Asli 500 gram (1unit) + Kurma 500 gram (1 unit) RM 71.76 beli di 11street.my. Harga untuk 500 gram RM 35.88

Wildan Susu Kambing Asli 1kg RM 72.00 beli di 11street.my.

Wildan Susu Kambing Asli 500gram (2 kotak) + Coklat 500gram (1 kotak) RM 79.00 beli di 11street.my. Harga untuk 500 gram RM 26.35. Murah sangat kalau beli secara borong belum tentu boleh dapat harga semurah ni sama ada offline atau online di outlet lain. Jom berjimat di 11street. Dapatkan kupon diskaun untuk penjimatan seperti yang kami dapat.


Mothercare Mahal Pada Harga Murah RM 10

Mothercare 6 - 9 months - Happy / Squirrel Sleepsuits - 3 pasang / pack RM 63.40 = RM 21.15/sepasang beli di 11street.my. Mothercare person in charge WhatsApp wife bagitahu design atas rosak dan kotor. Wife diberi pilihan sama ada nak tukar design lain / cash back. Alang-alang dah beli wife grab design di bawah ni pada harga yang sama.
Mothercare offer wife untuk tambah order bodysuits seperti di bawah pada harga less 50% RM54.50 untuk 5 pasang / pack = RM 10.90 sepasang. Harga normal RM 109.00. Wife terus grab offer sebab no delivery charges Mothercare akan hantar sekali harung dengan order yang pending.
Wife dapat freegift lagi Tommee Tippee Nail Clipper for baby. Rezeki sebab Mothercare pun dah alert wife as royal customer hehe.


Mothercare 3 -  6 months - Cheeky Monkey Sleepsuits - 3 pasang / pack RM 68.06 = RM 22.70/sepasang beli di 11street.my.


Mothercare 3 -  6 months - Christmas Sleepsuits - 3 pasang / pack RM 66.06 = RM 22.02/sepasang beli di 11street.my. Nama jer Christmas Sleepsuits tapi design yang dibeli takdelah ke arah Christmas pun.

Mothercare Newborn Baby - Elephant Bodysuits - 5 pasang / pack RM 46.73 = RM 9.35/sepasang beli di 11street.my. Wife beli sebab tengok birasnya ada pakai for newborn berusia 2 minggu.


Wife aku memang rajin sangat shopping baju baby Mothercare ni. Baginya harganya murah berbanding beli jenama yang biasa. Wife beli online di 11street.my. Memang agak murah secara purata 1 baju RM 10 - RM 30. Harga purata yang berbeza disebabkan kupon diskaun yang digunakan ada 20%, 22% dan 30%.Lebih kurang jugak kalau beli offline baju-baju baby dalam lingkungan harga macam Mothercare jugak.

Antara koleksi baju baby Mothercare yang wife suka beli Bodysuits dan Sleepsuits. Baju sleepsuits ini selesa untuk baby disebabkan tak perlu lagi dipakai sarung tangan dan kaki sebab datang dalam set yang sama. Anak buah berusia 3 bulan lebih pakai Mothercare Sleepsuits.



Minyak Kelapa Dara D'Aura (Virgin Coconut Oil) VCO murah RM 46.90


Sebelum ni, aku pernah tulis pasal Minyak Kelapa Dara D'Aura (Virgin Coconut Oil) VCO. Kami beli di 11street pada harga yang berbeza sebab guna kupon diskaun. Harga yang paling murah kami beli RM 46.90 untuk 2 botol 100ml. Rasanya harga borong pun tak boleh dapat semurah ni.

Wife aku beli stok tambahan Minyak Kelapa Dara D'Aura (Virgin Coconut Oil) VCO dan Minyak Kelapa Dara D'Aura (Virgin Oil Softgel) VCO RM 102.97.

Minyak Kelapa Dara D'Aura (Virgin Coconut Oil) VCO untuk kegunaan luaran. Wife aku beli softgel sebab dia dah tak boleh nak minum Coconut Oil sebab lepas minum muntah. Aku siap sindir-sindir wife sebab dia muntah tak kena tempat atas lantai dan atas tilam bertaburan muntah dia. Aku cakap pada wife kat rumah ni yang suka muntah kucing dan lagi satu yang suka muntah ayang. Wife aku memang terasa sebab aku samakan dia dengan kucing bila dia muntah. Sebab aku geram dengan dia muntah ikut suka dia.

ProDiet untuk kucing

Adik wife aku di kampong kalau kehabisan stok makanan kucing mesti contact wife aku @ akak dia suruh tolong belikan makanan kucing untuk kucing-kucing kampong yang 10 ekor banyaknya. Wife aku akan beli online di 11street.my. Kat sinilah tempat favourite dia shopping makanan kucing sebab mudah dan penghantaran secara percuma.

ProDiet 8Kg Dry Cat Food RM 49.68. Ada dua pilihan sama ada Ocean Fish atau Mackerel. Harga murah berbanding offline. Rasanya di Speedmart ProDiet 8Kg Dry Cat Food RM 59.00.


ProDiet 85g Wet Cat Food Chicken & Tuna Flavour X 48 Packs RM 55.12, harga 1 pack 85g RM 1.15. Harga takdelah ketara murah mungkin boleh dapat secara online pada harga offer dapatlah harga macam harga di 11street.my. Disebabkan tak rajin beli offline so online lagi mudah, barang pun sampai ke alamat yang diberikan dalam 2 -5 hari bekerja by GDEX.