https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label KARI AYAM. Show all posts
Showing posts with label KARI AYAM. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADHAN 1435H

Semalam 1 Ramadhan 1435H, berbuka puasa di rumah family saya. Semua adik beradik berkumpul penuh satu rumah. Anak-anak buah seramai 12 orang. Antara menu yang dihidangkan, ada yang dimasak di rumah , ada yang dibeli dan dibawa oleh adik beradik yang datang berkumpul sama-sama berbuka puasa.

Kurma

Nasi Goreng yang wife masak tapi disebabkan terlalu banyak telur dadar dan sosej sebagai hiasan nasinya tak nampak.
 
Nasi Dagang
 
Kari Ayam
 
Sayur Sawi Tumis
 
Pulut Bungkus rasanya ala-ala lemang kerana di masak dengan santan
 
Lepat Pisang dan Tepung Pelita
 
Roti John
 
Popia Goreng dan Buah Melaka
 
Air Tembikai Susu
 
Air Teh Susu
 
 Air Teh Bunga

Air Koktel Buah-buahan Tanpa Susu 
 
Alhamdulillah semua makanan dan minuman abis dimakan, tiada pembaziran. Ramai-ramai makan memang menyelerakan tambah-tambah masa berbuka puasa.
 
 
Bulan puasa ni page view blog pun meningkat mendadak. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ni.
 
 
 

Tuesday, 20 May 2014

SAMBAL UDANG SENTAP

Dinner malam ni wife terlebih rajin sediakan more than 1 jenis hidangan. Dinner malam ni ada sambal udang, sayur air dan kari ayam.

Sambal udang. 

Sayur masak air

Kari ayam. Ini malam semalam wife masak for breakfast dan bekal aku.

Inilah hidangan malam kami dengan periuk, kuali di ruang makan.

Selera sungguh makan malam ni. Aku sebenarnya tak makan udang takut alergik tengok jer sambal udang wife yang sentap tu memang terliur nak makan. Sayur air yang dia buat pun masa masak dah berbau sedap. Harus makan bertambah.

Stok udang pasar borong dah clear tinggal stok sotong masih belum masak. Ayam pun ada stok dalam frozen. Insyaallah bertahan sampai hujung bulan. Kami ni jenis berjimat pi pasar beli sekali harung jimatkan fuel, masa dan tenaga. 

Wife pun nasib baik jenis memasak cuma tengokla perangai dia periuk, kuali dihidangkan sekali. Kalau buat kenduri kawah dihidangkan tengah2 ruang tamu... 

Sunday, 11 May 2014

ROTI JALA KARI AYAM

Dari semalam wife bercadang nak buat roti jala. Sbbnya dia nak abiskan stok ayam. Wife nk msk lebih dari hari2 biasa blh bagi mak aku rasa. Tgh hari dah siap kari ayam. Kalau tak awal lg dah siap masak sbbnya gas abis masa wife menumis bahan2 tumisan kari pukul 11 pagi. Wife dah turun p beli gas tapi kedai tu kata blh hntar kul 12 tgh hr sbb pkerjanya rest. Gas tak sampai2 pukul 1 aku p kedai tu blk. wife aku dah bising aktiviti memasak dia pun dah terbengkalai lama nearly 2 hours. Wife suruh aku turut kedai tu suruh hantar gas cepat. Orang kedai tu blh kata lupa nk hantar.

Hasil kari ayam lepas dapat stok gas. Comotnya wife aku masak kari sbbnya kuah melimpah ruah.
.

Lunch hour aku makan kari ayam dan nasi. Petang pukul 4 baru wife memulakan aktiviti membuat roti jala. Hasil dari bertanya pada Pakcik Google wife jumpa blog ni http://www.jaakechik.com/2013/09/cara-cara-nak-buat-roti-jala-lembut-gebu.html

Wife pada mula2nya berkira2 nk buat 1kg tepung mcm resepi di atas confirm berjam nk menjala. Disebabkan malas nk sukat2 tepung jadi wife buat 1 kg tepung. Bahan2 yang digunakan sama mcm resepi di atas cuma air wife guna 3 tin susu.

Inilah hasilnya roti jala wife buat walaupun rupanya ke laut tapi sedap.

Masih di atas non stick pan

Hasil satu adunan 

Hasilnya setelah selesai menjala 2 tupperware saiz sedang.

Acuan roti jala ada 5 muncung.


Wednesday, 27 November 2013

KARI AYAM... MENU DINNER MERANGKAP BREAKFAST

Korang suka makan kari ayam ke?


Semalam aku request wife masak kari ayam. dah lama wife aku tak buat kari ayam. Aku ajak wife aku beli jus Goodday yang dia belikan masa beli tambahan barang untuk buat spagetti dan bubur kacang hijau durian.
 
Masa dia belikan jus orange goodday minggu lepas aku yang tukang penghabis tanpa tinggal setitik pun untuk dia... Bertuahnya dia dapat hubby yang pelahap macam aku hehe... Aku belikan 2 kotak satu for my wife and one more for me... Kacang Soya tu ada offer so aku rembatla beli sama. Lagipun aku memang suka air kacang soya.
 
Balik dari beli air kotak di pasaraya berdekatan, wife aku siapkan diri, solat barula dia memulakan tugasan sebagai chores yang biasa dia buatlah... Kalau korang nak tau apa chores dia dalam rumah tangga kami belekla page Chores...

Bahan2 Kari ayam:

 
Macam dalam gambar di atas, ada tomato, santan kotak, terung, ayam, bawang putih, halia dan bawang merah dihiris nipis, rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan ditambah daun kari. Bab bahan2 asas dah selesai. Kuantiti tu korang agak2 la nak banyak mana... Wife aku pun takde timbang kati sebelum menyediakan bahan2 tersebut....

Setelah minyak di panaskan dalam pan happy call korea dia, masukkan bawang, halia dan bawang putih. Tumiskan sampai naik bau dan garing sedikit.

Masukkan pes kari ke dalam pan tersebut. Gaul sebatikan dengan bahan sedia ada dalam pan sampaila terbit minyak...

 

Masukkan ayam dan gaulkan sebati bagi pes tersebut meresap ke dalam ayam...

Masukkan santan dan tambahkan air secukup kuah yang korang nak. Korang nak buat kuah itik berenang tambahla lebih santan / air... Kalu nak pekat untuk buat pencicah roti canai tak perlulah cair sangat kuahnya... 

Setelah mendidih masukkan terung dan tomato. Tambahkan garam, air asam jawa, kiub ayam secukup rasa... Wife aku tak tambah garam sebab dia guna kiub ayam 2 ketul.

Tadaaaaaaaaaa.... Sedia dihidangkan bersama nasi perang dan jus orange goodday...

Close up kari ayam yang wife buat... Rasanya sedap but dah abis makan baru aku hirup kuahnya... Tawar... Wife aku kata tak letakkan sebutir garam pun...

Breakfast pagi tadi. Kari ayam kuahnya semakin pekat dan wife dah letakkan garam... So rasanya memang sedap...
 
 
Ok ker cara wife aku memasak tu... Wife aku tu macam ni la caranya masak ikut2 resepi campak2 dia jer... Any komen or idea lets share... Bolehla dijadikan panduan utk my wife menyedapkan lagi air tangannya dalam memasak... "Sharing is Caring, Caring is Loving"