https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label NASI DAGANG. Show all posts
Showing posts with label NASI DAGANG. Show all posts

Monday, 4 August 2014

Ketuk Ketuk Ramadan bersama Erry Putra, Rendang Ayam Jering, Nasi Dagang

Rendang Ayam Jering

Ketuk Ketuk Ramadan bersama Erry Putra, Rendang Ayam Jering, Nasi Dagang
Bahan-bahan
Jering Cambak
1 ekor Ayam
Daun Limau Purut
Santan
Kerisik

Bahan-bahan kisar 
Bawang besar
Halia
Kunyit hidup
Buah keras
Cili Padi
Cili Kering
Serai
Jintan Manis
Serbuk ketumbar

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Masukkan ayam dan biarkan ayam kecut, masukkan santan, jering, daun limau purut, biarkan sampai kering. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.

Nasi dagang

Ketuk Ketuk Ramadan bersama Erry Putra, Rendang Ayam Jering, Nasi Dagang
Bahan-bahan Nasi Dagang:
Beras nasi daging
Santan
Bawang merah
Halia
Halba

Cara membuatnya:
Kukuskan beras nasi dagang, santan, bawang merah, halia dan halba


Bahan-bahan kuahnya:
Bawang putih *dikisar
Halia *dikisar
Bawang besar *dikisar
Lengkuas *dikisar
Rempah Kari Ikan
Asam Keping
Cili Padi
Ikan Tongkol - direbus dengan asam keping

Cara membuatnya:
Panaskan minyak tumis bahan yang dikisar, serbuk kari, air, asam keping, masukkan cili padi, ikan tongkol, garam dan gula secukup rasa.


Sunday, 29 June 2014

MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADHAN 1435H

Semalam 1 Ramadhan 1435H, berbuka puasa di rumah family saya. Semua adik beradik berkumpul penuh satu rumah. Anak-anak buah seramai 12 orang. Antara menu yang dihidangkan, ada yang dimasak di rumah , ada yang dibeli dan dibawa oleh adik beradik yang datang berkumpul sama-sama berbuka puasa.

Kurma

Nasi Goreng yang wife masak tapi disebabkan terlalu banyak telur dadar dan sosej sebagai hiasan nasinya tak nampak.
 
Nasi Dagang
 
Kari Ayam
 
Sayur Sawi Tumis
 
Pulut Bungkus rasanya ala-ala lemang kerana di masak dengan santan
 
Lepat Pisang dan Tepung Pelita
 
Roti John
 
Popia Goreng dan Buah Melaka
 
Air Tembikai Susu
 
Air Teh Susu
 
 Air Teh Bunga

Air Koktel Buah-buahan Tanpa Susu 
 
Alhamdulillah semua makanan dan minuman abis dimakan, tiada pembaziran. Ramai-ramai makan memang menyelerakan tambah-tambah masa berbuka puasa.
 
 
Bulan puasa ni page view blog pun meningkat mendadak. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ni.