Dari semalam wife bercadang nak buat roti jala. Sbbnya dia nak abiskan stok ayam. Wife nk msk lebih dari hari2 biasa blh bagi mak aku rasa. Tgh hari dah siap kari ayam. Kalau tak awal lg dah siap masak sbbnya gas abis masa wife menumis bahan2 tumisan kari pukul 11 pagi. Wife dah turun p beli gas tapi kedai tu kata blh hntar kul 12 tgh hr sbb pkerjanya rest. Gas tak sampai2 pukul 1 aku p kedai tu blk. wife aku dah bising aktiviti memasak dia pun dah terbengkalai lama nearly 2 hours. Wife suruh aku turut kedai tu suruh hantar gas cepat. Orang kedai tu blh kata lupa nk hantar.
Hasil kari ayam lepas dapat stok gas. Comotnya wife aku masak kari sbbnya kuah melimpah ruah.
Lunch hour aku makan kari ayam dan nasi. Petang pukul 4 baru wife memulakan aktiviti membuat roti jala. Hasil dari bertanya pada Pakcik Google wife jumpa blog ni http://www.jaakechik.com/2013/09/cara-cara-nak-buat-roti-jala-lembut-gebu.html
Wife pada mula2nya berkira2 nk buat 1kg tepung mcm resepi di atas confirm berjam nk menjala. Disebabkan malas nk sukat2 tepung jadi wife buat 1 kg tepung. Bahan2 yang digunakan sama mcm resepi di atas cuma air wife guna 3 tin susu.
Inilah hasilnya roti jala wife buat walaupun rupanya ke laut tapi sedap.
Masih di atas non stick pan
Hasil satu adunan
Hasilnya setelah selesai menjala 2 tupperware saiz sedang.
Acuan roti jala ada 5 muncung.
















