Persiapan Kelengkapan Bayi under Feeding & Nursing yang telah kami beli online di 11street, dan Ensogo. Kami beli pada harga diskaun dengan menggunakan kupon diskaun dan voucher.
Botol susu - Tommee Tipper Closer to Nature 0m+ set masa offer RM119.00 beli online di ENSOGO. Set included of 2x 150ml/5floz feeding bottles, 4x 260ml/9floz feeding bottles, 2x bottle handles, 1x bottle brush, 1 x soother 0-6m
Storage Bottle - Autumnz Storage Bottles 4 sets RM85.00 beli online di ENSOGO. Set included of 4 Sets of 10x Autumnz Breastmilk Storage Bottles White (SB1008) + FREE 5xs Ziplock Storage Bags + Wealth Lucky Sheep.
Pengering Botol - Autumnz Breastmilk Storage Bottles (Tinted) Blue Ellie (10pcs)-sb1008-bl + FOC 5 x Breastmilk Ziplock Storage Bags + Autumnz Easy Bottle Drying Rack - White Blue beli masa offer RM 34.30 online di 11street.
Autumnz - Home & Car Bottle Warmer dan 2-in-1 Electric Steriliser & Food Steamer Lilac RM 130.40 beli di 11street.my.
Autumnz Serene Convertible Double Electric / Manual Breastpump RM 357.06 di 11street.my.
Autumnz - Posh Cooler Bag (Foliage) VALUE Package Set RM 58.43 beli di 11street.my. Set consists Autumnz - Posh Cooler Bag, Autumnz - Breastmilk Storage Bottles (4pcs) and Autumnz - Reusable Ice Pack (3 pcs, 310g/pc).
Budget untuk kelengkapan bayi under Feeding & Nursing agak costly, boleh tukar kepada alternative lain sekiranya budget terhad ataupun beli secara berperingkat-peringkat supaya tak terasanya duit mengalir deras keluar dari poket.
Tinggal lagi 15 hari baby kami bakal dilahirkan Insha'Allah jika baby ikut EDD 15.05.2016. Persiapan terakhir kami beli barang keperluan ibu dan baby yang masih pending. Kebanyakan beli secara online. Malas nak pergi shopping mall dan outlet baby terdekat. Beli online senang ikut budget yang sedia ada. Kami pun bayar guna online banking dan debit card so takdelah tersasar ikut pada baki cash yang kami ada jela.
Wife ada cadang nak pergi ke TCE Baby Expo di SACC Mall berdekatan dengan PKNS Shah Alam pada minggu lepas 22 - 24 April 2016, tapi tak kesampaian disebabkan kekangan kerja dan masa yang terhad. Lagipun wife macam berkira-kira budget nak ke sana. Masa tu budget terhad sebab belum gaji lagi, jika ada barang yang berkenan tapi budget takde takut kempunan pulak nanti hehe.
Disebabkan tidak dapat menjejakkan kaki ke TCE Baby Expo di SACC Mall, kami membeli keperluan ibu dan baby secara online. Kami tak beli secara harung tapi secara peringkat-peringkat. Yang mana ada offer, kami grablah peluang tersebut. Bukan senang nak dapat penjimatan dalam berbelanja sekarang ni. Kebanyakkan harga barang makin mahal dan GST lagi terasa jugaklah semasa membayar.
Anugerah Tungku Herba Batu Lava RM 37.09 beli di 11street.my. Didoakan dengan 30 juzuk al-quran serta ayat-ayat pilihan. Tungku Batu Herba Anugerah baik untuk melancarkan peredaran darah, merehatkan otot tubuh dan membuang angin dari dalam badan. Ia dirumus khas dari herba tradisional dan ditenagakan lagi dengan doa-doa dari kalam suci Al-Quran yang selama ini menjadi rahsia di dalam perubatan Islam. Batu yang digunakan di dalam Tungku Herba Anugerah ini adalah batu lava gunung berapi yang berperanan seperti magnet yang boleh membantu melancarkan pengaliran tubuh badan dan mempunyai ketahanan kepanasan yang lama
Pensonic Toaster Oven RM 72.40 beli di 11street.my. Kegunaan semasa berpantang mudah untuk bakar ikan. Tak terlalu besar sesuai untuk kegunaan keluarga. Kat rumah mentua di kampong pun guna Pensonic Toaster Oven semasa adik ipar @ adik wife berpantang.
Set berpantang Tanamera RM 271.15 beli di Lazada. 1 x Cold Pressed Virgin Coconut Oil, 1 x Brown Formulation Soap 1 x Herbal Massage Oil 1 x Feminine Herbal Wash 1 x Herbal Bath (14 packets) 1 x Firming Herbal Blend Paste 1 x Bengkung (Abdominal Wrap) 1 x Calming Herbal Blend Paste 1 x Herbal Tea 1 x Boreh Body Scrub.
Autumnz - Home & Car Bottle Warmer dan 2-in-1 Electric Steriliser & Food Steamer Lilac RM 130.40 beli di 11street.my. Untuk kegunaan baby kami semasa berpantang dan lepas pantang. Mudah untuk IBM.
Anugerah Tungku Herba Bayi dan Minyak Kelapa Dara D'Aura Virgin Coconut Oil 100 ML (2 Bottles) RM 88.51 beli di 11street.my. Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi, Batu lava gunung berapi, Ekstrak sirih, Daun kantan, Daun pandan
Autumnz Serene Convertible Double Electric / Manual Breastpump RM 357.06 di 11street.my. Mula-mula wife cadang nak beli Autumnz Passion Convertible Double Electric / Manual Breast pump, harga after less kupon diskaun RM 260++ tapi wife aku tertarik dengan Autumnz Serene sebab nampak lebih cute. Sebelum beli Breastpump ini wife tunjuk kat aku. Aku tengok harga pun mahal aku cakap suka hati nak beli mana. Aku malas nak layan. Wife aku cakap Autumnz ni consider murah ada breastpump harga RM 1K++ Medela Freestyle Double Electric Breastpump. Wife aku cakap ada suami yang sanggup belikan untuk wife yang harga RM1K++ tu. Aku memang tak sangguplah. Breastpump Autumnz wife guna duit sendiri memang aku tak sponsor.
Tommee Tippee Closer to Nature Helthcare Set RM 101.15 beli di Lazada. 1 x digital oral thermometer, 1 x nasal aspirator, 1 x toothbrush, 2 x emery board, 1 x nail clippers, 1 x scissors, 1 x brush, 1 x comb. Wife pun ada dapat freegift Tommee Tippee nail clippers semasa beli baju baby Mothercare.
Tropika Baby Set - Citronella Oil / Lavender oil / Herbal Krim / Mandian Rose RM 68.00 beli di 11street.my.
Tropika Krim Herba Bayi
Membantu melancarkan pernafasan (tidak panas semasa/lepas sapu)
Sesuai Merawat
Bayi yang kembung perut
Batuk/Selsema
Lelah (Asthma)
Semput Nafas
Kahak (Phlegm)
Tropika Baby Oil (Lavender) 30ml
Sesuai untuk kulit sensitif
Mandian natural Lavender
Baby hair & body oil Lavender berkesan untuk menyembuh serta melindungi kulit si manja disamping melebatkan rambut
Tidak mengandungi steroid/parabens
Bahan utama ialah minyak kelapa dara
Tropika Citronella Oil 30ml
For sensitive skin
Menyembuh luka luka kecil
For jerawat,panau,parut,kulit bersisik melecur dan tumit pecah
Menyihat dan melebatkan rambut
Tropika Mandian (Rose) 230ml x 1
Tropika Baby Herbal Cream x 3 Bottle Expiry Date August 2017 Limited Unit Promotion RM 67.40 beli di 11street.my. Kami beli extra Tropika Krim Herba Bayi senang untuk kegunaan baby kami nanti. Kami akan beli di 11street menggunakan kupon diskaun yang masih ada.
Rata-rata harga kami beli di online sama ada 11street.my dan Lazada lebih jimat kerana ada kupon diskaun berbanding beli secara offline.
Rasanya hampir lengkap keperluan ibu dan baby kami untuk berpantang dan selepas pantang.
Kalau ada keperluan penting yang kami terlupa nak beli bolehlah bagi komen. Kami pun bukannya ada pengalaman membeli keperluan ibu dan baby sebab kami bakal dapat anak pertama setelah usia perkahwinan kami 3 tahun.
Jika ada tempat lain yang menawarkan harga lebih rendah daripada yang kami beli sekarang ni bolehlah berkongsi dengan kami.
Assalamualaikum. Tak sabarnya nak ada baby walaupun lama lagi bulan 5/2016, Insha'Allah.
Sekarang ni masih dalam proses kumpulkan info barang apa nak beli tapi wife dah beli masa offer sebab dapat berjimat katanya. Aku ini cakap jugaklah kat wife jangan beli dulu masih awal lagi tapi wife aku ni bukan jenis dengar kata aku pun. Bagi dia beli beli sikit-sikit lama-lama bertimbun boleh mengurangkan aliran duit dia dari mengalir deras. Balik kerja ada jela barang yang dia angkut balik ke rumah.
Pakaian Baby
Baju harian @ siang - Fiffy new born 8 in 1 suit set online di 11street masa offer RM 54.46/set, sepasang RM 6.80. Masa TCE Baby Expo Mid Valley wife ada beli baju Pureen baju berlubang sepasang RM 12.00.
Fiffy new born 8 in 1 suit set
Baju malam @ tidur - Mothercare Sleepsuits 3 in Set (0-3 months) online di 11street masa offer RM 63.91/set, sepasang RM 21.30. Masa TCE Baby Expo Mid Valley wife ada beli baju Pureen lengan panjang dengan seluar panjang 3 pasang RM 16.00 sepasang.
Mothercare Sleepsuits 3 in Set (0-3 months)
Romper @ bodysuit - Mothercare Eight Piece Gift Set - Blue (Newborn) online di 11street masa offer RM 64.66/set. Set included 1 sleepsuit (boleh pakai malam), 1 leggings with feet, 1 jacket, 1 short sleeved bodysuit, 1 long sleeve bodysuit, 1 hat, 1 bib and 1 pair of scratch mitts.
Mothercare Eight Piece Gift Set - Blue (Newborn)
Baju jalan-jalan - pending
Mittens & Booties - Pureen Mittens & Booties 4 pek masa TCE Baby Expo di Mid Valley, RM 5.00/pek
Bonnet @ topi - Dalam set Mothercare Eight Piece Gift Set - Blue (Newborn) ada 1. Jika perlu boleh tambah lagi di masa akan datang
Sapu tangan - Dapat Giveaway Drypers Baby Club FREE Embroidered Hand Towel... save budget. Korang nak sapu tangan ni boleh register kat Drypers website. Within 1 - 2 weeks korang akan dapat sapu tangan ni by normal pos.
Bib - Dalam set Mothercare Eight Piece Gift Set - Blue (Newborn) ada 1. Jika perlu boleh tambah lagi di masa akan datang
Barut - Fizratul Baby Body Wrap (Barut Bayi Fizratul) (size M) set D & E online di 11 street. Harga normal RM 33/set + postage RM 10 = RM 43/set. Wife beli dengan set tilam kekabu dan nursing pillow masa offer harganya lebih murah.
Bedung - Mothercare Summer Infant Swaddle Pod + Mothercare Daisy Lane Swaddling Blanket masa offer RM 114.39 online di 11 street.
Diapering
Napkin - Anakku 10 Pcs Baby Napkins (2 Packs) masa offer RM 32.82 online di 11 street. Murahkan RM 16.41/pack. Beli guna kupon diskaun memang jimat sangat.
Diaper pakai buang - Beli kat 11street online bila ada offer. Kami pernah beli 9 pack Wee Wee Drypers Diaper Super Hero Limited Edition M80(6-11kg) + 3 pack Wee Wee Dry Drypers Diaper S88 (3-7Kg) untuk anak-anak buah masa offer RM 235.83 so 1 pack RM 19.65 online di 11street pada 11.11.2015. Rasanya harga termurah di pasaran, harga borong / kilang mesti tak dapat serendah ni.
Wet Tissue - dapat sample masa beli Pureen & Fiffy. Untuk kegunaan di rumah kami beli Guardian Baby Wipes Fragrance Free 120s + 100s, beli 2 percuma 1 RM 34.76 untuk 3 set. Jimat.
Changing Mat - Mothercare Snoozie Safari Changing Mat masa offer RM 58.07 online di 11 street.
Baldi dan bakul untuk lampin / baju kotor - guna yang sedia ada... save budget.
Detergent khas pencuci baju - 4x NappiKleen Anti Bacterial Liquid Wash 2L Free 400ml (On Pack) RM 66.88 masa offer di Guardian online. Masih ada offer lagi sehingga 28 December 2016, free delivery bagi order RM88 ke atas dengan e-voucher HappyHoliday. Boleh kumpul e-stamps untuk redeem bag Garfield. Kami dah redeem beg sekolah Garfield untuk anak buah pada harga RM 69 with 20 e-stamps bagi pembelian online di Guardian.
Baby Care dan Grooming
Bedak bayi - pending
Losyen bayi - pending
Minyak bayi (baby oil) - pending
Putik kapas (cotton bud) - pending
Pengepit Kuku (Nail Clipper) - pending
Minyak Telon - pending
Cotton ball - pending
Nappy cream - pending
Keperluan tidur baby
Set Tilam - wife dah beli di Nilai 3 paling murah RM 30/set. Wife dapat harga RM 27 sebab penjual tu taknak duit syiling. Set tilam ni untuk kegunaan di rumah kami.
Untuk kegunaan masa di kg, Set Tilam Kekabu Fizratul baby bedding set cheerful mickey + Fizratul Baby Body Wrap (Barut Bayi Fizratul) (size M) masa offer RM 125.77 online di 11 street.
Baby Cot - rasanya tidak perlu.
Set Tilam kelambu - wife dah beli di Nilai 3 paling murah RM 28/set.
Feeding
Botol susu - Tommee Tipper Closer to Nature 0m+ set masa offer RM119.00 online di ENSOGO. Set included of 2x 150ml/5floz feeding bottles, 4x 260ml/9floz feeding bottles, 2x bottle handles, 1x bottle brush, 1 x soother 0-6m
Berus pembersih botol - Dalam set Tipper Closer to Nature dah ada berusBottle Sterilizer - Pending. Wife cadang beli Autumnz.
Penyepit botol - pending
Nipple Cream - pending
Nursing Pad Washable - pending
Breast Pump - pending. Wife cadang nak beli Medela Freestyle tapi harganya mahal memang sorrylah nak layan. Maybe dia tukar fikiran nak beli Autumnz cos harga memang quite differ dari Medela tu.
Cooler Set bag - pending. Wife cadang beli Autumnz
Storage Bottle - Autumnz Storage Bottles 4 sets RM85.00 online di ENSOGO. Set included of 4 Sets of 10x Autumnz Breastmilk Storage Bottles White (SB1008) + FREE 5xs Ziplock Storage Bags + Wealth Lucky Sheep. Aku cakap punyalah banyak sampai 40 botol, macamlah ayang banyak susu. Wife aku siap tunjuk gambar hasil google ibu-ibu yang banyak storage IBM. Harap wife aku tu adalah susu kalau tak terpaksalah wife mintak adik dia yang bakal ada baby baru bulan 1/2016 tumpangkan susu untuk anak kami.
Pengering Botol - Autumnz Breastmilk Storage Bottles (Tinted) Blue Ellie (10pcs)-sb1008-bl + FOC 5 x Breastmilk Ziplock Storage Bags + Autumnz Easy Bottle Driying Rack - White Blue masa offer RM 34.30 online di 11street.
Nursing Pillow - Fizratul baby/nursing pillow green Floral & lovey polka + Fizratul Baby Body Wrap (Barut Bayi Fizratul) (size M)masa offer RM 59.15 online di 11 street.
Nursing Bra - wife beli direct from Autumnz website, free delivery for order above RM 100.00.
Termos - guna sedia ada. Jika perlu baru beli di masa akan datang.
Travel
Beg baby - Supermother - Diaper Bag / Baby Bag 5 In 1 Everything In 1 Bag masa offer RM 27 online di 11 street.
Baby Warmer for Bottle - pending. Maybe beli Autumnz sebab harga berpatutan.
Baby carrier - maybe tak perlu sebab bukan semua baby suka baby carrier.
Car seat - pending sebab kami masih belum ada kereta lagi hehe.
Keperluan Mandi
Tuala Bayi - Pureen Baby Towel masa TCE Baby Expo di Mid Valley 2 pcs RM 18.00/pcs.
Besen Mandi (Bath Tub) - Mothercare Snoozie Safari Bath Set masa offer RM 95.82 online di 11 street. Set includes: bath with plug and integral soap dish, 100% cotton cuddle 'n' dry hooded towel, top 'n' tail bowl, sponge.
Toiletries set - pending
Keperluan berpantang.
Set Jamu - pending bergantung pada wife nak makan jamu ke tak. Wife aku ni makan vitamin pun liat.
Tungku - Guna sedia ada kat umah mak mentua. Tungku batu sungai balut dengan daun mengkudu.
Tuam / tungku baby - pending. Akan beli bila wife nak bersalin atau buat sendiri guna lada hitam.
Baju sejuk - guna sedia ada
Kain batik - guna sedia ada dan kain batik yang wife tak pernah pakai lagi masa beli di Sarawak dan Terengganu.
Stokin - aku belikan untuk wife di pasar malam. Beli murah 3 pasang RM 6.00. Tak cukup boleh tambah beli bila pergi pasar malam lagi.
Nursing bra - wife beli direct from Autumnz website, free delivery for order above RM 100.00.
Maternity Pad - pending
Tuala mandi - guna sedia ada
Breast pad - pending
Tukang urut - lepas bersalin cari di kg
Bengkung Moden - Eqmumbaby enhanced abdomen belt postpartum corset / Bengkung Zap On masa offer RM 20 online di 11street.
Air Zam-zam / Selusuh - wife cadang nak beli VCO.
Keperluan lain @ Miscellaneous
Penyangkut baju berklip - pending
Mainan baby - pending
Pengangkut kecil (untuk sarung tangan + kaki)
Hanger - guna sedia ada
Almari Baby untuk pakaian dan keperluan baby - pending