Kadar dividen ASB yang semakin menurun dari tahun ke tahun antara penyebab ramai peminjam ASB sama ada EASY-RHB atau MAYBANK mengambil keputusan menamatkan pinjaman ASB mereka. Salah sorang yang telah menamatkan pinjaman ASB adalah teman baik saya.
Dia mempunyai 3 akaun pinjaman ASB, 2 daripadanya melalui Maybank RM 50K pada 30/06/2010 dan RM 50K pada 16/11/2010, dan pinjaman ASB by EASY-RHB100K pada 31/07/2010.
Maybank RM 50K pada 30/06/2010 dan RM 50K pada 16/11/2010, ansuran bulanan sebanyak RM 292 sebulan bagi setiap pinjaman jumlah RM 584 sebulan. Jumlah ansuran bulanan yang telah dibayar sepanjang pinjaman RM 50K pada 30/06/2010, 66 bulan x RM 292 = RM 19,272.00 dan RM 50K pada 16/11/2010, 61 bulan x RM 292 = RM 17,812.00. Jumlah keseluruhan ansuran bulanan sepanjang tempoh pinjaman untuk dua pinjaman Maybank = RM 37,084.00. Teman baik saya telah mengisi borang untuk menamatkan pinjaman di cawangan Maybank berdekatan pada 15/12/2015.
Pada 11/01/2016, dia telah mendapat RM 4,755.50 untuk pinjaman Maybank 50K pada 30/06/2010 dan RM 4,149.95 untuk pinjaman Maybank 50K pada 16/11/2010 yang terus dikreditkan ke akaun Maybank berjumlah RM 8,905.45 bagi kedua-dua pinjaman tersebut. Yang masih pending adalah bayaran daripada Etiqa takaful.
Bagi loan EASY-RHB100K pada 31/07/2010, ansuran bulanan RM 451.69 pada tahun pertama hingga tahun kelima (60 bulan) dan tahun ke enam dan seterusnya RM 678.69. Jumlah ansuran bulanan yang telah dibayar sepanjang pinjaman EASY-RHB100K pada 31/07/2010, 60 bulan x RM 451.69 = RM 27,101.40 + 5 bulan x 678.69 = RM 3,393.45. Jumlah keseluruhan ansuran bulanan sepanjang tempoh pinjaman RM 30,494.85. Teman baik saya telah mengisi borang untuk menamatkan pinjaman di cawangan EASY-RHB pada 14/12/2015. Teman baik saya telah mendapat surat daripada RHB pada 07/01/2016 seperti berikut terdapat shortfall RM 288.13 walaupun telah membayar ansuran selama 65 bulan.

Jika dibandingkan pinjaman antara Maybank dan EASY-RHB better lagi Maybank. Setelah membayar ansuran bulanan masih dapat pulangan berbentuk tunai berjumlah RM 8,905.45 yang terus dikreditkan ke akaun Maybank. Manakala bagi EASY-RHB walaupun sudah membayar 65 bulan masih terdapat short fall yang perlu dilunaskan pada kadar segera. Sekiranya gagal mesti akan menjejaskan rekod CCRIS.
Rumusan daripada kedua-dua pinjaman:
Maybank RM 100K, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada bank RM 37,084.00, pulangan tunai yang dikreditkan ke akaun simpanan RM 8,905.45.
Easy-RHB RM 100K, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada bank RM 30,494.85 + shortfall RM 288.13 = RM 30,782.98. Tetapi tiada pulangan tunai yang dikembalikan.
Teman baik saya telah menamatkan akaun pinjaman ASB so telah mengurangkan komitmen hutang dalam CCRIS. Walaupun pinjaman ASB ni salah satu cara membuat tabungan tetapi dengan keadaan dividen yang semakin menurun dari tahun ke tahun dan pinjaman ASB di anggap sebagai komitmen dalam CCRIS adalah lebih baik mencari peluang pelaburan yang lain yang lebih menguntungkan dan patut shariah.