https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

Thursday, 9 November 2017

Tutup Maybank ASB 2017


Kawan saya tutup loan ASB Maybank RM 50,000.00. Dia amik loan ASB pada 2015, start membayar loan April 2015. Pada 24/08/2017, dia tutup loan ASB. Sebab tutup untuk drop Commitment dan perlukan cash money untuk menampung keperluannya. Ekonomi sekarang ni susah dijangka, barang2 pun banyak yang naik harga, tambah2 dah berkeluarga.

3 minggu selepas hantar borang tutup ASB, kawan saya call bank untuk follow up. Pegawai bank bagitahu proses 2 bulan. Mak aaii lamanya kan.

Pegawai lain ada call kawan saya bertanya kenapa tutup ASB. Kawan saya dah tulis alasan di borang tutup ASB behenti kerja haha. Sebabnya konon2 bank blhlah cepatkan proses penutupan. Pegawai bank tu gtahu sayang tutup sebab sebelum ni kawan saya memang takde masalah pun membayar. CCRIS setiap bulan memang cantik sebab auto debit every 1st day of month. Kawan saya gtahu behenti kerja dah lama sejak April sebab jaga anak haha. Malas nak layan pujuk-pujuk ni kan. Dorang tahu behenti kerja takkan nak paksa kan teruskan nak bayar dengan apa nanti.

Kawan saya ni kena bayar ansuran bulanan ASB untuk bulan 9 dan 10 jugak sebelum fully termination. 05/10/2017 bank dah creditkan RM 458.11. Bayar sejak 01/04/2015 - 01/10/2017 (31 bulan x RM 313/bulan = RM 9703.00). Dapat pulangan tunai penutupan ASB RM 458.11 + takaful RM 1,866.66 pada 12/10/2017.

Jumlah tunai yang diterima RM 2,324.77
Dividen yang diterima 2015 (prorata 9 bulan) 7.25 = 50000 x 7.25% / 12 x 9 = RM 2,718.75
Dividen yang diterima 2016 6.75 = 50000 x 6.75% = RM 3,375.00
Tunai yang diterima keseluruhan termasuk dividen RM 2,324.77 + RM 2,718.75 + RM 2,718.75 = RM 8,418.52

Dividen yang diterima 2017 (prorata 9 bulan) = ?

Jika dividen ASB 2017 6.00% ke atas, berbaloilah amik loan ASB walaupun short term hit and run.



Sunday, 21 February 2016

PULANGAN TUNAI DARI ETIQA TAKAFUL UNTUK PINJAMAN ASB MAYBANK

 
Sebelum ini ada post berkenaan pinjaman ASB Maybank dan Easy RHB. Teman baik saya telah mengisi borang tuntutan takaful bagi pinjaman ASB yang telah ditamatkan pada 02/02/2016. Pada 20/02/2016, kedua-dua takaful telah mengkreditkan sebanyak RM 832 + RM 742 = RM 1,574.00 bagi kedua-dua akaun pinjaman ASB tersebut. Maka jumlah keseluruhan bagi pinjaman RM 100,000 pulangan tunai yang teman baik saya dapat adalah RM 4,149.95 + RM 4,755.50 + takaful RM 1,574.00  = RM 10,479.45.
 
Berbaloi jugaklah dengan pinjaman ASB Maybank dapat jugak pulangan tunai dan dividen.

Monday, 18 January 2016

Terminate Loan ASB by Easy RHB and MAYBANK 2016

Kadar dividen ASB yang semakin menurun dari tahun ke tahun antara penyebab ramai peminjam ASB sama ada EASY-RHB atau MAYBANK mengambil keputusan menamatkan pinjaman ASB mereka. Salah sorang yang telah menamatkan pinjaman ASB adalah teman baik saya.
 
Dia mempunyai 3 akaun pinjaman ASB, 2 daripadanya melalui Maybank RM 50K pada 30/06/2010 dan RM 50K pada 16/11/2010, dan pinjaman ASB by EASY-RHB100K pada 31/07/2010.
 
Maybank RM 50K pada 30/06/2010 dan RM 50K pada 16/11/2010, ansuran bulanan sebanyak RM 292 sebulan bagi setiap pinjaman jumlah RM 584 sebulan. Jumlah ansuran bulanan yang telah dibayar sepanjang pinjaman RM 50K pada 30/06/2010, 66 bulan x RM 292 = RM 19,272.00 dan RM 50K pada 16/11/2010, 61 bulan x RM 292 = RM 17,812.00. Jumlah keseluruhan ansuran bulanan sepanjang tempoh pinjaman untuk dua pinjaman Maybank = RM 37,084.00.   Teman baik saya telah mengisi borang untuk menamatkan pinjaman di cawangan Maybank berdekatan pada 15/12/2015.
 
 
 
Pada 11/01/2016, dia telah mendapat RM 4,755.50 untuk pinjaman Maybank 50K pada 30/06/2010 dan RM 4,149.95 untuk pinjaman Maybank 50K pada 16/11/2010 yang terus dikreditkan ke akaun Maybank berjumlah RM 8,905.45 bagi kedua-dua pinjaman tersebut. Yang masih pending adalah  bayaran daripada Etiqa takaful.
 
Bagi loan EASY-RHB100K pada 31/07/2010, ansuran bulanan RM 451.69 pada  tahun pertama hingga tahun kelima (60 bulan) dan tahun ke enam dan seterusnya RM 678.69. Jumlah ansuran bulanan yang telah dibayar sepanjang pinjaman EASY-RHB100K pada 31/07/2010, 60 bulan x RM 451.69 = RM 27,101.40 + 5 bulan x 678.69 = RM 3,393.45. Jumlah keseluruhan ansuran bulanan  sepanjang tempoh pinjaman RM 30,494.85. Teman baik saya telah mengisi borang untuk menamatkan pinjaman di cawangan EASY-RHB pada 14/12/2015. Teman baik saya telah mendapat surat daripada RHB pada 07/01/2016 seperti berikut terdapat shortfall RM 288.13 walaupun telah membayar ansuran selama 65 bulan.
 
 
Jika dibandingkan pinjaman antara Maybank dan EASY-RHB better lagi Maybank. Setelah membayar ansuran bulanan masih dapat pulangan berbentuk tunai berjumlah RM 8,905.45 yang terus dikreditkan ke akaun Maybank. Manakala bagi EASY-RHB walaupun sudah membayar 65 bulan masih terdapat short fall yang perlu dilunaskan pada kadar segera. Sekiranya gagal mesti akan menjejaskan rekod CCRIS.
 
Rumusan daripada kedua-dua pinjaman:
 
Maybank RM 100K, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada bank RM 37,084.00, pulangan tunai yang dikreditkan ke akaun simpanan RM 8,905.45.
 
Easy-RHB RM 100K, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada bank RM 30,494.85 + shortfall RM 288.13 = RM 30,782.98. Tetapi tiada pulangan tunai yang dikembalikan.
 
Teman baik saya telah menamatkan akaun pinjaman ASB so telah mengurangkan komitmen hutang dalam CCRIS. Walaupun pinjaman ASB ni salah satu cara membuat tabungan tetapi dengan keadaan dividen yang semakin menurun dari tahun ke tahun dan pinjaman ASB di anggap sebagai komitmen dalam CCRIS adalah lebih baik mencari peluang pelaburan yang lain yang lebih menguntungkan dan patut shariah.
 


Thursday, 2 January 2014

PERADUAN ASNB MERAH SANGAT MENANGI TOYOTA PRIUSC

Semalam urusniaga ASB dibuka semalam. Aku temankan kawan aku pi bank buat withdraw dividen. Kawan aku tu buat payment direct ke personal loan terus kat bank yang sama. Senang tak perlu hand carry cash yang banyak.



Sekadar gambar hiasan

Kat bank tu ada contest form "MENANGI SEBUAH TOYOTA PRIUSC & 34 HADIAH ISTIMEWA" untuk Peraduan Merah Sangat bermula 1 Januari - 28 Februari 2014.



Wife aku dah isikan contest form for me. Slogan dia yang reka tapi macam biasa ke laut.

Slogan : Saya suka melabur dengan ASNB kerana (persediaan merealisasikan impian membeli pinggan mangkuk dari luar negeri)

JOM hantar contest. Syarat pun mudah. Borang boleh didapati di akhbar harian metro, kaunter bank yang menawarkan ASNB dan melalui website www.asnb.com.






Tuesday, 19 November 2013

ASB OOO ASB .... BILA LAH NAK DAPAT DURIAN RUNTUH

Jeng... Jeng... Mesti ramai daripada pelabur Bumiputera yang menunggu durian runtuh dividen ASB tidak lama lagi... Aku N3 kan tajuk ni walaupun aku tak pernah buka pun buku ASB setakat hari ini. Aku ni bukannya pelabur bijak PNB ni... Apa yang aku nak N3 kan adalah suka2 jer berdasarkan apa yang aku tau la...


Di atas ni salah satu contoh penyata ASB 2012... Tapi bukan milik aku ya... Tahun lepas PNB declare 7.75 + Bonus 1.15

Kalau aku adalah dividen sebanyak tu mesti melompat haha...

Tahun ini berapa jangkaan ASB 2013... Mesti ramai pelabur yang mengunakan duit sendiri dan loan menunggu2 jawapan dari PNB... Good luck all... Saper2 yang bijak buat evaluation jom share berapa dividen utk tahun berakhir 2013... Jom kita lihat sape yang kena....