https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label ASB DIVIDEN. Show all posts
Showing posts with label ASB DIVIDEN. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

PERADUAN ASNB MERAH SANGAT MENANGI TOYOTA PRIUSC

Semalam urusniaga ASB dibuka semalam. Aku temankan kawan aku pi bank buat withdraw dividen. Kawan aku tu buat payment direct ke personal loan terus kat bank yang sama. Senang tak perlu hand carry cash yang banyak.



Sekadar gambar hiasan

Kat bank tu ada contest form "MENANGI SEBUAH TOYOTA PRIUSC & 34 HADIAH ISTIMEWA" untuk Peraduan Merah Sangat bermula 1 Januari - 28 Februari 2014.



Wife aku dah isikan contest form for me. Slogan dia yang reka tapi macam biasa ke laut.

Slogan : Saya suka melabur dengan ASNB kerana (persediaan merealisasikan impian membeli pinggan mangkuk dari luar negeri)

JOM hantar contest. Syarat pun mudah. Borang boleh didapati di akhbar harian metro, kaunter bank yang menawarkan ASNB dan melalui website www.asnb.com.






Thursday, 19 December 2013

DIVIDEN ASB 2013



Masa tengok buletin utama TV3, terbaca tagline Dividen ASB 2013, 7.70 sen dan bonus 1.00. Wow, sapa2 yang ada ASB ni blhla buat kira2 berapa banyak yang dapat. TAHNIAH for all pelabur.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.05 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit.

Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.

Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini:

TahunDividen (sen)Bonus (sen) Total (sen)
20009.752.0011.75
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20078.001.759.75
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
20127.751.158.90
20137.701.008.70 


SIL aku tak abis2 bincang pasal pinjaman ASB. This year memang dah tak sempat nak buat loan. Urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Next year dengar kata semakin ketat term and condition loan ASB. SIL aku dah cuba apply kat Maybank tak tahula approved / decline cos komitmen dorang ni tinggi.

Wife aku buat refinance home loan last 2 weeks sampai la ni masih pending. Niat dia bukan nak cash out just nak convert to Islamic term pun payah...

Sunday, 1 December 2013

DIVIDEN ASB 2013

Bulan ni confirm ramai pelabur yang menunggu durian runtuh aka dividen daripada PNB. Berapa jangkaan dividen yang akan di umumkan... PNB akan menggantungkan urusan transaksi bermula minggu ketiga bulan ni sehingga 01/01/2014... Pelabur2 ASB pada 02/01/2014 bolehla serbu bank2 untuk check berapa banyak dividen dan bolehla bawa keluar dividen... boleh enjoy sakan saper yang dapat banyak dividen tu...

Tuesday, 19 November 2013

ASB OOO ASB .... BILA LAH NAK DAPAT DURIAN RUNTUH

Jeng... Jeng... Mesti ramai daripada pelabur Bumiputera yang menunggu durian runtuh dividen ASB tidak lama lagi... Aku N3 kan tajuk ni walaupun aku tak pernah buka pun buku ASB setakat hari ini. Aku ni bukannya pelabur bijak PNB ni... Apa yang aku nak N3 kan adalah suka2 jer berdasarkan apa yang aku tau la...


Di atas ni salah satu contoh penyata ASB 2012... Tapi bukan milik aku ya... Tahun lepas PNB declare 7.75 + Bonus 1.15

Kalau aku adalah dividen sebanyak tu mesti melompat haha...

Tahun ini berapa jangkaan ASB 2013... Mesti ramai pelabur yang mengunakan duit sendiri dan loan menunggu2 jawapan dari PNB... Good luck all... Saper2 yang bijak buat evaluation jom share berapa dividen utk tahun berakhir 2013... Jom kita lihat sape yang kena....