https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label Tesco Kota Bahru. Show all posts
Showing posts with label Tesco Kota Bahru. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Saharul Ridzwan

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersiaran di Tesco Kota Bahru bersama Sahrul Ridzwan @ Saharul Ridzwan.


Salsa Ikan Dori - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Ikan Dori diperap dengan garam, lada hitam dan perahan lemon
Tomato dibuang biji dan dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
Daun Ketumbar
Cili padi

Cara memasaknya:
Panaskan minyak dan goreng ikan dori. Jangan goreng terlalu lama kerana ikan dori cepat hancur. Angkat dan potong dadu.

Masukkan tomato ke dalam mangkuk, daun ketumbar, cili padi, perahan lemon dan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dori gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.



Laksa Kelantan - Sahrul Ridzwan @ Saharul Ridzwan

Bahan-bahan:
Ikan Selayang @ Sardin - rebus kemudian isinya ditumbuk @ diblender
Air rebusan ikan
Asam keping
Serbuk Lada hitam
Santan
Belacan
Laksa Kelantan

Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Cili padi - ditumbuk tambah garam dan gula

Cara memasaknya:
Masakkan santan, masukkan ikan, bahan kisar, air rebusan ikan, asam keping, belacan, garam secukup rasa, serbuk lada hitam. Sedia untuk dihidangkan bersama laksa.




Thursday, 16 June 2016

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Hafidz Roshdi

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersiaran di Tesco Kota Bahru bersama Hafidz Roshdi.

Ayam Sado Nan Ado @ Ayam Masak Lemak - Hafidz Roshdi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecik
Santan
Cili Padi - ditumbuk
Kunyit Hidup - ditumbuk
Daun Kunyit
Serai - diketuk
Asam Keping

Cara memasaknya:
Masukkan ayam, santan pekat dan air. Masukkan cili yang ditumbuk dengan kunyit hidup, serai, biarkan mendidih. Masukkan asam keping, daun kunyit dan garam secukup rasa.


Cucur Udang - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
250gram Tepung Kek
2 sudu besar Tepung Beras
Bawang besar - dihiris
Kucai - dipotong
Karot - dipotong
Udang kering - rendam dan tumbuk
Cili - 5 biji cili merah, 5 biji cili hijau
Bawang putih
Serbuk ikan bilis
Air
Udang Segar
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:
Masukkan tepung bancuh ke dalam mangkuk dengan air. Masukkan semua bahan dan gaul sebati.
Panaskan minyak, rendamkan senduk ke dalam minyak panas. Masukkan adunan ke dalam senduk dan udang. Masukkan senduk ke dalam minyak panas. Masakkan cucur udang sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kuah kacang.




Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Issey

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 Bersiaran di Tesco Kota Bahru, Kelantan bersama Issey.

Nasi Goreng Tomyam Golok - Issey

Bahan-bahan:
Nasi
Ayam
Thai Tomyam Paste
Sos Tiram Saji
Sos Cili Saji
Serai - dihiris nipis
Daun Limau Purut - dihiris nipis
Karot
Kobis bunga - dihiris
Putik Jagung
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis:
Bawang putih - diketuk
Bawang merah - dihiris
Cili padi - diketuk

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumiskan bahan menumis, masukkan ayam, masukkan tomyam, daun limau purut, serai, kobis bunga, karot, putik jagung, sos tiram, sos cili, garam dan nasi. Kacau sebati.




Kerabu Daging Salai - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Bawang - dihiris
Kacang panjang - dihiris
Cili Padi - dihiris
Cili Merah - dihiris
Kacang Tanah - ditumbuk
Sos Ikan
Limau Nipis
Daun Kesum - dihiris
Daging Salai - dihiris
Kelapa - disangai tanpa minyak
Gula

Cara membuatnya:
Masukkan ke dalam mangkuk sos ikan, sedikit gula, daun kesum, jus perahan limau nipis, bawang merah, cili padi, cili merah, kacang panjang, daging salai, kacang Tanah dan kelapa yang disangai. Gaul sebati. Siap untuk dihidang.