https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label TUPPERWARE. Show all posts
Showing posts with label TUPPERWARE. Show all posts

Monday, 27 April 2015

Jom beli Top Up tanpa GST di 11street.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsi satu website untuk beli online pada kadar yang menjimatkan poket korang kat 11 street .... http://www.11street.my/ . Walaupun takdelah banyak barang yang menarik nafsu tapi bolehlah dijadikan terapi mata bagi korang yang suka window shopping macam wife aku.

Yang menariknya adalah top up boleh dapat harga below than harga yang dikenakan GST. Hari ini aku terus grab beli top up Celcom RM 10 pada harga RM 9.54. Aku grab 3 top up tersebut sebab maksimum boleh beli 3 setiap bulan. Cara aku beli adalah satu-satu. So 3 kali kena buat payment, jimat punya pasal no hal spend time for that purpose. So hari ni aku dapat jimat RM 1.38 tanpa mengambil kira GST. Untungkan walaupun nilai RM 1.38 bukan kadar yang besar tapi lepas jugak beli nasi lemak biasa RM 1.20.


Harga top up seperti di atas. Ikut suka koranglah nak pilih yang mana. Kalau sebulan guna RM 30 korang boleh terus top up 1 time RM 30. Tapi macam aku jimat punya pasal aku beli top up RM 10 sebanyak 3 kali so sama jugaklah RM 30 aku dapat top up. Tapi aku dapat jimat lebihlah sebanyak RM 1.38 compare than beli top up RM 30 terus aku hanya jimat RM 0.42 jer...
 
Korang tahu bila korang dah buat payment, top up terus dikreditkan dalam akaun korang. Senangkan jimat masa korang untuk enter code top up... Apa lagi jomlah beli top up kat sana.

Untuk new user korang dapat RM 10 free + korang boleh dapat RM 11 lagi... So RM 21 free2 korang dapat. Korang bolehlah redeem untuk belian barang korang.

Macam wife aku redeem untuk beli Tupperware One Touch jimat RM 21 dari harga tersebut... Biasalah dekat nak puasa ini buat persediaan beli Tupperware untuk simpan biskut dan kudapan... 

Harga kena bayar RM 156.20, lepas redeem coupon discount RM 10 dan Credit RM 11 so final amount RM 145.20. Jimatkan dapat Tupperware One Touch 4.3 Liter qty 6 memang sesuai sangat untuk hari raya...

 
11street.my is owned and operated under Celcom Planet Sdn. Bhd. So boleh beli tanpa was-was di sini.

Sunday, 27 April 2014

PERCUTIAN BUDGET DI KOTA KINABALU 11.01.2014 - 14.01.14 PART III

Hari pertama 11.01.2014 --- setelah selamat mendarat di KK airport, claims baggage pemandu telah menunggu kami di hadapan pintu keluar. Pemandu tersebut bernama Encik Bong Mokhtar hehe... acah jer namanya Encik Bong... Beliau menghantar kami terus ke Marina Court dan disambut oleh Puan Yati, pembantu kepada Encik Razley pemilik unit Marina Court tersebut. Selepas mendapat kunci, kami terus ke unit dengan luggage kami.

Marina Court memang selesa bagi yang travel in group. Dilengkapi meja makan, ruang tamu with sofa, bilik tidur dilengkapi katil, almari etc, iron board, semi auto mesin basuh dan kelengkapan dapur walaupun agak terhad.

Untuk masuk ke unit Marina Court di ground floor kena bawa access card. Bagi yang ada Iphone just touch your Iphone jer... Access Card ada satu jer so if korang keluar tak sama waktu mmg leceh la jugak...

Masuk je dalam homestay ni adik dan abang ipar aku meluru ke master bedroom... biasalah semua orang nak master bedroom termasukla aku hehe... so kami share master bedroom bertiga aku, adik dan abang ipar aku... Wife aku pulak share bilik with MIL, one more bilik adik ipar yang bongsu dan hubby dia... FIL aku taknak tdo bilik so ruang tamu FIL tdo atas sofa alone.

Selesai bab bilik... Masing2 dah ada tempat for restkan diri. Kami sampai dalam pukul 2.00 pm so memang takde aktiviti lain melainkan aktiviti bebas.. Wife aku biasalah asyik nak pergi berjalan2 di kawasan persekitaran iaitu Pasar Ikan Kering dan Pasar Malam Filipino... Pukul 4.00 lebih kami keluar berjalan2... Tapi kami berpecah, aku dan adk, abg ipar p shopping mall manakala wife aku dan lain2 p Pasar Ikan Kering... Wife aku apalagi syok abis bila aku takde.. Standardla bebas untuk shopping... Kalau aku ada memang dia tak boleh shopping ikut suka hati dia... aku ni mengalahkan Menteri Kewangan pantau aliran keluar duit dia.. Wife aku ni kalau shopping bukan ingat dunia...

Wife aku beli ikan kering, rumpai laut, udang kering, ikan bilis, tiram kering dan kuih cincin satu kotak sbb adik ipar aku kirim sama... So bertambahlah 2 kotak hasil tangkapan kali ini... 1 kotak kuih cincin + 1 kotak hasil laut Sabah.. Mak mentua aku pun shopping 1 kotak hasil laut utk dibawa ke kg Perak...

Seterusnya jalan2 ke Pasar Malam Filipino... Barang2 yang dibeli wife suruh seller yang hantar ke Marina Court lepas Maghrib... Alhamdullillah dapat seller yang buat after sales services hehe...kalau tak confirm wife merengek kat aku suruh bawa kotak2 dia...

Kat Pasar Malam Filipino wife beli ikan RM 6/KG, ketam RM 10/KG + sotong segar RM 5.00/KG + bahan2 memasak spt bawang, cili etc. Balik terus aktiviti memasak oleh wife aku... sukalah dia sebab dapat makan ketam sepuas2nya...

So dinner + breakfast + bekal masa tour wife masak.. Memang jimatlah jugak stay home stay ni kami makan di rumah dan bawa bekal... wife siap bawa Tupperware bertingkat2 dia... Jimat punya pasal memang sanggup bawa Tupperware dari umah.

Tuesday, 10 December 2013

TIPS DOORGIFT BUDGET MASA MAJLIS KAHWIN

Masa aku kahwin dulu, belah wife aku bagi doorgift yang agak special jugak for tetamu belah dia dan tetamu bagi pihak laki.

Tapi wife aku budget nak bagi sesuatu yang tak membazir dan tidak dijadikan sebagai hiasan semata.

Antara doorgift yang dia bagi ada 4 bahagian
1. Kanak-kanak - doorgift guna abis, wife aku bagi candy, mini chupa churp dan cloud 9 (budget dalam RM 1.00) termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife sediakan dalam 200 doorgift total budget RM 200.00

2. Tetamu belah pengantin lelaki - mini tupperware RM 5.00 dalamnya chupa churp 3 (wife beli masa offer 3 RM 1.00)  total budget lebih kurang RM 6.50 termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife sediakan 70 doorgift total budget RM 455.00
Mini tupperware.

3. Tetamu sedara mara terdekat mini tupperware yang cute sangat RM 2.50 dan dalamnya 2 mini cloud 9 RM 0.60 so total RM 3.50 termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife sediakan 120 doorgift total budget RM 420.00

 
Mini cute tuppeware - sesuai untuk candy / dadih

4. Tetamu dewasa yang datang doorgiftnya mini bekas jenama apply lady dan epic ware nak save budget kalu semua bagi mini tupperware memang tak dapatla doorgift yang budget. Bekas apple lady budget RM 0.70 dalamnya cloud 9 dua biji RM 0.60, budget 1 doorgift RM 1.50 termasuk paper bag, sticker, riben dan dolly paper as hiasan paper bag), wife aku buat 180 doorgift total budget RM 270

Bekas Murah RM 0.50/pcs

Ikutkan doorgift untuk tetamu ini agak costly jugakkan. Itu yang wife aku taknak bagi doorgift yang hanya akan dibuat hiasan. Mini tupperware tetamu boleh guna untuk simpan gula, asam jeruk etc.

Wife aku guna paperbag yang biasa digunakan untuk pisang goreng. Budget 100pcs RM 3.50, dolly paper 250 pcs RM 9.90, riben yang murah2 segulung RM 2.00 dan sticker just beli 10 keping RM 3.50 dan print sendiri. Memang jimat kat packaging.  Total budget untuk 570 pek doorgift RM 1,345.00 jugak.

Selain itu wife aku turut memberi special doorgift kat keluarga yang tolong rewang. Ada 10 doorgift 1 tupperware dan dalamnya cloud 9 dan jelly sumi , budget RM 20.00 so total RM 200.00.

Tupperware untuk simpan kudapan, gula etc

Bagi yang tolong rewang, cuci pinggan dan lain2, wife aku bagi mug, cloud 9, pin baju buat sendiri dan RM 5.00 sebagai upah tolong, 25 mug budget dalam RM 8.00 so total budget dalam RM 200.00.

Total keseluruhan untuk doorgift tetamu dan rewang gift RM 1,745.00... Agak costly jugakla... Kalu korang pandai2la budget maybe boleh drop la budget doorgift ni.






Monday, 9 December 2013

WEDDING GIFT AKA HADIAH KAHWIN

End this month, cousin wife aku wedding. Dua beradik kenduri serentak. Wife aku dah siap belikan pembalut hamper. Senang katanya takyah yg menerima berteka teki sebelum buka kotak hadiah.

Wife aku buat mcm ni sebab masa wedding kami dulu yang excited nak buka hadiah budak2. Yela dorang tengok hadiah berbalut cantik mmg tak sabar. Dorang tolong bukakan hadiah kami. Sabar jela kami melayan budak2 kat kg wife masa majlis buka hadiah.

Hadiah yang wife nak bagi pada cousin2 dia adalah yang sedia ada. Wife pun malas nak beli hadiah lain. Baik guna yang sedia ada. Lagipun masih belum guna pun. Wife aku ni mmg suka beli gadget2 dapur ni.

Inilah hadiah yang bakal kami bagi pada anak makcil. Anak makcik yg pertama, wife aku bagi periuk luminarc sebab nak balas balik. Masa kami kahwin, bakal menantu makcik wife bagi set jug dan cawan Luminarc. Nasib baikla wife ada stok Luminarc jugak... So takyah cari hadiah lain... Ready stok in hands.

Wife balut guna wrapping hamper. Cuma masih belum ada riben so nampak kosong dan kurang menarik.

Anak kedua makcik, wife aku bagi tiffin tupperware cos ada stok yang masih belum pakai. So bab hadiah settle untuk dua2 cousin yang bakal kenduri serentak pada 28hb December ni.

Inilah hadiah untuk anak kedua makcik. Masih nampak togel sebab takde riben.

Pending satu hadiah lagi cos makcik wife aku planning nak buat family day sekali harung masa kenduri wedding anak2 dia nanti. Mesti semua adik beradik makcik aku berkumpul kat umah dia nanti. So pada malam kenduri bakal diadakan family day di mana ada acara tukar2 hadiah. Wife aku masih tengah pikir2 nak bagi apa. Antara hadiah yang bermain di fikirannya adalah tupperware yang kecik / pyrex... ntah mana satu gadget kesayangan dia yang bakal dikorbankan untuk sebagai hadiah...

Belum final lagi masih dalam planning nak bagi yang mana atau bagi hadiah lain jer masa majlis tukar2 hadiah nanti... 

Hadiah yang siap dihias untuk anak sulung makcik.

Hadiah yang siap dihias untuk anak kedua makcik.

Hadiah untuk majlis tukar-tukar hadiah.

Done... ready to distribute...



Monday, 25 November 2013

WATER FILTER... PERLU KER ADA SETIAP RUMAH

Korang setujuker water filter aka penapis air perlu ada setiap rumah... Korang dah adaker jenama apa korang guna, dan kos maintenance... Mahal / Berpatutan...

Wife aku pun tidak ketinggalan memasang water filter di umah sewa kami... Tujuannya mendapatkan air yang bersih dan selamat digunakan... Korang tahukan air paip sedia ada tanpa menggunakan water filter agak berkelodak... Kalau korang tak percaya korang simpanla air di dalam jug / botol, dan selepas beberapa hari korang akan nampak mendapan di bawah aras jug / botol minuman korang...


Pada mula2nya wife aku guna water filter biasa jenama Panasonic. Kos menukar filter takdela costly sgt kalau 2 x setahun tukar kosnya baru RM 100.00. Harga water filter tersebut dalam RM 150.00. Sesuai jugak bagi yang berpendapatan kecik untuk menikmati air yang lebih bersih berbanding air tanpa water filter.


Gambar photo Panasonic Water Filter yang sudah lama digunakan almost 6 years. Still maintain ok.


Selepas itu wife aku menggantikan water filter Panasonic kepada water filter tupperware la... Biasalah orang perempuan pantang jer offer terus rembat... Bukan satu dia beli malahan dua... Satu for herself, one more lagi for her mother at home town... Inila rupa water filter wife aku...

Korang nampak tak light pada water filter tersebut... Dia menggunakan bateri so dia akan alert kita bila masa water filter kita telah mencapai tahap penggunaan yang maksimum... Maka LED bertukar menjadi merah... Ala macam ala-ala Ultraman lebih kurang bila LED kat dada Ultraman menyala maka dia perlukan tambahan tenaga... So filter korang perlulah diservis la...
 
Terdapat dua filter yang perlu ditukar bagi water filter tupperware ini. Satu jenis kecik dan satu besar... Kos menukar yang kecik lebih kurang 2 x setahun RM 133/pcs, manakala yang besar RM 480.00 bergantung pada penggunaan di mana bila mencapai 5000 liter perlulah ditukar...
 
Bagi korang perluker water filter ni. Korang pilih yang mana, yang byk perlu ditukar / satu filter for year. Before ni my wife ada jugak beli water filter for her mom at home town but ada 4 filter kena tukar secara berkala. Wife aku kata leceh dan cost pun quite high. That y wife aku belikan water filter baru brand tupperware for her mom cos cost maintanance lebih rendah, jimatkan masa dan proses menukar filter pun lebih mudah. Lagipun senang nak alert cos ada penunjuk LED color merah macam Ultraman... Bila LED merah menyala maknanya water filter perlukan service.
 
So mari kita bincang2kan kebaikan water filter korang. Biar banyak pilihan so senang nanti jadi panduan new user dalam mencari water filter. Kalau boleh bagitahu berapa kos maintance yang diperlukan per year...  So bolehlah di masukkan dalam budget belanjawan tahun akan datang.... Ala2 belanjawan rumah tangga gitu... Bak kat pepatah "Sharing is Caring, Caring is Loving"...