https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label SYILING. Show all posts
Showing posts with label SYILING. Show all posts

Friday, 20 December 2013

COLLECTION SYILING 1 SEN 1/4 BOTOL COCA COLA

Collection syiling 1 sen yang masih wife simpan. Ikutkan hati aku nak jual kat besi buruk. Laku ker syiling 1 sen ni lagi...



Ini pulak hasil syiling yang kami start saving since kahwin bulan 2, almost 10 months. Tadi send gambar kat adik ipar supaya dapat bagi semangat pada anak-anak buah supaya dapat menabung. "Tengok duit pak long satu talam hehe..."



SEDIAKAN BUDGET MENGGUNAKAN SAMPUL SURAT SENANG ATAU SUSAH...

 
 
Badan & Nyawa adalah sepasang suami isteri. Semasa mereka melayari internet dan membuat google search pasal belanjawan, mereka telah menjumpai satu kaedah membuat belanjawan rumahtangga. Badan & Nyawa  sebulat hati dan suara ingin mengaplikasikan kaedah tersebut dalam menguruskan ekonomi rumahtangga mereka. Dalam kaedah ini Badan & Nyawa  memerlukan beberapa keping sampul (balance sampul kad kahwin yang masih berbaki), list of their budget and expenses serta computer and printer untuk melakukan aktiviti ini....

Langkah 1 : Menyediakan bajet bulanan
Badan & Nyawa  harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada setiap bulan dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan kita. Badan & Nyawa sebulat hati dan suara membuat perkongsian pendapatan. Badan mempunyai pendapatan tetap RM 1,500.00 sebulan hasil daripada menjual tempe dan Nyawa mempunyai pendapatan tetap RM 1,175.00 sebagai cleaner di Syarikat Mashood Al-Buaya Sdn Bhd. Maka jumlah pendapatan  Badan & Nyawa sebulan adalah RM 2,675.00.


Langkah 2: Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori.Teliti dulu bajet kita dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti barang dapur, petrol, simpanan, duit poket mak, santai, insurans dan sebagainya.Wujudkan sampul surat dan tuliskan pada setiap kategorinya pada setiap sampul surat tu.
 
 
 

Langkah 3 : Isikan sampul surat dengan bajet yang telah diperuntukan.Isikan sampul surat dengan wang yang telah diperuntukan dalam bajet mengikut kategorinya.

Langkah 4 : Belanjakan wang
Gunakan wang yang telah diperuntukan mengikut kategori sampul surat contohnya sekiranya pembelian untuk makanan gunakan wang daripada sampul kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukan dan perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan bagi bajet pada bulan hadapan pula.
 
 
 




Langkah 5 : Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan.Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan jadikanlah sebagai tambahan simpanan atau gunakan sebagai tambahan bayaran liabiliti atau hutang.


Duit syiling yang berbaki bolehlah dimasukkan ke dalam tabung. Bak lirik lagu "Duit sekupang yang aku simpan, lagi seringgit cukup satu tempayan".


Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan pulaIsikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul dan setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet dalam kita mengikuti langkah2 yang diatas sedikit tips ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat benar2 menjadi kenyataan.
 
 
 
 
 
Tips-tipsnya ialah :
 
a - Alihkan peruntukan kategori pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet.

 
b - Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya kita tidak dapat mematuhi bajet dan kita seharusnya lebih gigih berusaha pada bulan seterusnya.

 
c - Sekiranya kita tidak dapat mematui sistem sampul secara bulanan mulakan secara dwi mingguan dan ia akan bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk kita.

 
d - Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan kita rasa takut atau sukar?Kita boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan sistem sampul surat hanya tolakkan setiap pembelian kita dan catatkan di sampul belakang surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan "o".




 
Marilah kita semua mencuba sistem sampul surat begini mana tahu dengan sistem ni nanti perbelanjaan kita setiap bulan akan lebih sistematik dan lebih baik...InsyaAllah


 
 

Thursday, 19 December 2013

WIFE AKU SEMAKIN GILA



Wife aku ni bermusim gilanya... dulu gila tupperware, pastu gila travel dan sekarang ni gila syiling pulak. Wife dah start konsisten simpan syiling2 dia. Hari2 80 sen aka 8 kupang dia simpan. Nape 80 sen? Jawapannya adalah setiap pagi setiap hari working day wife aku akan beli newspaper the star which is RM 1.20. So she will paid RM 2.00 every time she buy that newspaper. So 80 cents she keep and when back home, she will enter to her tabung. Tabung homemade dia bukan sebarang tabung u know. Ntah berapa kurunla nak penuh dengan hanya 80 sen sehari x 20 working days x 12 months = RM 192.00. But tabung homemade dia masyaalllah besar kotak NH Colla Plus... Linda Onn jadi duta produk collagen ni.

Sebab wife aku gila menabung, aku pun kena paksa menabung to her tabung. Bila kami kuar shopping bila aku yang bayar dia akan alert duit syiling yang aku dapat. Bila sampai umah jer wife aku terus remind me "Abang, tadikan abang dapat duit syilingkan, cepat masukkan dalam tabung ayang". Aku cakap kat wife balik "Duit syiling abang, suka hati abangla nak buat apa. Penuhkan tabung ayang buat apa? Nanti berjoli sakanlah ayang dengan tambahan duit syiling abang". Wife aku tu bijak suruh aku menabung sama tapi hasilnya untuk dia sorang. Memang tak patut...