https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label BARANG DAPUR. Show all posts
Showing posts with label BARANG DAPUR. Show all posts

Friday, 20 December 2013

SEDIAKAN BUDGET MENGGUNAKAN SAMPUL SURAT SENANG ATAU SUSAH...

 
 
Badan & Nyawa adalah sepasang suami isteri. Semasa mereka melayari internet dan membuat google search pasal belanjawan, mereka telah menjumpai satu kaedah membuat belanjawan rumahtangga. Badan & Nyawa  sebulat hati dan suara ingin mengaplikasikan kaedah tersebut dalam menguruskan ekonomi rumahtangga mereka. Dalam kaedah ini Badan & Nyawa  memerlukan beberapa keping sampul (balance sampul kad kahwin yang masih berbaki), list of their budget and expenses serta computer and printer untuk melakukan aktiviti ini....

Langkah 1 : Menyediakan bajet bulanan
Badan & Nyawa  harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada setiap bulan dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan kita. Badan & Nyawa sebulat hati dan suara membuat perkongsian pendapatan. Badan mempunyai pendapatan tetap RM 1,500.00 sebulan hasil daripada menjual tempe dan Nyawa mempunyai pendapatan tetap RM 1,175.00 sebagai cleaner di Syarikat Mashood Al-Buaya Sdn Bhd. Maka jumlah pendapatan  Badan & Nyawa sebulan adalah RM 2,675.00.


Langkah 2: Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori.Teliti dulu bajet kita dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti barang dapur, petrol, simpanan, duit poket mak, santai, insurans dan sebagainya.Wujudkan sampul surat dan tuliskan pada setiap kategorinya pada setiap sampul surat tu.
 
 
 

Langkah 3 : Isikan sampul surat dengan bajet yang telah diperuntukan.Isikan sampul surat dengan wang yang telah diperuntukan dalam bajet mengikut kategorinya.

Langkah 4 : Belanjakan wang
Gunakan wang yang telah diperuntukan mengikut kategori sampul surat contohnya sekiranya pembelian untuk makanan gunakan wang daripada sampul kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukan dan perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan bagi bajet pada bulan hadapan pula.
 
 
 




Langkah 5 : Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan.Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan jadikanlah sebagai tambahan simpanan atau gunakan sebagai tambahan bayaran liabiliti atau hutang.


Duit syiling yang berbaki bolehlah dimasukkan ke dalam tabung. Bak lirik lagu "Duit sekupang yang aku simpan, lagi seringgit cukup satu tempayan".


Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan pulaIsikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul dan setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet dalam kita mengikuti langkah2 yang diatas sedikit tips ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat benar2 menjadi kenyataan.
 
 
 
 
 
Tips-tipsnya ialah :
 
a - Alihkan peruntukan kategori pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet.

 
b - Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya kita tidak dapat mematuhi bajet dan kita seharusnya lebih gigih berusaha pada bulan seterusnya.

 
c - Sekiranya kita tidak dapat mematui sistem sampul secara bulanan mulakan secara dwi mingguan dan ia akan bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk kita.

 
d - Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan kita rasa takut atau sukar?Kita boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan sistem sampul surat hanya tolakkan setiap pembelian kita dan catatkan di sampul belakang surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan "o".




 
Marilah kita semua mencuba sistem sampul surat begini mana tahu dengan sistem ni nanti perbelanjaan kita setiap bulan akan lebih sistematik dan lebih baik...InsyaAllah


 
 

Monday, 2 December 2013

MENU DINNER SAWI SOS TIRAM DAN SARDIN KENTANG

Sawi sos tiram
 
Bahan-bahan:
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
4 - 6 biji cili padi merah
2 sudu sos tiram
2 batang sawi jepun belah 4
1/2 cawan air
1 kiub ikan bilis sebab ikan bilis abis stok
 
Cara memasak:
1. Bawang besar, bawang putih dan cili padi dikisar menggunakan chopper tupperware, kalau xde tumbuk / blend jer ikut suka2 korangla... kalau malas potong2 / cincang2 jer.
2. Panaskan minyak tak kisahla minyak apa janji minyak masakla, wife guna minyak zaitun cos masih ada stok masa buat spagetti.
3. Tumiskan bahan2 kisar di atas.
4. Tambahkan air, sos tiram.
5. Masukkan sawi dan masak hingga layu sedikit.
6. Sedia dihidangkan

Sardin kentang
 
 
Bahan:
3/4 bawang besar dipotong kasar
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu besar cili giling
1 tin sardin cap apa2 jer yang ada kat pasaran
2 biji kentang potong kecik
garam, asam jawa secekup rasa
 
Cara memasak:
 
1. Panaskan minyak masakan
2. Masukkan bawang besar goreng sampai sedikit layu
3. Masukkan bawang putih goreng sekejap
4. Masukkan cili giling biar garing sedikit
5. Masukkan 1 cawan air
6. Masukkan ubi kentang
7. Tutupkan kuali dengan penutup untuk cepatkan proses empukkan ubi kentang
8. Masukkan sardin gaulkan sebati dengan sambal tadi
9. Tambahkan garam dan asam jawa secukup rasa...
10. Sedia dihidangkan bersama nasi panas....



Bahan2 di atas stok bahan dapur yang dibeli 2 minggu lepas... alhamdulillah sawi masih elok lagi walaupun di simpan lama dalam peti sejuk. Sardin aku request wife masak, tertiba teringin nak makan. Bertambah nasi masa makan walaupun menu simple jer... terbaik... air tangan wife.

Friday, 22 November 2013

BARANG DAPUR MAKIN MAHAL SETUJU / TAK... PART II

Setuju tak korang kalau barang dapur semakin mahal?

N3 kali ni aku updatekan antara menu yang bakal wife aku masak menggunakan barang dapur yang baru dibeli semalam dengan yang sedia ada... antara koleksi barang dapur kami...
 
 
Antara menu yang akan dimasak oleh wife aku
 
Mee goreng campak
Mee goreng sepatutnya masak hari ini tapi masih hold lagi... Wife aku mmg dasar M betul. Bahan2 sedia ada di bawah ni... Ada mee basah, cili giling, tauge, fish ball, sayur sawi dan tauhu.. Kalau wife aku dah masak nnt aku updatekan jadi macam mana lepas serve... Wife aku masak campak2 jer... Nama jer suka baca blog Mat Gebu tapi bila masak hancur...
 
 
Spagetti Mushroom 
Menu yang ada dalam kepala otak wife aku Spagetti... Dia tambah duit beli bahan2 untuk Spagetti dia... Aku malas nak masuk campur cos aku takla hadap sgt nak makan Western food ni... Selera Melayu lagi... Antara bahan2nya, minyak Zaitun tapi tu action jer... Botol kosong, Spagetti, Button mushroom, Yellow Onion, Garlic, Sos Spagetti, Tomato etc...
 
 
 
Sambal paru
Menu ini aku akan request wife aku masak nanti.Paru ini simpan dalam freezermate dan kept dalam frozen boleh tahan lama. Antara bahan2 yang akan digunakan untuk buat Sambal paru mudah jer, minyak, cili giling, bawang, garlic dan paru.
 
 
 
Sayur Sawi dan Terung
Menu yang biasa wife masak adalah sayur sos tiram... Memang sedapla pada tekak aku... Bahan2 utama, cili merah / cili api, bawang, garlic, bahan perencah ikan bilis / udang kering / ikan jeruk tenggiri untuk menyedapkan rasa, sos tiram, dan sayur suka2 hati korangla. Biasanya aku prefer sayur mcm gambar kat bawah ini...
 
 
 
 
Menu Sardin bila dah putus stok bahan mentah / budget dah kering kontang
Bahan2 lagi mudah, sardin, cili giling, bawang, garlic... Wife aku memang jenis masak simple2 jer... Cut cost...
 
 
 
Antara stok barang dapur yang aku ada dalam almari dapur aku....
 
 

 
Macam2 ada stok maggi beli sebelum trip ke Sarawak konon2nya nak jadi stok makan maggi kat sana tapi tak jalan2 kalau hari2 menu maggi lainla p overseas susah dapat Halal Food. Korang macam mana ada simpan stok atau beli ikut perlu... Bolehla kita bincang2 kan utk jadi panduan orang lain...
 
 

 


 

 
 
 



BARANG DAPUR MAKIN MAHAL SETUJU / TAK... PART I

Setuju tak korang kalau barang dapur semakin mahal?


Semalam aku ajak wife pi beli barang dapur. Tak banyak mana pun kami beli cos aku hanya guna motorbike kapcai... Bakul pun terhad. Wife aku suruh aku tambah bakul lagi di hadapan macam motor kat bawah ni. Sumber photo google.
 
Pastu siap diman lagi letak box kat belakang. Box letak helmet... Tapi alasan dia senang nak sandar dan ZZZ... Bergeliga jugak otak wife aku tu boleh buat batu cincin...
 
 
 
Sebahagian daripada barang dapur yang dibeli. Antara sardin untuk stok bila budget kering kontang, cili giling cos balang blender wife aku jatuhkan sampai pecah, ubi kentang, jagung, halia, tomato, bawang, etc. Abis belanja semalam masih terkawal bawah RM 50.00.
 
Antara menu yang wife aku masak dengan menggunakan barang dapur yang dibeli semalam.
 
Jagung Rebus: Masak guna pressure cooker, senang cepat dan jimat gas.
 

 
 
Ayam masak kicap... Ayam memang dah ada stok di rumah.
 



 
Tarraa... Menu kami malam semalam... Wife aku ni memang terlalu rajin tagline dia "One menu per day", tapi ada tambahan desert "jagung rebus"... Wife aku ni dasar M or mmg penjimat orang nya... Cuba korang teka ....