https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label Azam Ramadan Su. Show all posts
Showing posts with label Azam Ramadan Su. Show all posts

Sunday, 27 July 2014

Azam Ramadan Su, Kurma Ayam, Telur Puyuh Masak Taucu, Kari Kambing

Azam Ramadan Su episode 15

Kurma Ayam

Bahan-bahan
Kentang - Dipotong
Cili Hijau - dibelah dua
Tomato - Dipotong
Serbuk Kurma
Kayu manis, bunga pelaga, bunga lawang
Garam
Bawang Holland
Bawang putih *ditumbuk
Bawang kecil *ditumbuk
Bawang Kecil *ditumbuk
Halia
Daun Pandan
Santan
Ayam
Air

Cara membuatnya:
Ayam digaulkan dengan garam.
Masukkan serbuk kurma ke dalam mangkuk dan masukkan air untuk dijadikan pes.
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, masukkan Kayu manis, bunga pelaga, bunga lawing, pes kurma, daun pandan, santan pekat dan air, kentang, tomato, ayam, garam secukup rasa, cili hijau. Siap.


Telur Puyuh Masak Taucu

Bahan-bahan
Bawang putih *dihiris
Bawang kecil *dihiris
Bawang Kecil *dihiris
Daun Limau Purut
Serai - diketuk
Taucu
Cili padi - dibelah 2
Cili merah - dihiris
Kacang buncis - dipotong
Petai - dipotong
Tomato Ceri - dipotong
Santan Pekat
Garam
Telur Puyuh yang direbus


Cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang, halia, bawang putih, masukkan serai, daun limau purut, taucu, cili merah, kacang buncis, petai, air,  telur, tomato, santan pekat, garam secukup rasa. Siap.


Kari Kambing

Bahan-bahan
Kayu manis, bunga pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, jintan halus
2 biji Buah keras - ditumbuk dan dimasukkan ke dalam bahan kisar dan kisar sekejap
Daun kari
Serbuk Kari - dibuat pes tambahkan sedikit air
Bawang Holland - dipotong
Daging Kari
Bawang putih *dikisar
Bawang kecil *dikisar
Bawang besar *dikisar
Santan
Air asam Jawa

Cara membuatnya:
Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yang dikisar, masukkan Kayu manis, bunga pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, jintan halus sampai naik bau, masukkan bawang Holland, masukkan daun kari dan pes kari, masukkan santan dan air asam jawa, masukkan garam secukup rasa, daging kambing, masukkan air dan masak sehingga masak.

Friday, 25 July 2014

Azam Ramadan Su, Juadah Aidilfitri, Rendang Daging Berempah, Ayam masak merah

Azam Ramadan Su episode akhir. Ramadan pun hampir melabuhkan tirai dah. Tak lama lagi Syawal pulak menjelma. Resepi ni sesuai sangat dihidangkan di Aidilfitri.

Rendang Daging Berempah

Azam Ramadan Su, Juadah Aidilfitri, Rendang Daging Berempah, Ayam masak merah


Bahan-bahan:
Daging
Kerisik
Rempah Ratus - Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
Rempah Ketumbar
Rempah Campur
Garam secukup rasa
Cili Kisar
Santan
Daun limau purut - dihiris halus
Daun Kunyit - dihiris halus

Bahan dikisar:
Lengkuas *  dikisar
Bawang putih *  dikisar
Bawang merah *  dikisar
Halia *  dikisar
Kunyit Hidup *  dikisar
Serai *  dikisar

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumiskan rempah ratus, bahan-bahan kisar sehingga naik bau, cili kisar, rempah campur dan rempah ketumbar, masukkan daging, santan, daun kunyit dan limau purut. Biarkan sehingga masak dan agak kering. Masukkan garam secukup rasa.

Ayam masak merah
Azam Ramadan Su, Juadah Aidilfitri, Rendang Daging Berempah, Ayam masak merah

Bahan-bahan
Bawang holland - dipotong bulat
Bawang putih *dikisar
Halia *dikisar
Bawang merah *dikisar
Buah keras *dikisar
Buah pelaga, bunga lawang, kayu manis
Cili kering kisar
Sos cili
Sos tomato
Sos Tiram
Serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
Ayam diperap dengan sos tiram, serbuk perasa, garam dan serbuk kunyit sebelum di goreng. Goreng ayam separa masak.
Panaskan minyak untuk menumis, masukkan rempah ratus, bawang yang dikisar sehingga naik bau, cili kisar sehingga pecah minyak, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula secukup rasa, ayam, bawang yang dipotong bulat, sedikit air dan garam secukup rasa. Siap.

Wednesday, 23 July 2014

Azam Ramadan Su, Ayam Masak Kicap Hainan, Buah Melaka, Asam Laksa

Azam Ramadan Su Episod 19.

Ayam Masak Kicap Hainan

Bahan-bahan:
Ayam
Bawang merah * dikisar
Bawang putih * dikisar
Bawang besar - dipotong bulat
Cili Hijau
Madu
Sos Tiram
Gula Perang
Garam
Cili Sos
Kicap Manis
Black Pepper
Kentang - dipotong 8

Cara membuatnya:
Ayam diperap dengan madu dan sos tiram.
Panaskan minyak dan gorengkan kentang dahulu angkat dan toskan.
Kemudian goreng ayam yang diperap tadi.
Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar, masukkan sos cili, sos tiram, gula dan garam, kiccap manis, bawang yang dipotong bulat, sedikit air, kentang dan ayam.


Buah Melaka aka Onde-onde

Bahan-bahan
Tepung pulut
Kelapa parut
Air daun pandan
Gula Melaka
Garam
Air

Cara membuatnya:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan masukkan air daun pandan dan air, gaul sebati dan menjadi doh. Bulat-bulatkan dan leper masukkan gula Melaka dan bulat-bulatkan. Dah siap boleh direbus dalam air yang mendidih. Bila dah masak angkat dan salutkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Siap.


Asam Laksa

Bahan-bahan
Ikan
Air Rebusan Ikan
Laksa
Bunga Kantan
Daun Kesum
Serbuk Perasa
Asam Keping
Garam
Cili dan bawang dikisar

Hiasan
Telur rebus
Limau Kasturi
Daun Pudina
Nenas
Cili Merah
Otak Udang
Bawang - dihiris
Timun - dihiris

Cara membuatnya:
Ikan direbus dan amik isinya dan separuh isinya diracik-racikkan dan separuh lagi dikisarkan bersama tulangnya dan tapiskan.
Masukkan ikan kisar tadi dan air rebusan ikan dalam periuk, tambahkan air, daun kesum, asam keping, bunga kantan, cili kisar, serbuk perasa dan garam secukup rasa dan otak udang. Akhir sekali masukkan isi ikan yang diracik tadi.




Azam Ramadan Su, Biskut Chocolate Chips, Samperit Mentega Kacang

Azam Ramadan Su Episod 18


Biskut Chocolate Chips
Azam Ramadan Su, Biskut Chocolate Chips, Samperit Mentega Kacang
Bahan-bahan
1 sudu baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil Esen Vanila
1 biji Telur
1 sudu besar Susu segar
25gram gula perang
50gram gula castor
50gram coklat chip
140gram mentega
70gram tepung biskut

Cara membuatnya:

Masukkan mentega, gula castor dan gula perang ke dalam mangkuk, kacau sampai sebati. Masukkan telur, dan esen Vanila. Ayakkan tepung biskut, baking powder, bikarbonat soda ke dalam mangkuk adunan. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan coklat chip dan gaul sebati. Adunan selesai, masukkan dalam sudu kecil dan tekan bagi padat dan masukkan dalam tray pembakar. Bakar Suhu 170C selama 20 minit.


Samperit Mentega Kacang
Azam Ramadan Su, Biskut Chocolate Chips, Samperit Mentega Kacang
Bahan-bahan
150 gram mentega
80gram gula aising
Kuning Telur
Tepung gandum * diayak
Tepung Jagung * diayak
Tepung Kastad * diayak

Cara membuatnya:
Masukkan mentega dalm mangkuk adunan dan gula aising mixer sehingga sebati. Masukkan kuning telur dan tepung yang diayak tadi. Gaul dengan spatula supaya sebati. Untuk membentuk doh gunakan hujung jari.
Masukkan adunan di dalam nozzle dan tekan dalam dulang pembakar. Picitkan peanut butter dan taburkan kacang.
Bakar Suhu 170C selama 20 minit.






Friday, 18 July 2014

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola

Makaroni Carbonara

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola
Bahan-bahan:
Makaroni - direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun, angkat dan toskan
Keju Parmesan
Bawang Putih - dicincang
Cream masakan
2 Biji Telur
Garam
Lada Hitam
Daging Lembu - Potong kecil-kecil.
Cendawan
Minyak Zaitun

Cara membuatnya
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, masukkan daging, cendawan. Masak sehingga masak dan masukkan dalam pinggan dan sejukkan.
Pecahkan telur dan masukkan cream masakan, lada hitam dan keju parmesan. Campurkan kesemuanya dan gaul sebati. Panaskan dan campurkan daging tadi dan makoroni. Siap.


Scallop Chicken

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola
Bahan-bahan:
Dada Ayam - buang kulitnya dan tulang, dan belah 2 bahagian jadi nipis
Parsley - daun sahaja dicincang.
2 biji telur
Keju Permeson
Susu segar
Mentega
Serbuk Roti
Garam
Susu
Minyak Zaitun

Cara membuatnya
Masukan daun pasley, telur, keju parmesan, susu segar, garam secukup rasa dan gaul sebati.
Taburkan serbuk roti di dalam bekas dan celupkan kepingan ayam dalam adunan batter tadi dan lekatkan serbuk roti tadi dengan rata.
Panaskan minyak dan mentega dan goring kepingan ayam tadi. Angkat dan toskan dengan tisu serap minyak.


Chicken alla pizza Iola

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola
Bahan-bahan
Dada Ayam - buang kulitnya dan tulang, dan belah 2 bahagian jadi
Tepung Jagung
Puri Tomato / Tomato dalam Tin
Kiub Ayam
Herba campur
Minyak Zaitun
Bawang besar - dicincang
Daun Basil
Bawang Putih  dicincang
Keju mozzarella - dipotong nipis

Cara membuatnya
Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goring ayam menggunakan minyak zaitun yang sedikit.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang dan bawang putih yang dicincang, masukkan sedikit mentega, tomato puri, herba campur dan daun basil, masukkan kiub dan garam secukup rasa dengan api yang pelahan. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan susun keju mozzarella dan tutup dengan penutup selama 10 minit.





Wednesday, 2 July 2014

MENU BERBUKA PUASA DAN SAHUR MUDAH - ROTI GULUNG SOSEJ & SAMBAL IKAN BILIS TEMPE

Resepi di ambil daripada Azam Ramadhan Su episode 2. Sangat mudah dan senang resepinya. Bolehlah dijadikan juadah berbuka atau bersahur di bulan Ramadhan ni.
 

Roti Gulung sosej

 
Bahan-bahan
Beberapa  keping roti disapukan dengan mentega dan leperkan
Mayonis
Sos Cili

Bahan-bahan celupan
Beberapa Sosej, digoreng
Beberapa biji Telur
Lada hitam
Garam
Mentega
Ikan sardine

 
Cara membuat bahan celupan

1.      Pecahkan telur
2.      Masukkan beberapa ketul sardin
3.      Masukkan Garam dan Serbuk lada hitam kacau sebati

Cara menyediakan:

Sapukan mentega pada roti dan leperkan, letakkan sosej dan gulung. Celupkan telur tadi dalam bahan celupan dan goreng. Angkat dan toskan dan potong jadi dua. Picitkan mayonis dan sosej. Sedia untuk dihidangkan.
 


 Roti Gulung Sesej yang sedang digoreng
 

 Sambal Ikan Bilis Tempe

Bahan-bahan
Ikan bilis
Tempe
Bawang ditumbuk
Cili kering yang telah dikisar.
Garam
Gula
Minyak Masak
 
Cara-cara membuatnya:
 
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis. Angkat.
  2. Kemudian gorengkan tempe dan angkat.
  3. Tumiskan bawang yang telah ditumbuk tadi sehingga garing. Masukkan Cili kering yang telah dikisar. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah cili masak masukkan tempe, akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih atau roti.

Sambal Ikan Bilis Tempe


 

 

Azam Ramadan Su : Menu Berbuka dan Bersahur Mudah - Roti Pita Kebab & Macaroni Bakar

Drama bersiri ini mengisahkan seorang ibu berkerjaya, berazam mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Su (Rita Rudaini) dikurniakan dua orang anak Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su ialah seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa nanti. Berjayakah Su?

Jangan lupa saksikan Drama Azam Ramadan Su di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. Drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha, Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.

Episod 1 : Roti Pita Kebab



Bahan-bahan
Minyak Masak
Bawang putih yang dihiris halus
Bawang merah dihiris halus
Lobak merah yang dihiris halus
Tomato yang dipotong dadu
Beberapa tangkai daun sup
Serbuk Lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daging cincang
Roti pita

Hiasan
Daun Salad
Mayonis
Sos Cili

Cara memasak inti
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan bawang putih, bawang merah sehingga garing dan masukkan daging kisar kacau hingga sebati.
  2. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering
  3. Masukkan lobak merah, daun sup, masukkan sedikit air, masukkan tomato
  4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam

Cara menghidangnya
  1. Roti roti disapukan mentega dan dipanaskan atas kuali leper
  2. Kemudian roti pita dibelah di tengah-tengahnya. Masukkan daun salad dan inti daging.
  3. Picitkan Mayonis dan sos cili. Sedia untuk dihidangkan sebagai menu berbuka puasa


Episod 1 : Macaroni Bakar
 
 

Bahan-Bahan
Macaroni
Semangkuk daging kisar
2 biji Cili Bengala dipotong dadu
3 biji Tomato celur dan kupas kulitnya dan dikisarkan sehinggga halus
2 biji bawang Holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
Tomato puri
Garam
Serbuk Lada Hitam
Kiub Stok Ayam
Keju Cheddar parut

Cara membuatnya
  1. Rebuskan makoroni, tuangkan sedikit minyak zaitun dan rebus selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih hingga perang, masukkan daging kisar, masukkan tomato yang dikisar, tomato puri, masukkan bawang dan cili bengala, kiub ayam, garam dan lada hitam secukup rasa.
  3. Masukkan macaroni dan kacau sehingga sebati.
  4. Setelah masukkan masukkan dalam Loyang untuk dibakar. Taburkan dengan keju cheddar.
  5. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180C.