https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label AIR JAGUNG HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label AIR JAGUNG HOMEMADE. Show all posts

Saturday, 21 December 2013

PROJEK AIS KRIM MALAYSIA DI RUMAH ADIK IPAR

Hari ini projek membuat ais krim malaysia di umah adik ipar aku. Sebelum projek membuat aiskrim malaysia bermula, adik ipar dan anak2nya yang bakal ke sekolah tak lama lagi membeli persiapan kelengkapan persekolahan.

Suasana membeli belah persiapan sekolah meriah kerana ramai ibu bapa yang lain turut serta membeli kelengkapan untuk anak2.






Balik daripada shopping, barulah persiapan membuat ais krim malaysia. Projek ini adalah idea adik ipar dan anaknya untuk menampung perbelanjaan poket ke sekolah.

Wife aku tolong sediakan bahan2 dan menolong adik ipar aku membuat ais krim asam boi dan jagung.

Penyediaan aiskrim asam boi


3 kg gula
4 jug air
250 gram asam boi
200ml jus asam boi

Semua bahan di atas dimasak supaya texture aiskrim lebih halus


Asam boi yang di masak tadi di masukkan ke dalam plastik aiskrim sebiji setiap plastik

Hasil aiskrim yang telah dimasukkan jusnya dan diikat mati.

Inilah hasilnya 51 batang ais krim asam boi. Sedia untuk disejukbekukan. Total ais krim asam boi 100 batang

Budget membuat aiskrim asam boi
3 kg gula = RM 8.40
250 gram asam boi = RM 6.00
Jus / kordial asam boi 1 liter = RM 3.50 (boleh buat ais krim sehingga 5 kali) = RM 0.70
Plastik aiskrim, Air, gas and electricity = RM 3.00
Total budget = RM 21.60

Hasil jualan yang dijangka 100 X RM 0.30 = RM 30.00, 
Keuntungan jualan = RM 30.00 - RM 21.60 = RM 8.40

Penyediaan aiskrim jagung


Bahan2
1 tin susu pekat
200 ml kordial jagung
1 tin cream jagung
1 jug air suam / air masak

Bahan di atas dilarutkan dengan menggunakan air masak. Kemudian masukkan dalam plastik ais krim. Hasilnya 1 jug air jagung menghasilkan 25 batang aiskrim.

Budget ais krim jagung
1 tin susu pekat RM 2.30
1 liter kordial jagung RM 2.50 (200ml = RM 0.50)
1 tin cream jagung = RM 2.50
Total RM 4.30

Target jualan 25 X RM 0.30 = RM 7.50
Keuntungan = RM 7.50 - RM 4.30 = RM 3.20

Total keuntungan ais krim asam boi dan jagung = RM 11.60

Ok jugakla untuk bisnes kecik dari umah. Ada jugakla profit walaupun tak banyak sangat sekurang2nya bolehla buat belanja anak2 ke sekolah.

Doa2kanlah bisnes adik ipar dan anak2 success.







Monday, 25 November 2013

SAMBAL PARU + AIR JAGUNG HOMEMADE

Menu dinner kami semalam Sambal Paru. Masa lunch aku wife aku dah tanya dinner nak makan apa.. Masa tu menikmati ayam penyek aku rasa macam blh kenyang sampai ke malam... Masa aku amik wife kerja aku request Air Jagung Homemade lagi... Wife aku buatkan... Rasanya lebih sedap dari wife aku buat sebelum ni...

 
Air jagung ini warnanya lebih menarik dan rasanya lebih sedap... Terima kasih ayang...
 
Lepas isyak aku mula terasa lapar... Aku request wife masakkan sambal paru + ubi kentang... Maka wife aku masak nasi seterusnya menyediakan bahan2 untuk membuat sambal paru. Bahan2nya aku ada postkan dalam N3 sebelum ni... Sila selak2 ya page tersebut.
 


Bahan asas adalah paru. Yang masih mentah dan sedang direbus...

Bahan2 menumis, cili giling, bawang putih dan bawang merah / bawang besar... Wife aku guna gadget tupperware dia. Dalam bekas biru ubi kentang yang dipotong nipis...
 

Goreng ubi kentang terlebih dahulu dan angkat.... Wife aku gunakan kitchen towel untuk serapkan minyak...

Paru yang direbus dipotong kecik2 dan ditaburkan kunyit dan garang...

Paru sedang bermandi manda di dalam minyak yang panas.

Hasilnya selepas bermandi manda....
 
Tumiskan bahan2 kisar dalam lebihan minyak yang digunakan untuk mengoreng kentang dan paru. agak2la minyak banyak mana....

Masukkan kentang dan paru. Tambahkan garam secukup rasa...

Sedia untuk dihidangkan dinner semalam... Inilah jugak menu breafast pagi tadi kecuali air jagung jer takde diganti teh... Biasala wife aku guna term carried forward, selagi tak abis selagi itula makan benda yang sama...
 

 
 

 

 

Thursday, 21 November 2013

SEDAP KE AIR JAGUNG HOME MADE

Tiba aku teringin nak minum air jagung. Bahan2 untuk buat air jagung simple mmg dah ready. Aku dan wife beli siap2 senang simpan stok. Dulu wife aku rajin jugak buat kuih guna jagung dalam tin tu... Masa mula2 kahwin memang rajin makan lama makin hampas... Tambah2 aku dalam MC masak bila aku suruh jer... Mentang2la dia tak kuat makan makan kudap2 pun blh kenyang... Macam aku yang lebih besar dari anaconda ini mau tak lapar kalau tak makan...



 
Bahan-bahan untuk membuat air jagung macam gambar di atas,
1/2 jug air masak, gula ikut sesedap manis, jagung tin, cordial jagung dan ais batu...
Cara membuatkan: Larutkan gula / susu susu pekat di dalam air, masukkan jagung tin, kordial jagung dan ais batu... Tarraaa..... Siap...
 
 
Inilah rupa air jagung wife aku buat... Okla tu dari dia asyik layan candy crush...



Marinated ayam dan beef, wife aku tolong masakkan guna pemanggang ajaib Happy Call kesayangan dia... Hasilnya ayam masak cepat dan sekata... 20 minit dah boleh nyap....