https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label TAKOYAKI. Show all posts
Showing posts with label TAKOYAKI. Show all posts

Saturday, 14 December 2013

THE MAKING OF OKONOMIYAKI AKA PIZZA JEPUN

Wife dan SIL aku masak Okonomiyaki untuk dinner. Cadang nak buat mkn tea time tapi dorang ptg tadi kuar maghrib baru sampai umh. Lepas siap2kan diri barula dorang memulakan program masterchef dorang ni. Wife akula jd chef amaturnya.

Bahan asas for Okonomiyaki.

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 cawan kobis yang diparut
1/2 batang carrot dipotong (wife aku potong halus, SIL takde pemarut)
Daun bawang
Sosej
1 sudu kecik serbuk ikan bilis
1/2 labu bawang
1 cawan air

Kobis, daun bawang dan sosej yang siap diparut dan dipotong siap dari rumah. Masih ada lebihan buat sosejyaki awal petang tadi.

Bahan tambahan wife beli masa keluar shopping ngan SIL aka biras wife. Bahan tambahan adalah carrot, crab stick, dan serbuk ikan bilis.

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan di atas di dalam mangkuk dan gaul sebati.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak seperti mengoreng telur dadah. Wife gunakan minyak zaitun. Gunakan api kecil / sederhana.

3. Masukkan adunan tadi seperti memasak lempeng tetapi tebal.

4. Masakkan sehingga garing dan terbalikkan. 

5. Bila sudah masak sedia untuk dihidangkan. Bahan hiasan seperti seaweed dan bonito flakes, mayonis dan sos cili.
Seeweed dan bonito flakes

6. Sedia untuk dihidangkan...

7. Sedia untuk makan.


Satu adunan boleh dapat 1 pizza saiznya 1 pinggan. Sedap abis. Siap jamu pada mortgage consultant yang datang dari IMoney.my. SIL dan adik aku cuba submit refinance untuk Alliance Islamic Bank pula. Wife aku pun turut sign application form for refinance. Hopefully adalah yang sangkut nanti.


THE MAKING OF SOSEJYAKI PART 2 READY TO EAT

Wife aku dah buat sosejyaki kat umah adik ipar. Resepi batter guna resepi yang aku postkan sebelum ni...

Batter yang telah ready

Batter yang telah dituang dalam jug sukatan supaya mudah dituang dalam acuan.

Acuan tokoyaki yang sedang dipanaskan bersama minyak zaitun

Sosejyaki dalam proses penyediaan... agak comot...



Ready to eat.. 1 adunan dapat 16 biji... 

Adik ipar puji sedap. Anak2 dia pun makan sama. Lewat petang nanti cuba buat sosejyaki lagi ataupun buat pizza jepun okinomiyaki... 



Friday, 13 December 2013

THE MAKING OF SOSEJ YAKI PART 1 - BELAKANG TABIR

Firstly resepi takoyaki already update previous entry. Wife aku dah prepare bahan isian siap2 kat umah. Cadangan membuat batter dan memasak di umah adik ipar aku aka biras wife. At the moment my wife already prepare all the bahan yang diperlukan and will be pack to bring along to my sister in low.

Bahan-bahan for batter, isian dan hiasan

Beijing cabbage telah diparut menggunakan gadget tupperware, kalu takde parut tupperware boleh guna parut biasa yang color oren, daun bawang potong guna gunting / pisau dan sosej yang telah direbus terlebih dahulu then potong kecik.

Bahan hiasan at the moment yang ada just nori (seaweed) dan bonito flakes


Material membuat batter dan memasak yang akan dibawa.

Bahan-bahan yang siap dipack dan will be packed together to bring along to my sister in law house. Resepi hard copy sekali senang untuk rujukan. Resepi takoyaki nanti akan jadi sosejyaki dan okonomiyaki, wife cdg nak buat sekali cos kobis dan daun bawang agak banyak. Lagipun dua2 resepi ni lebih kurang menggunakan bahan2 yang hampir sama...



RESEPI TAIKOYAKI DAN TAIYAKI


Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Dirujuk & diedit semula : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur



Bahan yang ada dalam gambar, tepung gandum, garam, telur, baking powder - batter

Bahan isian yang ada sosej, beijing cabbage, daun bawang

Bahan Taburan yang ada bonito flakes and seaweed.

Material yang digunakan cawan pengukat, jug untuk memudahkan menuang batter dalam tako maker, whisker, silicon brush untuk menyapu minyak dan pengcukil tako sama seperti dalam gambar yang ada jual kat Daiso, kalu takde guna lidi sate ikan (wife simpan lidi sate ikan yang biras dia bagi masa bercuti di Teluk Senangin)

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Serbuk nori (seaweed) dan bonita flakes. Boleh didapati di Japanese Food Store like Setan, Jusco etc
Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!



Taiyaki

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking soda
1/2 tsp. garam
3 Tbsp. gula
3 telur
1-1/2 cwn susu
4 Tbsp. mentega, dicairkan
1 cup tsubushian or koshian- pes kacang merah
vegetable oil

chocolate chips, optional


cara-cara.

Panaskan acuan. sambil itu gaulkan semua bahan-bahan kering kecuali pes kacang merah. Didalam bekas yang lain pukul dan gaulkan telur, mentega dan susu. Kemudian masukkan bahan kering ke dalam adunan susu tadi dan dipukul. Setelah nampak sebati boleh la di masukkan ke dalam acuan tadi mengikut kesesuaian acuan. masukkan pes kacang merah ditengah2 dan letak sedikit lagi adunan. Tutup acuan dan tunggu hingga ia masak ke perangan.


Saturday, 7 December 2013

WAFFLE MUDAH

Wife aku buat waffle kat umah SIL aku. Dapatla 7 keping waffle dengan acuan yang aku tunjukkan pagi tadi bersama resepi bubur pulut hitam durian.

Resepi Waffle Mudah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (tapi wife aku gunakan yis serbuk)
1 sudu teh garam
5 sudu teh gula
1 1/2 susu suam (wife aku guna 1 tin susu cair + 1/2 cawan air panas)
1/3 cawan mentega cair (wife aku gunakan minyak masak)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung bersama baking powder / yis
2. Masukkan dalam mangkuk besar tepung yang di ayak tadi, garam dan gula
3. Pukul telur, masukkan susu, mentega cair / minyak dan esen vanilla
4. Curahkan adunan telur ke dalam tepung.
5. Gaul sebati dan jika berketul2 tapis dulu.
6. Panaskan acuan waffle sampai panas.
7. Curahkan 1 senduk adunan waffle dan ratakan terus tutup.
8. Masakkan dengan api kecil selama 3 -5 minit dan terbalikkan.
9. Angkat dan sedia dihidangkan bersama jem. SIL aku letak jem strawbery.

Acuan waffle

Adunan Waffle

Waffle yang sedang di masak. Dapat 7 keping.

Setelah diletak jem strawbery dan dipotong dua. Dapatla dalam 14 keping. Abis licin anak2 buah suka makan. Aku makan 2 keping, wife makan satu keping.


Inilah Pretzel yang SIL promote kat wife 50 keping RM 25.00. Alahai comel sangat adalah besar duit 50 sen lama. Rasa not bad ada masin2 cikit. SIL tapaukan wife aku 10 keping.

Next week wife planning nak buat takoyaki pula kat umah SIL aku lagi. Kalu jadi plan dorang, aku updatekan resepi dan outcome takoyaki wife aku. Wife aku pernah masak cekodok jepun tu kat umah, siap paksa2 aku makan lagi. Aku ni bukan reti makan cekodok jepun ni. Wife aku ni pelik2 jugak perangainya pantang nampak resepi kat internet suka sangat cuba. Gadget takoyaki pun dia ada...

Acuan takoyaki