https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label REFINANCE RUMAH. Show all posts
Showing posts with label REFINANCE RUMAH. Show all posts

Monday, 30 December 2013

REFINANCE RUMAH HUJUNG TAHUN 2013





Pada awal bulan December 4, 2013 wife aku dan adik ipar aku ada walk in to HSBC, dan OCBC kat Kota Damansara. Semalam wife aku dapat result OCBC refinance approved but amount yang diluluskan kurang daripada amount outstanding home loan wife aku. So wife aku kena top up cash sendiri untuk cover the differ of loan amount and outstanding sedia ada. Wife aku berkira2 nak decline atau accept jer offer tersebut. OCBC bagi tempoh 2 weeks untuk terima / decline offer dorang. Kalau ikutkan memang better terima refinance OCBC ni cos Islamic Term and monthly repayment will be decreased from RM 690.00 to RM 440.00 so less RM 250.00. Memang banyak jugak differ so boleh gunakan lebihan untuk saving etc.
 

 
 


HSBC wife kata masih under review, ntah bilalah akan kuar resultnya sama adalah lulus atau sebaliknya. Macam adik ipar aku HSBC terus withdraw because high commitment. Wife aku ntahla ada rezeki ke tak dengan HSBC ni. Harap2 adalah so bolehla buat comparison mana yang better. Hopefully the refinance amount boleh cover outstanding loan sedia ada should be ok.
 
 
 
Esoknya December 5, 2013 wife aku p submit application kat Maybank Subang Perdana kebetulan wife mendeposit cek untuk company so sekali harung jalan personal matter. Senang, jimat masa. Maybank pun belum dapat result. Pada December 16, 2013 wife terima sms from MBB.
 
 
But up to now haven't received any update by sms sama ada refinance lulus atau decline. Wife buat follow up by text to Person in charge MBB but no reply yet.
 
 
 
Wife dan adik ipar aku ada jugak submit application by I Money agent. Agen ni datang rumah adik ipar aku. Masa tu wife dan adik ipar aku buat projek Okonomiyaki. Rezeki agen ni dapat merasa Okonomiyaki air tangan wife. Agen ini akan menghantar application to Alliance Bank Mid Valley. Katanya 2 minggu result. Wife aku pun tak follow up dengan agen ni cos wife aku angina sebab agen ni boleh submit jugak applicationnya ke OCBC so OCBC dapat trace duplication. Nasib baik ada maklumat property yang tak tally. So OCBC gunakan application masa wife aku walk in dulu.
 
 
 
Wife aku cadang nak submit to RHB Islamic bank Laman Seri, tapi person in charge yang dia deal takde update apa2. Kata nak dating ofis wife aku amik supporting docs etc but up to now still pending. Wife aku pun macam malas jer nak berurusan dengan contact person yang slow action.
 
Harap2 adalah sangkut dari bank yang masih under review. So bolehla wife buat comparison. If takde jugak terpaksalah wife terima offer OCBC. At least wife dapatlah convert home loan dia ke Islamic term lebih berkat.
 
Letter Offer daripada OCBC yang wife terima by email. Pada 8 January 2014, aku temankan wife walk in ke OCBC untuk sign letter offer & term condition. Selesai bab refinance wife.
 
 
 
 
 

 

 
 



Saturday, 14 December 2013

THE MAKING OF OKONOMIYAKI AKA PIZZA JEPUN

Wife dan SIL aku masak Okonomiyaki untuk dinner. Cadang nak buat mkn tea time tapi dorang ptg tadi kuar maghrib baru sampai umh. Lepas siap2kan diri barula dorang memulakan program masterchef dorang ni. Wife akula jd chef amaturnya.

Bahan asas for Okonomiyaki.

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 cawan kobis yang diparut
1/2 batang carrot dipotong (wife aku potong halus, SIL takde pemarut)
Daun bawang
Sosej
1 sudu kecik serbuk ikan bilis
1/2 labu bawang
1 cawan air

Kobis, daun bawang dan sosej yang siap diparut dan dipotong siap dari rumah. Masih ada lebihan buat sosejyaki awal petang tadi.

Bahan tambahan wife beli masa keluar shopping ngan SIL aka biras wife. Bahan tambahan adalah carrot, crab stick, dan serbuk ikan bilis.

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan di atas di dalam mangkuk dan gaul sebati.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak seperti mengoreng telur dadah. Wife gunakan minyak zaitun. Gunakan api kecil / sederhana.

3. Masukkan adunan tadi seperti memasak lempeng tetapi tebal.

4. Masakkan sehingga garing dan terbalikkan. 

5. Bila sudah masak sedia untuk dihidangkan. Bahan hiasan seperti seaweed dan bonito flakes, mayonis dan sos cili.
Seeweed dan bonito flakes

6. Sedia untuk dihidangkan...

7. Sedia untuk makan.


Satu adunan boleh dapat 1 pizza saiznya 1 pinggan. Sedap abis. Siap jamu pada mortgage consultant yang datang dari IMoney.my. SIL dan adik aku cuba submit refinance untuk Alliance Islamic Bank pula. Wife aku pun turut sign application form for refinance. Hopefully adalah yang sangkut nanti.


Wednesday, 4 December 2013

PEMBIAYAAN SEMULA (REFINANCE) PERUMAHAN TERBAIK DI MALAYSIA

 

Pernah atau bercadang untuk membuat pembiayaan semula perumahan aka refinance home loan? Pengalaman membeli rumah sebelum ini, ketika pertama kali membeli rumah sendiri, tidakla sesukar mana di sebabkan segala urusan dibuat oleh mom and dady aku so takdela banyak persoalan yang bermain di fikiran i.e. macam mana nak apply loan, mudah ke, berapa margin of financing etc? Apa pula bank yang dapat menawarkan pakej yang terbaik?. Aku hanya menyediakan dokumen yang diperlukan sahaja akhirnya aku berjaya memiliki sebuah apartment low cost  dengan pendapatan yang tak seberapa ketika itu melalui Affin Bank 10 tahun yang lepas. 

Baru-baru ni SIL aku tak abis2 tanya pada wife pasal refinance pulak. Wife aku ni bukan tahu sangat dia pun surfing internet dan adalah info yang wife aku dapat. So semalam wife aku turut sama ikut SIL aku... Cadangan utama SIL aku ajak wife keluar untuk jalan2 cari kerja secara walk in... Tapi plan SIL dah jadi lain agenda utama nak buat refinance. Lepas urusan hantar baby ke klinik SIL aku jemput wife. Cadangan asal keluar kul 11.00++ tapi SIL datang sebelum kul 8.30 pagi dah menunggu wife aku kat bawah apartment kami.

SIL aku kalau bab dapat duit ni memang excited. Adik aku pun sanggup apply half day leave semata2 nak join sekali buat refinance cos rumah yang dorang beli atas dua nama, SIL aku 1st name and my brother 2nd name. So dorang nak buat 2 nama seperti sebelum ni.

Wife aku pun turut cuba buat refinance. Tujuannya bukan nak dapat cash tapi more than to convert her home loan from non Islamic term to Islamic Term. SIL aku ni banyak agenda dia semalam. Pas pick up wife aku terus balik rumah dia hantar baby ke baby sitter. Then terus p sekolah anak dia pulak for buat pengesahan anak dia yang bakal tahun satu next year.

 
 Then singgah breakfast lagi kat Restoren Mamak berhampiran Sekolah anak dia.
 
Lepas breakfast, SIL ajak p Museum Chocolate dulu. SIL dah janji dengan 3 orang anak2 dia yang ikut sama.
 
 
 
Wife aku belikan aku belikan chocolate untuk aku jugak. Ingat wife kat aku walaupun tak ikut sama. Aku tak ikut sbb 2.00 petang ada appointment for fisioterapi kat hospital lagi.
 
Lepas p Museum Chocolate, barula SIL aku walk in cari kerja kat kawasan sekitar Kota Damansara. Tapi satu kerja pun tak dapat. Ada yang dah full dan ada yang suruh tinggal resume.
 
Dah hampir lunch hour barula dorang p ke bank pulak untuk buat refinance. Bank yang pertama dorang pi adalah OCBC. Rate yang di offer not badla. Cuma staff yang deal ngan dorang ni wat kerja slow. Wife aku kata makan jam hampir 2 jam jugakla... Wife aku apply dulu. Dah settle semua documentation, wife aku sempat keluar pi bank lain tanya pasal refinance. Wife aku p Alliance Bank, tapi person in charge outstation so wife aku just call for appoitment. Then wife aku p CIMB tapi ramai yang q so wife aku malas nak tunggu. Kat OCBC tadi pun dah lama menunggu. Wife aku malas nak buang masa menunggu lagi. Wife aku berpatah balik ke OCBC tadi. Adik aku dan biras wife masih lagi berurusan. Memang slow sangatla staff kat situ. Nasib baikla dorang ni jenis taknak rushing kalau tak mesti mengamuk dorang ni. Anak2 buah aku dah buat OCBC macam umah sendiri. Siap main2. Anak buah aku yang kecik wife aku citer siap pakai helmet ayah dia dalam OCBC. Nasib baikla tak ramai customer kat sana. Memang dah bising2 anak2 buah aku kat dalam bank. Bosan tunggu mak ayah dorang yang lama sangat berurusan.
 
Selesai jer urusan kat OCBC dorang ni p shop kat bank lain pulak. Dorang sempat p HSBC cos masa pun dah lewat dah dekat habis business hour bank. Kat HSBC ni memang better than OCBC. Walaupun dari segi rate loan agak differ, OCBC lagi better but customer service dorang ni memang cekapla. Dorang ni saling bantu membantu. 3 staff turut sama dalam handle refinance wife dan SIL aku. Tak sampai 30 minit settle semua documentation.
 
Proses kedua2 bank ni hampir sama makan masa 1 minggu ++. Hopefully dorang ni berjayala buat refinance walaupu tak dapat extra cash harap2 dorang ni berjaya convert Home Loan dorang from Non Islamic jadi Islamic Term. Jika ada keputusan aku akan update di N3 akan datang. 

Panduan membuat pinjaman perumahan.

1. Cari dan bandingkan Perumahan Terbaik di Malaysia.
Kini ianya lebih mudah dengan melayari laman web http://www.imoney.my/ms/pinjaman-perumahan - Boleh Mencari dan Bandingkan Pinjaman Perumahan Terbaik di Malaysia. Boleh tarik berdasarkan jumlah pinjaman dan tempohnya. Dari situ, informasi terkini berkenaan rate terbaik yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia dapat diperolehi seperti contoh di bawah ini :