https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label PASAR PAYANG. Show all posts
Showing posts with label PASAR PAYANG. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

PROJEK AISKRIM JAGUNG HOMEMADE DAN SAGU GULA MELAKA

Hari ni wife aku ada mood rajin. Masa sediakan breakfast mushroom soup wife aku mintak izin "abang, boleh tak ayang buat sagu gula melaka". Kalu dia mintak izin macam tu adalah makna tersiratnya. Maknanya masakan yang dia buat bakal dihantar ke umah adik ipar aku / umah mak aku. Gula melaka masih berbaki yang wife beli masa bercuti di Kuala Terengganu, Pasar Payang 5 biji RM 10.00. Cuma yang aku tak sedar dengar wife aku perli aku "Susu segar ayang beli semalam dah abis, ada orang tu kata taknak minum susu sebab sakit perut". Memang sebelum ni aku sakit perut sebab minum susu chocolate.

Lepas jer breakfast aku p kedai belikan wife aku susu segar goodday 1 liter ganti susu segar yang wife aku beli abis licin aku minum haha...


Sagu gula melaka


Bahan-bahan sagu
250 gram sagu
2 cawan air

1. Panaskan air dan masakkan sagu selama 10 minit.
2. Tapiskan sagu yang telah dimasak dan lalukan dengan air supaya sagu tidak melekat-lekat.
3. Masukkan dalam acuan.
4. Sejukkan dalam peti sejuk

Bahan-bahan kuah
1 gula melaka
1 cawan air

Panaskan air dan gula melaka sehingga gula hancur. Sejukkan

Cara menghidang
1. Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam cawan desert.
2. Masukkan gula melaka
3. Masukkan sedikit susu segar.
4. Sedia dihidangkan



Resepi aiskrim jagung homemade

Bahan-bahan:
1 paket creamer 450gram
2 tin susu cair 400 gram
2 sudu ovalatte
1 tin jagung cream
Sedikit pes jagung

Cara membuat adunan aiskrim
1. Mixerkan creamer, susu cair dan ovalatte sehinga gebu dan likat lebih kurang 20 minit dengan kelajuan maksima.


2. Bila sudah pekat dan likat, masukkan pes jagung dan jagung cream. Sebatikan di dalam adunan.

3. Bila dah sebati bolehla dimasukkan dalam tupperware freezemate. Satu adunan di atas dapat 2 tupperware saiz m dan s.


4. Sedia disejukbekukan...



Monday, 18 November 2013

PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU

we are request late check out at 2.00 pm. But we decide to check out at 1.30 pm. After check out, we drop our luggage to storage meanwhile we go to Pasar Payang for shopping. My SIL already order ole2 from Pasar Payang. My SIL at Merak just order Kopok Lekor, Kopok Keping dan Kopok Sira. One more SIL at Flora Damansara order Kain Batik.

 
Antara kopok yang wife tolong belikan for my SIL aka her biras.
 
Total belanja kopok lekor, kopok kering, belacan, asam, lempok durian, dodol daun palas, kopok sira kat Pasar Payang RM 150.00
 
SIL aku yang bakal jadi mom to be kirim kain batik. Wife aku tolong belikan sehelai.
 

Batik Lukis di atas RM 25.00 sehelai

 
SIL aku berkenan yang warna hitam ijau kat atas. Wife aku pun dah belikan for her.
 
 
My wife borong jugak kain batik kat sana beberapa helai for her and her family, total abis RM 136.00.
 
Berakhirla aktiviti shopping di Pasar Payang. Kami naik beca ke Grand Puteri, tambang beca RM 10.
 
Rest kat lobby tunggu taxi datang at 6.00 pm... flight kami at 7.40 pm...
 
  

 
 
 
Antara kain batik yang wife beli untuk diri sendiri dan familynya...
 

 

PERCUTIAN DI KUALA TERENGGANU PART II - PASAR PAYANG

Kami kat KT tak ke mana2 sangat... Aku jenis malas nak berjalan... Ikutkan wife aku mmg nak berjalan2 tapi aku malas... Last2 aku akur jugakla kuar cari makan cos perut aku pun dah menjerit- jerit... " Tolong, perut dah lapar ni, tak reti2 cari makanan ker"...


Jam 3.00 pm kami bersiar keluar ke Pasar Payang... Wife aku alas perut beli Goreng Pisang, Cempedak dan Tapai Ubi Goreng RM 3.00 tapi macam banyak sangat...


Sambil makan kami walk in ke Pasar Payang. Tujuan aku ke situ temankan wife cuci mata. Wife aku hanya beli kudapan kerepok, asam manis + Sate ikan RM 3.00. Lepas tu kami menjamu selera... Aku makan nasi campur (nasi + ayam + telur RM 7.50 mmg cekik darah), wife aku order nasi air + teh o ais + teh o suam semua kena bayar RM 5.50 total makan RM 16.00.

Lepas makan kami terus balik hotel. Aku mmg tak membiarkan wife jalan2 lama di Pasar Payang. Aku kata esok lepas check out baru p lagi beli barang kopok + kain batik etc. Wife aku akur... Kat hotel ada lunch & dinner steamboat. Perut aku mmg terasa lapar lagi aku ajak wife cari makan di kedai makan berhampiran. Kami makan di kedai makan seberang jalan KFC. Mmg fast dorang serve. Aku order Nasi Pattaya + Teh O, wife aku just order carrot susu ais. Wife tak lapar makan, dia lapar minum jer... So aku sorang jer makan total RM 9.50.

Kami terus balik bilik. Rest dan ZZZ....


Keesokkan kami breakfast kat lobby tingkat bawah. Antara menu yang ada adalah Nasi Dagang, Kopok Lekor, Mee Goreng, Nasi Goreng, Cereal, Roti Telur, Roti Bakar, kacang panggang, orange juice, hot tea & hot coffee, fruits.


 




Antara Menu yang kami makan....


Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu at 09-6215555

Advantage
  1. Friendly
  2. Masih baru
  3. Bersih
  4. Menu breakfast yang memenuhi selera dan tanpa was2
  5. Ada swimming pool khas untuk laki dan ppuan
  6. Hotel dekat dengan bas stesen KT so kalau guna land transport like bas ekspress pun ok, senang boleh menapak jer ke hotel. save cost for taxi
  7. Terminal taxi pun dekat
  8. Tambang taxi dari airport KT ke Grand Puteri RM 25.00 return pun sama
Memang nice place maybe next time will be there again. Insyaallah...