https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label IKAN MERAH. Show all posts
Showing posts with label IKAN MERAH. Show all posts

Monday, 12 May 2014

AGAR-AGAR RUMPAI LAUT

Pagi tadi ajak wife pi pasar borong. Inilah hasil tangkapan kami di pasar borong.


 
Sotong 4 kg = RM 23.00
 


Udang 1 kg = RM 9.00


 
Udang laut dalam 1 kg = RM 34.00


 
Ketam 2 kg = RM 18.00


 
Ikan Merah 1 kg = RM 13.00 dan Cencaru 1 kg = RM 5.00

Sampai umah wife siap2 siang dan bersihkan ikan, ketam, udang dan sotong. 

Ketam wife terus masak rendang ketam. Berselera makan dengan nasi.


Inilah rupa rendang ketam wife

Sambil masak untuk lunch hour wife masak agar2 rumpai laut yang dia beli masa di Sabah. Wife bertuah takde agar2 strip / serbuk, rumpai air mentah dijadikan agar2.



Inilah rumpai laut Sabah yang wife beli masa bercuti di Sabah bulan 1 lepas.


Inilah hasil agar2 yang telah siap. Agar2 Rumpai laut coklat. Agar2 ni bakal aku hantar ke rumah mak aku. Ntah apalah rasanya tak sanggup aku nak makan. 

Aku prefer wife masak mknn lauk pauk compare wife masak kuih muih agak ke laut ckit. Hobi wife suruh aku pi hantar umah mak aku dan adk ipar aku yang jual Oat Choco tu.

Tuesday, 10 December 2013

DINNER SAYUR KELADI DAN KARI IKAN MERAH

Malam ni wife aku masak kari ikan merah yang di beli di pasar borong minggu lepas. Aku yang request wife masak kari sebab lama tak makan kari ikan air tangan wife. Wife aku masak sekali sayur keladi yang diambil dari umah adik angkat SIL aku masa SIL ajak wife temankan dia menghadiri majlis kahwin sepupunya ahad lalu.

Sayur keladi masak asam rebus

Bahan:
2 batang keladi
Bawang *
Serai dititik
Belacan *
Cili giling *
Asam keping

Cara membuatnya:
1. Potong keladi dan cuci bersih
2. Bahan bertanda * dikisar / ditumbuk
3. Masukkan keladi dan masukkan air untuk dijadikan kuah, masukkan bahan kisar, asam keping dan serai
4. Masakkan sehingga sayur keladi layu.
5. Tambahkan garam secukup rasa.

Kari ayam

Bahan:
Bawang
Bawang putih
Halia
Ikan merah
Serbuk kari + air + asam jawa dijadikan pes 
Daun kari
Santan

Bahan:
1. Bawang, bawang putih dan halia dikisar
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau
3. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis lagi sehingga naik minyak
4. Tambahkan 2 cawan air dan santan. Wife aku guna creamer sebab takde stok santan.
5. Biarkan mendidih, masukkan ikan merah.
6. Tambahkan garam secukup rasa.
7. Sedia dihidangkan



Saturday, 30 November 2013

MENU APA YANG BEST UNTUK MASAKAN IKAN

Wife aku mencari idea untuk masakan ikan. Wife aku kurang ckit bab memasak ikan ni. Faktor pertama sbb aku kurang makan ikan. Wife aku pulak biasanya makan ikan mabong, selar, kembung, cencaru, dan sardin. Lepas kahwin ngan aku barula dia makan ikan merah dan tenggiri. Family wife aku pun bukan jenis beli ikan yang agak mahal kalu di kampung. Inila ikan2 yang wife aku beli dan selamat disiang dan dicuci sebelum diistirehatkan di dalam peti sejuk.


Ikan cencaru wife beli RM 4.00/kg dapat 6 ekor. Wife cadang nk masak cencaru sumbat sambal, dan cencaru masak kicap.


Ikan merah RM 18.00/kg dapat 5 potong bahagian badan dan kepala belah dua. Wife cadang masak sambal dan kepala masak kari. Korang ada idea ikan merah masak apa, share2 kan. Wife blhla variasikan menunya. Wife kurang pndai msk ikan merah. Lepas kwin baru merasa beli ikan merah kat pasar borong kerana harganya yang mampu milik compare than kat kg / pasaraya berhampiran.
 
 

Ikan tenggiri, wife cdg nk masak kari. Korang ads idea yg best blhla share cni. Blhla wife variasi masakan dia. Ikan tenggiri kecik RM 6.00/kg dapat 5 ekor. Kami ni berdua jer blh masak 2 atau 3 kali jugaklah.. Kalu korang ada idea nak masak ikan2 di atas bolehla share kat cni. Blhla jadi panduan bakal masterchef utk belajar memasak hehe... sharing is caring, caring is loving....

SHOPPING BARANG BASAH DI PASAR BORONG RM 100 ABIS SEHARI

Pagi ni adik ipar aku ajak wife aku p pasar borong beli barang basah. Antara yang dibeli oleh wife ikan 3 jenis, udang, sotong, ketam dan kerang sekilo setiap jenis. Total belanja dalam RM 59.00.



Ikan merah RM 18.00/kg , ikan cencaru RM 4.00/kg dan ikan tenggiri kecil RM 6.00/kg. Total untuk  ikan RM 28.00.




Udang bunga RM 15/kg dan sotong kecil RM 5.00/kg totol RM 20.00

Ketam RM 9.00/kg dan kerang RM 2.00/kg total RM 11.00 Barang2 lain yang wife beli durian RM 5.00 sebiji, longan RM 3.50/kg, serai RM 1.00/ikat, cili giling RM 4.00, daun kunyit RM 1.00 total RM 14.50.


Sebiji durian ada 4 ulas jer buahnya hehe, jadilah wife aku rasa. Aku memang tak makan durian.


Last barang yang wife beli ada frozen food brand Mushroom total RM 9.50 untuk 2 jenis barang, FOC shopping bag
 
 
 
Total belanja barang di atas RM 83.00, minyak dan tol share RM 11.00, makan sil aku belanja mee jawa + teh ais RM 5.10. So total wife aku kuarkan duit untuk barang dapur RM 94.00 nearly RM 100.00. Makin lama harga barang makin mahal. Stok barang basah bolehla tahan 1 minggu so budget purata sehari dalam RM 59.00/7 = RM 8.40. Kena bijak berbelanja baru boleh jimat... Wife aku tak berjimat mana pun...