https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday, 5 September 2018

Jom membeli belah di Shopee Minyak Burung Unta - Ostrich Oil Big Birds Lamborian



Kenapa semua rumah & semua orang  WAJIB ada produk Minyak Burung Unta ini?

 Berkualiti Tinggi
 Terbukti Berkesan & Mujarab
 Sesuai bagi semua peringkat umur
 Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
 100% HALAL keluaran Bumiputera
 Gunakan tanpa was-was
 Produk sudah lebih 10 tahun dipasaran

Adalah dimaklumkan bahawa bermula Oktober 2018, akan berlaku kenaikan harga jualan MBU disebabkan kenaikan kos bahan mentah serta kos2 yang berkaitan...
Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan kepada semua agar membuat belian pada bulan ini sebelum hujung bulan bagi menikmati harga semasa sebelum harga baru dikeluarkan.



Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf




Minyak Burung Unta (Ostrich Oil) Aromatherapy Oil

Kegunaan
  • Mencantikkan kulit sebagai terapi menenangkan badan dan minda
  • Mudah menyerap dan sesuai seisi keluarga
Cara penggunaan
  • Sapukan pada tempat bermasalah dan urutkan perlahan-lahan. Boleh digunakan sekerap mungkin.
Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf


Minyak Burung Unta (Ostrich Oil) Hair Tonic

Kegunaan
  • Membantu memelihara rambut serta memulihkan rambut rosak.
  • Ia juga memelihara kulit rambut dan menggalakkan pertumbuhan dan menghitamkan rambut.
Cara Pengunaan
  • Titiskan sedikit tonik rambut ke tapak tangan dan sapukan dengan rata ke tasa rambut hingga ke kulit rambut. Gunakan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik.
Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf



Minyak Burung Unta (Ostrich Oil) Mesra Lavender Oil

Kegunaan

  • Lavender sebagai minyak essential yang mempunyai banyak kelebihan
  • Mudah untuk dibawa dan disimpan di dalam tas tangan


Cara penggunaan
  • Sapukan pada tempat yang bermasalah dan urutkan secara perlahan-lahan
  • Boleh digunakan sekerap mungkin
Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf


Minyak Burung Unta (Ostrich Oil) Multi Purpose Oil





Kegunaan
  • Menganjal & mencantikkan kulit sebagai pelincir semasa mengurut, penenang fikiran, melegakan sakit lutut.
  • PATI kepada minyak burung unta.
Cara Pengunaan
  • Sapukan pada tempat yang bermasalah dan urutkan secara perlahan-lahan.
  • Boleh digunakan sekerap yang mungkin.
Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf



Minyak Burung Unta (Ostrich Oil) Baby Oil

Kegunaan
  • Menghaluskan dan melembutkan kulit bayi
  • Memberikan ketenangan pada bayi dan mudah menyerap
Cara penggunaan
  • Ambil sedikit minyak bayi, sapu dan urutkan secara perlahan-lahan pada setiap bahagian badan bayi dan gunakan sekerap mungkin
  • Untuk kesan lebih cepat sapukan setiap kali selepas mandi
Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf


Minyak Burung Unta (Ostrich Oil) Massage Oil

Kegunaan
  • Sesuai untuk tujuan urutan
  • Sesuai untuk ibu yang lepas bersalin
  • Tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
  • Serta mudah menyerap
Cara penggunaan
  • Sapukan pada tempat yang bermasalah dan urutkan secara perlahan-lahan.
  • Boleh digunakan sekerap mungkin
  • Untuk kegunaan dewasa sahaja.
Untuk tempahan, penghantaran percuma: https://shopee.com.my/adamziyaf

Image result for free postage

Thursday, 28 June 2018

TCE BABY EXPO 30 JUNE - 01 JULY 2018 MIDVALLEY


Image may contain: 1 person, text

Bila ada TCE Baby Expo, mak ayah dan bakal mak ayah mesti excited nak ke sana.  TCE Baby Expo akan berlangsung di Midvalley pada 30 Jun - 01 Julai 2018 pada 9 pagi - 10 malam.

Terdapat banyak tawaran menarik bagi bakal pengunjung dan pembeli di sana. Bagi yang tinggal di Klang Valley dan berhampiran jangan lepaskan peluang untuk bersesak-sesak di sana.

Bagi yang jauh tidak dapat ke sana bolehlah menggunakan personnel shopper yang boleh membelikan apa yang korang nak. 

Tapi jika tidak berkesempatan don't worry, korang still boleh menikmati harga yang murah jugak. Biasanya bila ada TCE Baby Expo, laman sesawang yang lain turut membuat tawaran barangan Baby. 

So don't worry, korang still boleh hadap PC, smart phone, tablet etc korang tu, grab online offer.

TKB // Baby Fair


Jom ke Lazada, terdapat pelbagai barangan baby pada harga berbaloi ditambah pula ada voucher diskaun.

Contohnya Drypers Drypantz di atas korang beli 2 carton boleh dapat extra 20% diskaun lagi. 

Total Summary
SubtotalRM159.98
Shipping FeeRM0.00
Voucher-RM32.00

TotalRM127.98




Paid by Online Banking


Murah dan berbaloikan beli online kan Drypers Drypantz M60 RM 21.33. LAZADA Baby fair bermula 28 Jun - 1  Julai. So tidak perlu menunggu 30 Jun untuk mengeringkan poket / akaun korang. Boleh buat belian anytime dengan penjimatan yang ada. 



Shopee pun tidak ketinggalan membuat Shopee Baby Fair. Terdapat jugak diskaun penjimatan.



Grab je peluang yang ada untuk berjimat. Hasil tangkapan di Shopee Ducth Lady Explore 2 -4 tahun for my kid 10pek RM 162.40, 1 pek RM 16.24. Murah kan korang. Biasanya grab di Tesco paling murah masa offer RM 18.99. Ini paling  murah RM 16.24.

Apa lagi jom grab barangan baby pada harga jimat. Boleh gunakan lebihan duit korang untuk belanja raya, ni kan masih musim raya.


Korang bukan sahaja dapat menjimatkan masa malahan tidak perlu bersesak-sesak dan membawa anak / baby korang ke sana. Korang jugak dapat menjmatkan kos pengangkutan, parking dan additional kos yang akan terlibat.











Wednesday, 27 June 2018

Teamviewer vs Chrome Remote Desktop

Image result for teamviewer






TeamViewer adalah perisian komputer eksklusif untuk kawalan jauh, perkongsian desktop, permainan dalam talian, persidangan web dan pemindahan fail antara komputer.

TeamViewer tersedia untuk Microsoft Windows, macOS, Linux, Chrome OS, IOS, Android,  Windows RT, Windows Phone 8 sistem operasi. Ia juga mungkin untuk mengakses mesin yang menjalankan TeamViewer dengan penyemak imbas web. Walaupun fokus utama aplikasi ialah kawalan jauh komputer, kerjasama dan ciri persembahan dimasukkan. 

TeamViewer boleh digunakan tanpa bayaran oleh pengguna bukan komersial, dan versi Perniagaan, Premium dan Korporat boleh didapati.

TeamViewer GmbH ditubuhkan pada tahun 2005 di Göppingen, Jerman. Syarikat ekuiti swasta yang berpangkalan di UK Permira memperoleh TeamViewer GmbH dari Durham, pemaju perisian berasaskan perisian North Carolina GFI Software pada tahun 2014. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan awan sandaran dalam talian yang dinamakan Airbackup. 


Image result for chrome remote desktop

Desktop Jauh Chrome adalah alat perisian desktop jauh yang dibangunkan oleh Google yang membolehkan pengguna untuk mengawal jarak jauh dari komputer lain melalui protokol proprietari yang dibangunkan oleh Google secara tidak rasmi yang dipanggil "Chromoting". Ia memancarkan peristiwa papan kekunci dan tetikus dari satu komputer ke komputer lain, menyampaikan kemas kini skrin grafik semula ke arah yang lain, melalui rangkaian.

Desktop Jauh Chrome memerlukan penggunaan Google Chrome, bersama-sama dengan pemasangan sambungan dari Kedai Web Chrome.

Desktop Jauh Chrome menyokong kedua-dua mod bantuan jarak jauh, yang membolehkan pengguna mengawal komputer orang lain (biasanya untuk mendiagnosis atau menyelesaikan masalah) serta mod desktop jauh di mana pengguna boleh menyambung ke mesin yang lain dari mesinnya sendiri dari jauh. Sementara log masuk bantuan melalui kata laluan PIN tersedia untuk terminal yang menjalankan Windows, Mac, iOS, Android atau sistem pengendalian Linux, fungsi desktop jauh disokong untuk Windows, Mac dan sistem operasi Linux dengan sokongan Linux dalam beta. Ia menggunakan video VP8 untuk memaparkan desktop komputer jauh kepada pengguna. Di bawah Windows, ia menyokong suapan salinan dan suapan audio masa nyata, tetapi tidak mempunyai pilihan untuk melumpuhkan perkongsian dan penghantaran aliran audio.

Antara TeamViewer vs Chrome Remote Dekstop mana yang best.

Sebenarnya TeamViewer telah saya gunakan dari tahun lepas. Sejak menggunakan TeamViewer memudahkan saya untuk menggunakan data dari komputer lain. Cuma resolution dari Komputer yang saya akses tidak sama. TeamViewer jugak ada limit access. Jadi selepas guna beberapa jam TeamViewer akan cut connection dan kita perlu reconnect semula.

Setelah menggunakan TeamViewer, baru2 ni TeamViewer block access ke komputer lain. TeamViewer telah mengesan saya menggunakan TeamViewer untuk tujuan perniagaan. Alamak nak kena bayar lesen untuk terus menggunakan TeamViewer. Tepuk kepala pening mana nak cari duit tambahan, sebulan RM 99, setahun RM 1000++.

Jadi terpaksalah google cari alternatif. Mula-mula cuba IMPCREMOTE. Memang out slow sangat dan selalu hang. Setiap kali nak akses Komputer lain kena masukkan access code komputer tersebut. Jenuh jugak nak suruh officemate bagi access code. Lagipun tak ok selalu hang dan slow sangat.

Nasib baik terjumpa video Chrome Remote Dekstop, cuba install dan hasilnya buat masa ini amat puas hati kerana lebih baik dari TeamViewer. Mudah digunakan dan senang akses ke Komputer lain.

Chrome Remote Dekstop

Kongsi komputer anda dengan orang lain
Anda boleh memberi orang lain akses ke komputer anda. Mereka akan mempunyai akses penuh ke aplikasi, fail, e-mel, dokumen dan sejarah anda.

  • Pada komputer anda, buka Chrome.
  • Dalam bar alamat di bahagian atas, ketik chrome: // apps, dan tekan Enter.
  • Klik App Chrome Remote Desktop Desktop Chrome.
  • Klik Bermula.
  • Untuk membuat kod akses, klik Kongsi.
  • Hantar kod kepada orang yang anda mahu biarkan menggunakan komputer anda.
  • Apabila orang lain memasuki kod akses, mereka akan melihat alamat e-mel anda dan mempunyai kawalan penuh pada komputer anda.
  • Untuk menamatkan sesi perkongsian, klik Hentikan perkongsian.
Akses komputer jauh dari sini
  • Pada komputer anda, buka Chrome.
  • Dalam bar alamat di bahagian atas, ketik chrome: // apps, dan tekan Enter.
  • Klik App Chrome Remote Desktop Desktop Chrome.
  • Pilih apa yang anda mahu akses. A+nda mungkin perlu klik Bermula terlebih dahulu.
  • Sekiranya anda mengakses komputer anda, klik.
  • Jika anda mengakses komputer lain yang telah dikongsi dengan anda, klik Akses.
  • Masukkan PIN atau kod akses yang diperlukan untuk log masuk.
  • Klik Sambungkan.
  • Untuk keselamatan anda, semua sesi desktop jauh disulitkan sepenuhnya.

Hentikan sesi jauh
Apabila anda selesai, pergi ke pusat halaman dan klik Anak panah Down Down Arrow dan kemudian Putuskan sambungan.

Buang komputer dari senarai anda
  • Pada komputer anda, buka Chrome.
  • Dalam bar alamat di bahagian atas, ketik chrome: // apps, dan tekan Enter.
  • Klik App Chrome Remote Desktop Desktop Chrome.
  • Di sebelah komputer yang anda hendak alih keluar, klik Lumpuhkan sambungan jauh.

Wednesday, 15 November 2017

BLACKLIST DAN CCRIS PTPTN

Saper yang ada PTPTN mesti ada yang nama telah disenarai hitamkan dan CCRIS akibat PTPTN kan. Mungkin ramai yang tidak dapat ke luar negara, membuat pinjaman baru akibat blacklist dan CCRIS.

Bagi peminjam yang masih belum membuat Ujrah bolehlah reschedule tunggakan pinjaman sebelum ni menjadi pinjaman baru dengan menukarkan ke Ujrah. Kos pentadbiran pun akan jadi rendah dari 3% sebelum ni kepada 1% Ujrah.


Contoh perjanjian Ujrah seperti di atas. Bayaran bulanan akan jadi lebih murah ikut tahun yang korang nak amik. Maksimum 10 tahun rasanya. Biasanya bila nak convert jadi Ujrah atau reschedule pinjaman, korang dikehendaki membayar 50% ke atas tunggakan atau ikut kemampuan. Macam kes dia ni, dia berurusan dengan person in charge yang di dapat maklumat dari email. Pilih saja yang rasa berkenan di hati haha. Dah pilih do cubalah whatsapp2. Zaman sekarang ni whatsapp kan popular di Malaysia haha. Text je pun senang ada black & white. Call thru whatsapp ni lecehkan. 

Macam dia di atas ni start communication with 1 of  PTPTN person incharge thru whatsapp last week of August 2017. Disebabkan ada cuti panjang Merdeka + Raya Haji + Cuti Peristiwa maka person in charge akan deal semula bulan September. Sebelum tu person in charge ada tanya berapa sanggup bayar untuk tukar ke Ujrah. Dia ni kata banyak komitmen memang takde extra cash. Memang kena berterus terang jer. So person in charge ni kata ok jer. 

Dia ni bulan 9 memang takde pun remind balik person in charge tu just wait and see. Person in charge contact dia balik pada 07/09/2017 thru call & whatsapp dan tanya berapa tahun nak bayar. Person incharge suggest 10 tahun so bayaran bulanan memang rendah RM 100++. Dia ni pikir malas nak lama2 sebab tunggakan pun bukan banyak sangat kan. So 5 tahun dah ok kut dengan bayaran bulanan RM 231.15 masih kena dengan budgetnya.

So maka person in change pun emailkan perjanjian ujrah seperti di atas. Setelah di tanda tangan dan beli setem hasil RM 10 x 2 di pejabat pos pada esoknya 08/09/2017 dan terus di hantar ke kaunter PTPTN. Boleh hantar di mana2 kaunter PTPTN yang terdekat. Mudah kan prosesnya tak banyak songeh.

Sebelum ni dia ni teragak-agak jugak nak buat sebab tunggakan dia semuanya. Maklumlah 10 tahun lebih tak bayar2. Rekod CCRIS pun 162 bulan tertunggak. Bagus betullah dia ni tak amik kisah nak bayar PTPTN sebab nama dah sangkut blacklisted dan jangan nak berangan buat pinjaman baru tu yang tersedar kut baru ada rasa insaf tapi takdelah sangat mood nak membayar. Sebab tunggakan full amount kan walaupun bayar cikit2 still bulan tunggakan bertambah. Jadi dia ni bayar ting tong ting tong lah. Cuma bila PTPTN hantar email bagitahu boleh guna KWSP bagi pinjaman sebelum tahun 2000, mula dia semangat ckit sebab boleh bayar guna KWSP at least takdelah beban sangatkan. Bolehlah kurangkan tunggakan dia cikit2. Dia buat pengeluaran KWSP pada Ogos 2017. Dah buat pengeluaran KWSP saja2 dia tanya person in charge yg dia deal masa buat KWSP tu. Person in charge ni memang membantu lah. Dari pengeluaran KWSP hingga Ujrah di uruskan dengan jayanya.

Maka bermula bulan 9 tu jugak Ujrah telah diluluskan dan bermulalah episod membayar ansuran bulanan secara berdisiplin. Bulan 9 ansuran bulanan pertama perlu dijelaskan. Masuk bulan ni dah 3 bulan ansuran bulanan dijelaskan. Pada bulan 10 & 11  dan bulan2 akan datang guna auto debit. Dengan auto debit boleh jimat lagi 10% sebab belanjawan negara memberikan diskaun pada peminjam PTPTN yang menjelaskan pinjaman ikut jadual dengan auto debit.

  1. Sempena Bajet 2017, insentif-insentif berikut disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik:
    1. Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
    2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
    3. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.
  2. Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.


Bajet 2018 pun memberi manfaat kepada peminjam PTPTN

Bolehlah korang rebut peluang ni. Bebaskan diri dari blacklist dan CCRIS.


Tuesday, 14 November 2017

11.11.2017 LAZADA

Baru-baru ni Lazada buat jual 11.11.2017 online revolution. Sempatlah grab offer guna voucher. Nasib baik tengok TV3 masa berita. Ada voucher Lazada dipaparkan di screen TV. Voucher TV3LAZADA. Saja2 try add on chart dan guna voucher tu less 30% @ maksimum RM 15.00. Haruslah shoppingkan dah boleh jimat RM 15.00.


Dapatlah grab Huggies Dry Pants L50-4 x 3 Super Jumbo Pack afer less RM 69.90. Murahkan. Memang kena dengan mood berjimat sekarang ni. Sekarang ni jika berbelanja pun lebih fokus pada groceries dan keperluan baby sahaja. Keperluan lain yang kurang mendesak memang kena ignorekan. Budget terhad sedangkan harga barang makin mahal. Tak mampu nak penuhi kehendak. Penuhkan keperluan penting pun dah tercunggap-cunggap.

Peluang nak belanja bila ada offer dapatlah jimat cikit-cikit. Bolehlah lebihan spend ke lain. Harap-harap Lazada, 11street, Shopee buatlah offer besar-besaran so ramai-ramai boleh berjimat.

Monday, 13 November 2017

Pelepasan Gadaian

Aku telah membuat penyelesaian awal pinjaman rumah menggunakan KWSP pada 11/05/2017. Wife aku pun turut sama bantu aku. Harapkan aku memang tak cukup buat penyelesaian awal. KWSP luluskan permohanan dan membayar terus ke Affin bank bagi pengeluaran wife aku. Manakala bahagian aku, KWSP hantar cek. Bila dah dapat cek memang leceh kena p kaunter Affin bank pulak tu. Semua urusan di buat oleh wife aku. Biasalah kalau melibatkan kaunter memang lama menunggu. Wife aku dahlah kerja terpaksa lah tergesa-gesa ke pejabat setelah urusan di kaunter selesai.


Proses penyelesaian awal pinjaman rumah pun mengambil masa yang lama. Wife aku suruh follow up dengan bank status terkini. Aku buat tak tahu je sebab malas nak amik kisah. Yang penting rumah aku abis bayar sudah. Macam wife aku amik kisah sbb guna KWSP dia kan. Memang patutlah sebab rumah tu pun nama aku bukan harta bersama pun kan. Tapi wife aku ni jenis "willing to help" ikut kemampuan dia lah. 

Pada 17/10/2017 aku dapat surat dari Affin bank suruh buat pelepasan gadaian dalam masa 14 hari dari tarikh surat tersebut. Wife aku kata pelepasan gadaian perlukan duit. Aku buat tak tahu jugak alasan aku takde duit. Wife aku anginlah jugak sebab segala dokumen Perjanjian Jual Beli (Sale And Purchase Agreement), Perjanjian Pinjaman (Loan Aggreement), Surat Ikatan Tugas (Deed Of Assignment) Dan Surat Kuasa Wakil (Power Of Attorney) hilang. 

Wife aku desak, aku buatlah ikut kehendak dia. Aku cuba hubungi peguam masa aku beli rumah tersebut, tetapi peguam tersebut dah tak dapat dihubungi.
RAVICHANDRA SUPPIAH & CO
UNIT A-6, 6TH FLOOR, EXCELLA BUSINESS PARK
JALAN AMPANG PUTRA, TAMAN AMPANG HILIR
55100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-42781174, 42781175, 42701180
FAX: 03-42781176

Wife aku suruh aku berurusan dengan Malaysia Bar melalui telefon dan email kepada membership@malaysianbar.org.my pada 26/10/2017. Pada 30/10/2017 Malaysia Bar balas email aku berserta Invoice.

Belum buat apa-apa dah kena bayar. Aku memang tak bayar sebab takde duit. Wife aku pun takkan nak tolong bayarkan. Ini baru yuran carian belum apa-apa lagikan.

Wife aku emailkan ke Affin bank berkenaan dokumen yang hilang dan meminta garis panduan dalam menguruskan pelepasan gadaian (Discharge of Charge / Deed of Receipt and Reassignment). Bank balas email berserta borang.



Walaupun dapat balasan email dari Affin Bank, wife aku cuba tel peguam bertanya pasal pelepasan gadaian. Cuba-cuba call walaupun tak kenal pun peguam tersebut. Wife aku nak tahu dokumen apa yang perlu untuk pelepasan gadaian. Peguam tersebut bagitahu perlukan cukai taksiran dan cukai tanah perlu aku dapatkan di JMB sebab rumah aku rumah flat. Yuran pelepasan gadaian bawah RM 700. Wife aku tolong aku isi borang Affin Bank berserta maklumat peguam yang dia call. 

Kena rajin bertanya baru tahu jalan. Macam aku mmg buat tak tahu sebab aku alasan takde duit. Macam wife aku ni sebab dia dah tolong bayar so dia nak outcomenya lah. Aku tak boleh simple2 bagi alasan je. Wife aku pun takde duit jugak tapi dia kata boleh usaha jika dah tahu cost peguam berapa untuk pelepasan gadaian. Mungkin dia cuba pinjam sedara mara dia. Bila terdesak memang perlu meminjamkan. Kami pun mana ada saving.

Wife aku tak isi dokumen yang aku hilangkan. Sebab dia dah tanya peguam bila selesai proses gadaian segala sekuriti dokumen pada bank akan bagi semula. So tak perlu lagi salinan Perjanjian Jual Beli (Sale And Purchase Agreement), Perjanjian Pinjaman (Loan Aggreement), Surat Ikatan Tugas (Deed Of Assignment) Dan Surat Kuasa Wakil (Power Of Attorney), tambah kos pulak membayar setiap salinan. Buat masa ini memang kena cut cost sebab kewangan yang terbatas. Wife aku ni pun dah banyak berhutang sejak kebelakangan ni. Memang agak membebankan dia dengan masalah hutang yang dihadapinya.

Affin bank masih belum update apa2 lagi walaupun borang permohanan telah di emailkan. Tunggu jela sampai urusan antara  Affin Bank dan peguam yang aku lantik. Peguam mesti akan call aku jugak nanti untuk bayaran, dan dokumen yang diperlukan untuk pelepasan gadaian cukai tanah dan cukai taksiran.

Beli rumah sampai abis bayar rumah semua perlukan DUIT. 

Korang doakan semua berjalan lancar ye. Semoga kami dapat dana untuk bayar yuran pelepasan gadaian.


Thursday, 9 November 2017

Tutup Maybank ASB 2017


Kawan saya tutup loan ASB Maybank RM 50,000.00. Dia amik loan ASB pada 2015, start membayar loan April 2015. Pada 24/08/2017, dia tutup loan ASB. Sebab tutup untuk drop Commitment dan perlukan cash money untuk menampung keperluannya. Ekonomi sekarang ni susah dijangka, barang2 pun banyak yang naik harga, tambah2 dah berkeluarga.

3 minggu selepas hantar borang tutup ASB, kawan saya call bank untuk follow up. Pegawai bank bagitahu proses 2 bulan. Mak aaii lamanya kan.

Pegawai lain ada call kawan saya bertanya kenapa tutup ASB. Kawan saya dah tulis alasan di borang tutup ASB behenti kerja haha. Sebabnya konon2 bank blhlah cepatkan proses penutupan. Pegawai bank tu gtahu sayang tutup sebab sebelum ni kawan saya memang takde masalah pun membayar. CCRIS setiap bulan memang cantik sebab auto debit every 1st day of month. Kawan saya gtahu behenti kerja dah lama sejak April sebab jaga anak haha. Malas nak layan pujuk-pujuk ni kan. Dorang tahu behenti kerja takkan nak paksa kan teruskan nak bayar dengan apa nanti.

Kawan saya ni kena bayar ansuran bulanan ASB untuk bulan 9 dan 10 jugak sebelum fully termination. 05/10/2017 bank dah creditkan RM 458.11. Bayar sejak 01/04/2015 - 01/10/2017 (31 bulan x RM 313/bulan = RM 9703.00). Dapat pulangan tunai penutupan ASB RM 458.11 + takaful RM 1,866.66 pada 12/10/2017.

Jumlah tunai yang diterima RM 2,324.77
Dividen yang diterima 2015 (prorata 9 bulan) 7.25 = 50000 x 7.25% / 12 x 9 = RM 2,718.75
Dividen yang diterima 2016 6.75 = 50000 x 6.75% = RM 3,375.00
Tunai yang diterima keseluruhan termasuk dividen RM 2,324.77 + RM 2,718.75 + RM 2,718.75 = RM 8,418.52

Dividen yang diterima 2017 (prorata 9 bulan) = ?

Jika dividen ASB 2017 6.00% ke atas, berbaloilah amik loan ASB walaupun short term hit and run.