https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label KOTA KINABALU. Show all posts
Showing posts with label KOTA KINABALU. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

PERCUTIAN BUDGET DI KOTA KINABALU 11.01.2014 - 14.01.14 PART III

Hari pertama 11.01.2014 --- setelah selamat mendarat di KK airport, claims baggage pemandu telah menunggu kami di hadapan pintu keluar. Pemandu tersebut bernama Encik Bong Mokhtar hehe... acah jer namanya Encik Bong... Beliau menghantar kami terus ke Marina Court dan disambut oleh Puan Yati, pembantu kepada Encik Razley pemilik unit Marina Court tersebut. Selepas mendapat kunci, kami terus ke unit dengan luggage kami.

Marina Court memang selesa bagi yang travel in group. Dilengkapi meja makan, ruang tamu with sofa, bilik tidur dilengkapi katil, almari etc, iron board, semi auto mesin basuh dan kelengkapan dapur walaupun agak terhad.

Untuk masuk ke unit Marina Court di ground floor kena bawa access card. Bagi yang ada Iphone just touch your Iphone jer... Access Card ada satu jer so if korang keluar tak sama waktu mmg leceh la jugak...

Masuk je dalam homestay ni adik dan abang ipar aku meluru ke master bedroom... biasalah semua orang nak master bedroom termasukla aku hehe... so kami share master bedroom bertiga aku, adik dan abang ipar aku... Wife aku pulak share bilik with MIL, one more bilik adik ipar yang bongsu dan hubby dia... FIL aku taknak tdo bilik so ruang tamu FIL tdo atas sofa alone.

Selesai bab bilik... Masing2 dah ada tempat for restkan diri. Kami sampai dalam pukul 2.00 pm so memang takde aktiviti lain melainkan aktiviti bebas.. Wife aku biasalah asyik nak pergi berjalan2 di kawasan persekitaran iaitu Pasar Ikan Kering dan Pasar Malam Filipino... Pukul 4.00 lebih kami keluar berjalan2... Tapi kami berpecah, aku dan adk, abg ipar p shopping mall manakala wife aku dan lain2 p Pasar Ikan Kering... Wife aku apalagi syok abis bila aku takde.. Standardla bebas untuk shopping... Kalau aku ada memang dia tak boleh shopping ikut suka hati dia... aku ni mengalahkan Menteri Kewangan pantau aliran keluar duit dia.. Wife aku ni kalau shopping bukan ingat dunia...

Wife aku beli ikan kering, rumpai laut, udang kering, ikan bilis, tiram kering dan kuih cincin satu kotak sbb adik ipar aku kirim sama... So bertambahlah 2 kotak hasil tangkapan kali ini... 1 kotak kuih cincin + 1 kotak hasil laut Sabah.. Mak mentua aku pun shopping 1 kotak hasil laut utk dibawa ke kg Perak...

Seterusnya jalan2 ke Pasar Malam Filipino... Barang2 yang dibeli wife suruh seller yang hantar ke Marina Court lepas Maghrib... Alhamdullillah dapat seller yang buat after sales services hehe...kalau tak confirm wife merengek kat aku suruh bawa kotak2 dia...

Kat Pasar Malam Filipino wife beli ikan RM 6/KG, ketam RM 10/KG + sotong segar RM 5.00/KG + bahan2 memasak spt bawang, cili etc. Balik terus aktiviti memasak oleh wife aku... sukalah dia sebab dapat makan ketam sepuas2nya...

So dinner + breakfast + bekal masa tour wife masak.. Memang jimatlah jugak stay home stay ni kami makan di rumah dan bawa bekal... wife siap bawa Tupperware bertingkat2 dia... Jimat punya pasal memang sanggup bawa Tupperware dari umah.

PERCUTIAN BUDGET DI KOTA KINABALU 11.01.2014 - 14.01.14 PART II

Lamanya tak update blog ni... Percutian ke KK pun dan basi hehe... Tapi takpela saya rajin nak menulis lagi. Mana tau blh jadikan panduan kepada sesiapa yang ingin bercuti di KK.

Budget percutian di KK
  1. Flight tiket --- masa saya dan family wife pergi harga tiket kami pergi balik dr KLIA - KK = RM 2400.00 lebih kurang RM 300 tiket pergi dan balik.. Boleh dapat jimat lagi sekiranya rajin survey flight lain MALINDO & AIR ASIA... Kami pergi KK naik MAS pergi dan balik
  2. Penginapan --- Isteri saya arranged accommodation at Marina Condo for 3 night. Dari last year wife dah booked so the rate for 3 nights = RM 260/ night... Bagi kami berbaloi sewa homestay untuk kami yang travel seramai 8 orang ni... Ada 3 bilik, ruang tamu with Astro TV and dapur yang dilengkapi dengan dapur gas dan peralatan memasak. Cuma agak terhad sesuai for masakan ringan untuk keluarga yang kecil.
  3. Transportation jugak wife yang arranged sekali dengan homestay at Marina Condo. Untuk tranpostation 4 days = RM 1000.00 termasuk
  • 11/01/2014 --- KK airport to Marina Court --- RM 80.00
  • 12/01/2014 --- Day Trip to KINABALU NATIONAL PARK & PORING HOT SPRING :
    --- RM 450.00
ITINERARY :

0800hrs : Depart from your hotel
0900hrs : Visit Rumah Terbalik ( Entrance fee at own account )
0940hrs : Visit Jambatan Gantung Tamparuli
1030hrs : Visit Nabalu Market
1200hrs : Visit Poring Hot Spring
1400hrs : LUNCH at SABAH TEH PLANTATION Restaurant
1500hrs : Visit Fish Massage at the natural setting (River at Kg. Luanti)
1630hrs : Visit Kundasang Market
1700hrs : Visit Kinabalu National Park
1730hrs : Return back to Kota Kinabalu
1930hrs : Arrive at KK & transfer to your hotel
 
  • 13/01/2014 --- Day Trip to KINABALU CITY --- RM 400.00, KK City Tour - Melawat Yayasan Sabah, Masjid Terapung Likas, Signal Hill, Muzium Sabah, Tg. Aru Beach, Shopping at Philipino Market
  • 14/01/2014 --- Marina Court - KK Airport --- RM 80.00 dapat diskaun RM 70.00
 
** Harga adalah termasuk : PEMANDU, MINYAK, PARKING & TOUR

Untuk tempahan, sila hubungi :

En. Razley @ 0167288953
Emel : razley@yahoo.com
 
 
Panduan di atas bolehlah dijadikan estimate budget... Total utk air ticket + accommodation + transportation in KK = RM 4960 for 8 persons...
 

Friday, 10 January 2014

PERCUTIAN DI KOTA KINABALU

Kami dah sampai di labuan airport transit. Sekejap lagi nak depart to kk

PERCUTIAN BUDGET KE KOTA KINABALU SABAH 11 - 14 JANUARY 2014

Hari ini aku dan fmly wife akan ke Kota Kinabalu Sabah. Masing2 ahli family wife sudah bersiap sedia menanti kehadiran subuh untuk solat dan jam 6.30 pagi kami akan bergerak dari rumah by taxi ke KLIA. Flight kami jam 9.00am dari KLIA.

Inilah itinerary flight kami. Ada transit kat Labuan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Tambang total untuk 8 orang dewasa termasuk insurans = RM 2,400.00 (RM 300/ person return)