https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label Habib. Show all posts
Showing posts with label Habib. Show all posts

Wednesday, 7 September 2016

SEMUANYA ADA DI SINI DENGAN HARGA DISKAUN

Baru-baru ini kami shopping lagi kat 11street. Bukan untuk kami sekeluarga malahan adik beradik, sepupu dan family pun tumpang sama shopping online. Kat mana lagi kalau bukan di 11street. Kenapa 11street masih menjadi pujaan hati kami sebabnya kupon dan diskaun yang ditawarkan membuatkan poket kami dapatlah berjimatkan. Bukan senang nak berjimat-jimat di zaman ekonomi sekarang ni banyak barang harga naik ditambah GST ada masanya memang terasa bebanan jugak.

Apa yang boleh dibeli di 11street antaranya keperluan baby, susu Dutch Baby, Diapers Petpet, Milo, Lipton, Telekung, Susu Kambing Wildan dan Habib, Prodiet etc.


Semua di atas pada harga diskaun yang terlalu murah dan ada yang berpatutan sangat. 

Tropika Baby Herbal Cream 50 gram x 3 pack - RM 56.53.

Petpet Day Pants - RM 58.90 harga per pack less than RM 20.00/pack.
Petpet Diapers Easy Tape - RM 67.15 harga per pack less than RM 23.00/pack.

Susu Kambing Wildan 1 kg - RM 65.00.
Wildan Mama Premium (free Shaker) 22 sachet - RM 62.00.

Habib Susu Kambing Extra (Asli Junior) 900g RM 35.00 - RM 40.00. Susu kambing ni campuran termasuk krimer bukan tenusu. Harga agak murah berbanding Susu Kambing Habib asli.

Dutch Baby Milk Powder 1kg (Twin Pack) 0-6months / 6-12months - RM 50.90

Telekung for kids / kanak-kanak RM 25.00. Pelbagai pilihan warna ada.

[Bundle Pack] Lipton 5 pack x 80pcs + free Lipton Kaw - RM 37.90.

[Bundle Pack] Milo 1.5kg (tin) + 3 in 1 (30 sticks) + free mug - RM 42.00

Prodiet Ocean Fish 8 kg Dry Food Cat - RM 44.50

[Bundle Pack] THERMOS 1.6L Flexible Lunch Jar with Bag + 0.75L Food & Beverage Jar - RM 248 after less discount RM 198

Lazada pun ada jugak offer, pengguna diapers Petpet bolehlah visit Lazada dan place order. Offer kat Lazada dan 11street ni tak tentu kadang-harga harga naik turun jugak. Sebagai pengguna yang bijak ada rezeki lebih bolehlah grab offer pada harga diskaun.

Sepupu wife pun dah suruh wife tolong orderkan di Lazada, in future stock untuk anak yang masih pakai diapers. Murah ada yang less than RM 20/pack. Petpet Day Pants Diaper Mega Packs less than RM 26/pack.

Untuk penjimatan di 11street jangan segan silu sign up sebagai member. Mana tahu ada kupon diskaun up to 90%.

11street ni buat masa ni banyak jugak kupon diskaun walaupun takdelah sebanyak dulu tapi masih consider ok sebab boleh berjimat jugaklah. Baru-baru ni ada 11Mon Go menawarkan credit up to RM 10.00 setiap set 11Mon Go yang ditangkap dan peluang mendapat kupon 50% maksimum diskaun RM 30.00. Memang syok jugak dapat beli barang pada harga murah.


Sekarang ni kat 11street ada menawarkan kupon Fantasia Giveaway unlimited limit 1 coupon/ID. Jom download kupon untuk penjimatan berganda.





Wednesday, 20 July 2016

KARIHOME GOAT MILK INFANT FORMULA-STEP 1 (0-6M)

Susu yang terbaik bagi bayi dan fakta ini tidak dapat dinafikan. Tapi wife aku pulak susunya makin merudum bila dah sebulan dalam pantang. Sebagai alternative bagi baby kami mendapat susu yang mencukupi, jadi aku membeli susu formula S26 600gram RM 43.90 di Speedmart pada 12/062016 bermulalah episode baby kami minum susu formula. 3 kotak susu S26 600gram abis dalam masa tak sampai sebulan. Walaupun minum bersulam susu ibu tapi masih memerlukan susu formula yang banyak jugak dan agak costly. Tak sampai sebulan RM 43.90 X 3 kotak = RM 131.70.

Masa balik kampong di hari raya, susu S26 kehabisan stok, maka wife aku memberikan baby kami Anmum 350gram sample yang adik ipar aku dapat. Adik ipar aku ada baby berusia 6 bulan++ yang sepenuhnya susu badan jadi sample susu anmum yang dia dapat ditinggalkan di kampong. Rezeki baby aku dapatlah menampong keperluan susu semasa susu S26 kehabisan stok.

Semasa di kampong, wife aku masih tidak ketinggalan mendownload kupon diskaun di 11street. Dengan kupon tersebut wife aku mencari barang yang boleh dibeli dengan menggunakan kupon tersebut. Sebab baby kami hamper kehabisan stok FM maka wife aku focus kepada FM. Wife aku memilih untuk mencari alternative S26 kepada Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 (0-6M).

Sperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi. Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan protein supaya hampir sama seperti susu ibu walaupun tidak dapat menandingi kehebatan susu ibu.

Wife order Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 (0-6M) kat 11street 400gram RM 34.00. Harga agak murah disebabkan ada kupon diskaun pada 11/07/2016. Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 sampai di rumah kami pada 14/07/2016. Bertahan seminggu setin susu.

Disebabkan stok susu dah semakin nak abis, jadi wife order setin lagi semalam di 11street jugak. Menggunakan kupon diskaun tapi kali ni taklah banyak sangat diskaun RM 5. Nasib baik wife ada redeem point menjadi credit RM 10. Harga selepas kupon diskaun dan credit untuk Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 400gram RM 43.00.

Harap lepas ni adalah lagi kupon diskaun kat 11street atau online shop. Kami masih memerlukan stok Karihome Goat Milk Infant Formula-Step 1 sehingga baby kami berusia 6 bulan. Dah 6 bulan ke atas kami akan mencuba memberikan susu kambing yang lain. Kami ada membeli stok Habib Susu Kambing (Asli) 500g - 2 Kotak.

Habib Susu Kambing (Asli) 500g - 2 Kotak, kami beli di 11street pada  harga RM 65.36 setelah ditolak kupon diskaun dan credit yang ada. Susu ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dan jugak semua peringkat umur yang lain. Jika tak sesuai dengan baby kami nanti, mak dan bapak baby boleh abiskan, takdelah membazirkan. Jika susu rumusan khas untuk bayi memang tak lalu lah kami nak minum hehe.

Selain Habib Susu Kambing, terdapat susu kambing jenama lain di 11street seperti Lazz, Wildan. Lazz dan Wildan wife pernah beli sebelum ni di 11street.

Selain daripada membeli Susu Kambing untuk baby kami, kami membeli diapers bagi menampung keperluan baby kami. Baby kami yang berusia 2 bulan++ masih memakai diapers bersaiz S. Kami ni takdelah setia pada 1 brand je. Baby kami sejak lahir dah pakai macam2 brand diapers kebanyakkan kami dapat sample request by online dan hospital pun turut bagi sample diapers semasa wife discharge. Alhamdullilah baby kami tidak mengalami alahan memakai diapers pakai buang. Jadi kami memilih diapers pada harga yang menjimatkan.

Petpet Diapers Easy Tape (Size S84) (3 Packs) kami beli online di 11street pada harga RM 68.10 (RM 22.70/pack) dengan menggunakan kupon diskaun. Jimatkan berbanding beli di tempat lain.