https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label FIREFLY FY. Show all posts
Showing posts with label FIREFLY FY. Show all posts

Thursday, 10 September 2015

Tambang Murah Firefly RM 29 dan Air Asia RM 10

Bukan senang nak dapat offer semurah RM 29 sehala bagi perjalanan Domestic. Wife aku rajin survey flight ticket for next year trip. Hasilnya berjayalah grab tiket untuk cuti-cuti Malaysia pada tahun hadapan dengan aku dan family dia.
 
24 - 25 Januari 2016 pergi Alor Setar short trip je 2 hari 1 malam, wife tengok calendar Hari Taipusam pada 24 Januari hopefully betullah calendar yang wife tengok. Kalau bukan Public Holiday maknanya kena apply Annual Leave. Wife cadang pergi rumah sepupu aku so boleh cut cost stay there for 2D1N bukan lama pun nak menumpang rumah sepupu. Lagipun sepupu aku bukan ada anak kecik semua dah besar panjang. Selesa jugak kalau menumpang rumah dia untuk cuti2 Alor Setar ni. Bukan senang nak dapat tiket murah RM 163.70 untuk 2 orang so RM 81.85 dah termasuk travel insurans.
 
 
7 - 9 Februari 2016 pergi Kuala Terengganu short trip jugak walaupun 3 Hari 2 Malam tapi singkat sebenarnya sebab masa pergi dah lewat petang dan masa balik awal pagi, wife tengok calendar Hari Raya Cina hopefully betullah calendar yang wife tengok. Kalau bukan Public Holiday maknanya kena apply Annual Leave. Bukan senang nak dapat tiket murah RM 163.70 untuk 2 orang so RM 81.85 dah termasuk travel insurans.
 
Tiket Subang - Langkawi untuk 4 orang RM 173.24 termasuk insurans = RM 43.31 sorang
 
Tiket Langkawi - Subang untuk 2 orang RM 86.62 termasuk insurans = RM 43.31 sorang
Tiket Subang - Langkawi return untuk 3 orang RM 245.55 termasuk insurans = RM 81.85 sorang
 
17 - 20 Februari 2016 pergi Langkawi 4hari3malam. Wife bookkan untuk family dia tapi buat partial sebab tak dapat tiket murah sekali harung. Kemungkinan yang akan pergi 7 orang (satu family). Tapi perancangan maybe masa nak pergi ada yang tak dapat join. Wife tolong grabkan tiket murah yang mana boleh dapat walaupun bukan semua dapat. Setakat ni pergi semua lepas tambang RM 29.00. Balik yang lepas tambang RM 29.00 hanya 5 orang itupun tak sama flight. Janji balik sama hari. Cuma 2 tiket return still pending / on hold sebab adik wife + suami maybe tak join. So tiket yang nak amik burn jela. Jika dorang tukar nak join tinggal tiket return je kena beli last minit nanti. Hopefully adalah tiket yang masih harga berpatutan nanti.
 
 
19 - 22 March 2016 pergi Kota Bahru 4hari3malam. Wife bookkan untuk family dia kemungkinan yang akan pergi 7 orang (satu family). Tapi perancangan maybe masa nak pergi ada yang tak dapat join. Wife tolong grabkan tiket murah yang mana boleh dapat semua lepas tambang RM 29.00 pergi balik sama flight.
 
19 - 22 March 2016 pergi Kota Bahru 4hari3malam. Wife bookkan untuk aku tapi lain flight sebab tak dapat beli sekali harung 8 orang. Wife aku ni bukan niat nak pisahkan aku dengan dia tapi dia tahu aku bukan confirm boleh join bergantung pada cuti. Wife aku book jugak tiket untuk aku dengan harapan aku boleh join. Lagipun wife aku tahu yang aku boleh manage myself masa check in flight nanti. Kalau aku tak tahu nak check in jugak ntahlah memang kena humban ke laut lah. 
 
 

FREE SEATS

    
       
: 1 March 2016 - 29 October 2016        
       
Travel Notes
- Advanced booking required.
- Fares are not available during embargo period.

 
 

 
13 September 2016 pergi Kuala Terengganu. Wife bookkan sekali harung 8 orang. Wife aku book jugak tiket untuk aku dengan harapan aku boleh join. Tiket RM 197.16 untuk 8 orang = RM 24.65. Ini termasuk luggage 20kg.
 
13 September 2016 pergi Kuala Terengganu. Wife bookkan sekali harung untuk pakcik dan isteri serta 2 anak, 4 orang semuanya . Tiket RM 84.80 untuk 4 orang = RM 21.20. Ini tidak termasuk luggage so dorang hand carry beg masa boarding nanti.
 
Tiket Kuala Terengganu return still pending / on hold lagi. Air Asia return tiket still mahal. Flight yang lain Firefly, Malindo, MAS masih belum buka tempahan lagi. Lama lagi almost 1 year + baru nak pergi. Reason amik tiket pergi awal sebab nak grab tiket murah. Sebab tak amik tiket lebih awal dari bulan 9 sebab nak lepaskan dulu trip2 yang dah book by Firefly. Bolehlah start saving sebab lama lagi trip ni. Return maybe if xde tiket flight murah so naik bas je la masa balik hehe. Boleh berpecah ikut destinasi akhir masing2, Selangor, Perak dan Pahang. Senang blh semua terus balik ke rumah masing-masing tanpa transit.
 
Grab je tiket tapi itinerary nak pergi mana still pending. Kena bincang semula dengan family yang mana trip pergi dengan family. Pergi ramai-ramai banyak benda yang kena amik kira untuk keselesaan sebab ada mak ayah (warga emas) dan adik ipar dan biras OKU penglihatan. Wife aku niatnya nak bawa family dia join sebab nak bagi merasa walaupun akan ada kekangan yang akan timbul masa travel nanti. Wife yang akan atur accommodation dan transport. Cadangan ke Kuala Terengganu maybe pergi Pulau. Apa-apapun kena bincang dengan pakcik makcik sebab dorang pun join sama. Hopefully akan bertambah meriah trip naik Air Asia sebab sebelum ni belum pernah jejak kaki lagi naik Air Asia serta percutian bersama pakcik makcik dan anak-anakdia. Alasan naik Air Asia kali ni sebab tambang murah. Firefly RM29 cuma nak dapatkan tiket pergi ramai-ramai payah. Tu yang kena consider Air Asia walaupun kos transport ke KLIA2 bertambah sebab jauh dari rumah compare naik Firefly dekat Subang airport.
 
Duit inshaallah boleh dicari yang penting nak bagi family happy sementara masih ada kesempatan nak berbakti kepada family. Masa sebelum kahwin, wife tak pernah bawa family ke mana-mana sebab kekangan masa. Bila dah kahwin dia belajar pergi travel dan dialah yang uruskan dari tiket, accommodation, transport, meal etc.
 
Wife aku bukan taknak plan bawa family aku, pernah jugak dia plan masa adik ipar aku belum meninggal lagi tapi tak kesampaian adik ipar aku meninggal di usia muda. Nak ajak mak ayah aku pun payah sebab ayah aku kerja security payah nak amik cuti. Mak aku lagilah gayat tempat tinggi. So memang tak dapatlah family aku nak join pergi sama bercuti dengan flight. Inshaallah bercuti dengan kenderaan darat.


Wednesday, 27 November 2013

LEGOLAND COMBO VOUCHER KIDS FOR FREE 1 PAYING ADULT

 
Wife aku ada beli susu dutch lady maka dapatlah the above voucher kat belakang kotak tersebut. Combo Voucher Kids Go Free with 1 paying adult to Legoland Malaysia Resort Theme Park + Water Park. Water Park ini baru buka kan last October lepaskan ... Validity this voucher 1 November till 30 April 2014.
 
Wife aku memang ada plan nak p Legoland masa kami p JB hari merdeka lepas tapi masa kami agak terhadla. Lagipun kami masih takde kids so takla meriah mana pi kat sana. Aku ni pun bukan kaki jalan theme park ni. Setakat Genting aku pernah p tapi tak amik pun ticket untuk main permainan di sana... Macam wife aku yang masih berperangai kanak2 ribena nak merasalah main kat theme park ni. Maklumla masa kecik2 dulu mana la FIL + MIL aku mampu bawa wife aku p travel.. Setakat Fun Fair dekat2 umah tu pernahla wife aku pi...
 
Tapi aku ni malas la nak jadi kanak2 ribena lagi... Jadi Monster aku layakla... Lepas kahwin badan aku naik berganda macam "ular sawa"... WIfe aku macam biasala maintain "ular lidi".
 
Sekarang ni kan Firefly sedang buat promo domestic flight from RM 35 onward... Wife aku minta izin bolehker dia book pi Legoland next year maybe in March... Sambil2 gedik2 ngan aku biasala adalah yang dia nak lagi pada aku... Dia plan nak p Legoland boleh tak bawa budak2... Aku cakap bawa sapa "Budak kenit tu lagi ker"... Budak kenit yang aku maksudkan adalah Adah yang ikut kami masa ke Langkawi... Wife aku plan lain pulak... Cos dia tau aku tak berapa suka sgt budak kenit tu... Bukan apa suka sangat menangis aku rimas, maklumla umur dia masih 3 thn ++.
 
Wife aku plan nak bawa anak SIL aku aka Biras dia... Dia boleh bawa setakat 2 orang, sedangkan ank SIL aku ada 3 yang kids sorang masih infant. Konon2nya bawa bulan 3 so merangkap birthday present dua anak buah aku yang lahir bulan 3 tu... Tapi SIL aku masih belum bagi kata putus izinkan anak dorang join ker tak... Pendapat korang macam mana ok tak bawa 2 org anak buah... Tapi yang sorang lagi mungkin akan terasa dipinggirkan pulak... Kalau wife aku plan bawa tiga2 anak2 buah aku valid tak voucher di atas untuk tambahan sorang lagi kids... Aku ni tak berapa alert sangat pasal voucher2 ni...
 
Plan asal aku + wife bawa 2 kids sahaja gunakan 2 voucher seperti di atas... Kalau tambahan 1 more kids masih bolehker dapat Kids go free... Buat makluman anak SIL aku berumur 9, 7 dan 5 tahun pada tahun hadapan...
 
Kalu korang ada pengalaman guna voucher Kids go free share2 la kat blog aku... So bolehla wife aku plan for travel lagi... Kami plan p by Firefly return... Kalau nak bagi budak2 merasa nak Firefly dan KTMB maybe kami amik tiket sehala by Firefly and return by KTMB.
 
Hasil carian tiket Firefly untuk 5 orang from Subang ke JB untuk 2 adults aku + wife , 3 kids
 
 
Expected Budget.
Firefly Subang ke JB total RM 350 excluded insurance.
Legoland Entrance Fees for Combo  = RM  150.00 / adult x 2 = RM 300 , Kids go free
Hotel = RM 200.00 - RM 250.00
Bus / Taxi from house to Airport return and JB Airport to Legoland / Hotel Return = RM 150.00
Food & Beverage = RM 150.00
Misc = RM 50.00
Total expected budget + - RM 1,250.00
 
Korang rasa ok tak ker budget tersebut untuk travel ke Legoland with 2 adults + 3 kids...Kalau korang ada info lebih pasal Kids go free share kat cni... Kalu 1 adult boleh dapat Kids go free untuk dua kanak2, my wife kena sediakan budget seperti dia atasla... Biasala wife aku yang kena belanja hehe... Aku maybe belanja bab food & beverage insyaallah.... "Sharing is Caring, Caring is Loving"
 

 
 
 

Tuesday, 26 November 2013

ANTARA AK DAN FY MANA PILIHAN KORANG

Bersetujukan anda flight ticket yang ditawarkan oleh Air Asia dan Firefly memenuhi keperluan budget percutian korang.


 

 
 
 
 Manakala Firefly menawarkan promo seperti berikut....


Aku cuba buat comparison, dan aku dah dapat resultnya mana yang menawarkan harga yang bagi aku amatlah memebuhi budget percutian aku...

Aku bercadang nak bercuti di Johor Bahru... Departure on 10 May 2014 dan Return on 12 May 2013. Kali ini aku bercadang ingin ke Taman Tema Legoland... Harga yang aku dapat by Firefly dan Airasia adalah seperti berikut:

Firefly bagi sorang adult:
So total Firefly Air Ticket exclusixe insurance  = RM 70.00 return / person
 
Manakala bagi Airasia depart and return on the sama dates as above, aku dapat itinerary seperti berikut:
 

 
Airasia fare RM 136 / per person return excusive airport tax, fuel surcharge, luggage total inclusive all at the moment RM 251.00
 
So buatla comparison sebelum membeli your air ticket... Korang ada pilihan... If korang tak dapat harga promo masa hari yang korang rancang untuk bercuti korang boleh tunda percutian korang tu... Kena bijak merancang baru dapat berjimat...
 
 
 
Dan Promo terbaru Firefly
 
"Sharing is Caring, Caring is Loving"
 
 

 

Monday, 18 November 2013

PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU

we are request late check out at 2.00 pm. But we decide to check out at 1.30 pm. After check out, we drop our luggage to storage meanwhile we go to Pasar Payang for shopping. My SIL already order ole2 from Pasar Payang. My SIL at Merak just order Kopok Lekor, Kopok Keping dan Kopok Sira. One more SIL at Flora Damansara order Kain Batik.

 
Antara kopok yang wife tolong belikan for my SIL aka her biras.
 
Total belanja kopok lekor, kopok kering, belacan, asam, lempok durian, dodol daun palas, kopok sira kat Pasar Payang RM 150.00
 
SIL aku yang bakal jadi mom to be kirim kain batik. Wife aku tolong belikan sehelai.
 

Batik Lukis di atas RM 25.00 sehelai

 
SIL aku berkenan yang warna hitam ijau kat atas. Wife aku pun dah belikan for her.
 
 
My wife borong jugak kain batik kat sana beberapa helai for her and her family, total abis RM 136.00.
 
Berakhirla aktiviti shopping di Pasar Payang. Kami naik beca ke Grand Puteri, tambang beca RM 10.
 
Rest kat lobby tunggu taxi datang at 6.00 pm... flight kami at 7.40 pm...
 
  

 
 
 
Antara kain batik yang wife beli untuk diri sendiri dan familynya...
 

 

Sunday, 22 September 2013

JALAN-JALAN LANGKAWI 2ND TIME WITH WIFE & FAMILIES 15.09.2013 TO 19.09.2013 AKA CUTI HARI MALAYSIA

kali ini aku updatekan percutian kami kali kedua ke langkawi. kali ni percutian ini agak lama bermula 15.09 hingga 19.09.2013. Tapi saying aku x join wife dan familynya lama cos aku ada appointment dengan doctor... mmg wife aku agak frust jugak tp bagi dia memadai aku join p sama2... kami pergi 6 orang, aku, wife, MIL, BIL, SIL and anak buah yg join masa 1st travel langkawi masa aku p honeymoon bulan 2 lalu. Kami pergi by firefly. Tiket mcm biasa ditaja oleh wife. cuma SIL aku bayar tmbg sendiri.

Flight kami petang pukul 5.00 lebih. perjalanan kami berjalan lancer smpai ke destinasi. pertama kali jugak MIL, BIL dan anah buah wife aku naik flight... Tempat duduk masing2 terpisah sbb wife aku book lain2..

Sampai di Langkawi pukul 6.00 lebih jugak. Terus kami menapak ke One Helang Hotel. Hotel ni sebelah Langkawi airport so xdela masalah sgt xde transport. Wife amik 2 bilik 1 untuk kami, 1 lagi MIL share dgn BIL, SIL dan anak buah. Okla bilik One helang mmg agak besar mmg selesa siap ada bath tub lagi mmg anak buah seronokla berendam... xyah p swimming pool pun xper...

Kami x p mana2 just rest bilik. Esoknya breakfast cos inclusive dgn rate bilik. Makanan yang disediakan boleh tahanla walaupun x byk pilihan tapi okla rasa dia not bad... aku mmg makan smpai kenyang... wife aku biasala x mkn byk... family dia yang lain pun sama...

lepas makan terus naik bilik... tapi wife aku turun balik cos temankan anak buah dia mandi swimming pool pulak... walaupun x bawa baju swimming belasah jer pakai baju biasa... itu jer yang ada...
 
Anak buah wife bergambar sebelum menaiki pesawat... 1st time naik flight anak buah ni enjoy...


Kete sewa yang disewa pada hari kedua hingga 19.09.2013. Kadar sewa RM 50 sehari. Sewa dgn cousin wife yang berada di Langkawi.

 
Anak buah dapat bag wife aku belikan... harga masa beli dalam RM 90.00.
 
 
Selepas check out one helang, aku terus blk subang by Malindo cos aku ada appointment dgn doctor.  aku masih dalam MC masa aku travel... wife aku dan family dia meneruskan travel. wife aku tukar tmpat menginap yang lain kat area pantai cenang pulak... 2nd day bermalam di Rasa Eksotika... Biliknya not badla cuma jauh dari pantai... 3rd - 4th day kat CD Motel, chalet yang pernah kami stay masa bulan 2. okla kali ini lagi murah RM75 utk bilik family. bilik pun mmg dekat laut mmg snng sgt nak berendam... Cuma yang x bestnya kali ni byk sgt batu dalam laut x mcm 1st time kami p bulan  2... ntah dari mana dtg batu2 not sure... anak buah pun x nak mandi mmg x enjoyla... takut terpijak batu2 yang tajam... next time ada rezeki p lagi maybe nak tukar angin stay kat tmpat lain pulak... harap2 murahla lagi rezeki wife aku hehe...
 
Wife aku kali ni byk beli coklat, beg pun bertambah, bukan wife aja beli, MIL dan SIL jugak turut tambah luggage cos masing2 beli periuk kaca.. MIL dan SIL aku beli vision, wife aku beli corning ware....
 
 
 
Bag wife aku color hitam, SIL pink dan MIL blue... ketiga2 bag ini digunakan utk sumbatkan periuk2 kaca yang dorang beli... masing2 malas nak hand carry... Alhamdulillah sampai dgn selamat corningware wife aku wlp dalam luggage.
 

 
 
Corning ware wife aku ada 3 set... tapi  amik gmbr semuala... senang masak terus hiding.  beli set ini dapat free pyrex oblong... okla ada free gift lagi walaupun melayang RM299 utk set ini... duit wife biarla dia beli apa yang dia nak... Sbb aku dah balik dulu mmg dorang snng nak shopping bagai sbb kalau aku ada mmg aku pantau wife ni... wife aku ni keja swap jer CC...
 

Thursday, 5 September 2013

BUDGET PERCUTIAN DI JOHOR 2D1N - FLIGHT, TRANSPORT & ACCOMODATION PULAI SPRING RESORT

Travel date     : 31 August 2013 (Merdeka day) - 1 September 2013
  1. Tambang bas  : U81 Mahsing - Subang Aiport RM 1.00/pax x 2 pax return = RM 4.00 (cos motor tinggal di umah adik di Merak Apartment)
  2. Flight Ticket  : RM 275.00 for 2 pax (ticket fare RM 98/pax return + insurance & seat) - lain kali wife xnak beli seat buat bazir jer... cos 1st time travel by flight tak pandai lagi nak manage
  3. Pulai Spring Resort : RM 216 (advance payment reservation by asiaroom)
  4. Taxi Senai Airport to Pulai Spring RM 44.00, Pulai Spring Resort to JB Sentral RM 26.00 so total RM 70.00
  5. Ticket Movie KL Zombi for 2 pax + Popcorn Combo = RM 40.00
  6. Bus ticket JB Sentral by Causeway for 2 pax RM 8/pax = RM 16.00
  7. Food and beverage RM 70.00
So  my expenses RM 114.00 (food beverage + movie ticket), wife travel expenses RM 577.00, total for this trip RM 691.00.

Sape2 yang ingin merancang percutian yang lebih budget bolehla memilih penginapan yang lebih murah dan land transport. By flight jimat masa dan jimat belanja if rancang travel awal di saat tiket masih murah.

Monday, 2 September 2013

JALAN2 HARI MERDEKA DI JOHOR BAHRU 31.08.2013 (2D1N)

1st time aku ngan wife naik flight sama-sama. Wife aku la yang sponsor tiket Firefly dari Subang ke Johor bahru. Pengalaman baru bg wife aku dalam travel. Sebelum ini wife aku ke mana2 by land transport... Selepas kwin pandai langkahnya dah pandai travel by air... yang untung aku la xyah kuar duit my wife uruskan everything start from flight, accommodation etc... mmg bertuahla aku rezeki pas kwin berjalan sokmo. Aku bukannya rajin nak berjalan lagi suka memerap kat bilik... wife aku mmg marah2 jugak dia kata kalau nak memerap baik dok umah...

Wife memilih flight pagi sbb senang sampai awal banyak masa... Flight kami pukul 8.50 am sampai JB dekat kul 10.00 am... lepak kat Senai mkn Fast Food KFC bg alas perut. Aku siap tapau utk mkn kat resort nnt... Wife book bilik kat Pulai Spring Resort... Rate resort tu ada offer kata wife, wife buat reservation melalui asiaroom. Wlp kena advance payment tapi quite okla cheaper la rate dari yang dipublishkan di website Pulai Spring inclusive breakfast. Sebelum hari ketibaan wife menerima email dpd pihak resort. They asked us to update bilik yang kami nak sama ada smoking / non smoking, type of bed twin / king, permandangan samada pool view / golf view. Bilik pilihan wife non smoking with king size and golf view. Wife aku xkan pilih pool view sbb dia tau aku ni miang jugak suka cuci mata bila pool view.


Pemandangan melalui bilik kami tingkat 4. Bangunan yang sama dengan lobby resort.

 
Pemandangan Di Lobby resort
 
 
Kami menuju resort by taxi berkupon. mmg agak mahalla rate dorang caj RM 44 dari Senai airport ke resort. Sampai resort kami request early check in tapi bilik masih belum tersedia kena tunggu kat lobby. Mmg take time, reception pun x berapa friendly so mood pun dah jadi tak best... dapat bilik terus rest... bilik okla besar mmg puas hati... swimming pool dia pun ok, not badla stay kat resort ni. cuma kalu nak kemana2 tnpa tport sendiri mmg payahla.
 
Kami makan dinner dgn kfc yang aku take away. So xdela berlapar. Sbb kami mmg x ke mana2.. memerap kat resort jer... esoknya breakfast kat resort... menu dia blh tahan walaupun xdela byk sgt pilihan.
 
Kami check out kul 12 noon. Wife dah siap2 call taxi bermeter iaitu taxi radio utm 075537226. Wife sempat google internet. Wife aku mmg bijak dan panjang akalnya. Perjalanan kami terus ke JB Sentral disbbkan flight kami pun lambat lagi 6.40 pm. kami ada masa beberapa jam lagi. Caj taxi kami hnya RM 26 dari Pulai Spring ke JB Sentral. kami terus p ke City Square, abiskan masa tgk movie. kali ni aku yang belanja, kami tgk citer KL Zombi kat Cathay Cineplax kat City square. Wife aku la yg kena belikan tiket... Aku malas bab2 membeli ni... semua diserahkan pada wife hehe...
 
Selesai tgk movie terus amik bas causeway link terus ke airport senai. senang la kat Johor ni mudah dapat transport. Tambang pun xdela mahal sgt RM 8/ pax.
 
Sampai Senai, makan kfc lagi... pass check in dapat tau flight delay disebabkan bad whether hujan so terpaksa tunggu 40 minit lagi. 7.20 flight kami sampai terus naik dan meneruskan perjalanan ke Subang. Sampai Subang airport terus menuju ke bas stop tunggu bas U81 ke Mahsing. Berakhirla percutian kami di Johor. Walaupun singkat tapi sbb nak merasa naik flight kira okla berbaloi. Lgpun tambang flight xla mahal mana pun RM49 sehala... Wife dah buat reservation awal2 masa tambang masih murah... Terima masih ayang (panggilan manja untuk wife) yang menaja percutian abg di Johor Bahru.... Love you ayang so much.... Muaahhhhhhhhhhhhh..... Next time kami akan ke Langkawi for 2nd time bersama... Will update soon