https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday, 29 June 2014

MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADHAN 1435H

Semalam 1 Ramadhan 1435H, berbuka puasa di rumah family saya. Semua adik beradik berkumpul penuh satu rumah. Anak-anak buah seramai 12 orang. Antara menu yang dihidangkan, ada yang dimasak di rumah , ada yang dibeli dan dibawa oleh adik beradik yang datang berkumpul sama-sama berbuka puasa.

Kurma

Nasi Goreng yang wife masak tapi disebabkan terlalu banyak telur dadar dan sosej sebagai hiasan nasinya tak nampak.
 
Nasi Dagang
 
Kari Ayam
 
Sayur Sawi Tumis
 
Pulut Bungkus rasanya ala-ala lemang kerana di masak dengan santan
 
Lepat Pisang dan Tepung Pelita
 
Roti John
 
Popia Goreng dan Buah Melaka
 
Air Tembikai Susu
 
Air Teh Susu
 
 Air Teh Bunga

Air Koktel Buah-buahan Tanpa Susu 
 
Alhamdulillah semua makanan dan minuman abis dimakan, tiada pembaziran. Ramai-ramai makan memang menyelerakan tambah-tambah masa berbuka puasa.
 
 
Bulan puasa ni page view blog pun meningkat mendadak. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ni.
 
 
 

5 comments:

  1. Dulu suka nasi dagang..sekarang x suke lagi..
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dagang ni sedap jugak. Mak saya masak tanak jer mcm nasi biasa. Nak kukus-kukus macam remeh sebab nak makan ramai.

      Delete
  2. meriah dengan menu, macam2 ada ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ramai2 memang meriah menu. Kalau makan dengan wife satu menu per day itupun biasanya carried forward makanan yang sama selagi tak abis. Nak buang sayang, membazir.

      Delete