Kurma sinonim dengan bulan Ramadhan. Sebelum datangnya Ramadhan, ramai yang membeli kurma untuk persediaan menyambut Ramadhan dan berbuka puasa. Sunnah Rasulullah, berbuka puasa mesti didahului dengan kurma.
Rasulullah juga berbuka puasa dengan kurma, jika tiada kurma barulah baginda akan berbuka dengan seteguk air..
Kelebihan kurma :
- Kurma adalah bebas kolestrol dan rendah kadar lemaknya. Ia kaya dengan mineral dan vitamin.
- Kurma kaya dengan protein, serat dan juga kandungan B1, B2, B3 dan B5 beserta vitamin A1 dan C.
- Kurma meningkatkan sistem penghadaman kerana ia mengandungi serat boleh larut dan serat tidak boleh larut dan beberapa jenis asid amino.
- Kurma adalah pemberi tenaga segera yang hebat kerana ia mengandungi glukosa, sukrosa dan fruktosa yang tinggi.
- Kurma kaya dengan potassium dan rendah sodium. Ia membantu untuk mengawal sistem saraf. Kajian mendapati, pengambilan potassium cukup pada tahap tertentu boleh mengurangkan risiko strok.
- Kurma kaya kandungan zat besi dan membantu mencegah anemia. Pesakit anemia digalakkan untuk makan kurma untuk pemulihan. Kurma juga mempunyai kandungan flourine yang melembapkan kerapuhan gigi.
- Kurma juga membantu meningkatkan berat badan kepada mereka yang sangat kurus.
- Kurma dapat mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.
- Kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
- Kurma dapat membantu membantu mengatasi masalah sembelit.
- Kurma juga mengurangkan masalah penglihatan dan membantu mengurangkan rabun malam.
- Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”
- Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
- Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma:
0 comments:
Post a Comment