Pagi ahad wife aku ajak aku p temankan dia beli lagi barang2 untuk dia buatkan menu for dinner... kenapa aku ckp for dinner cos lunch hour wife aku suruh aku perhabisankan dulu mee goreng yang dia masak malam sebelumnya... N3 sebelum ni aku ada bagitau wife aku masak mee goreng for dinner carried forward to breakfast dan seterusnya carried forward to lunch selagi mee goreng dia tak abis... Nasib baikla mee goreng dia masak boleh tahan sedap bolehla aku makan berulang2.
Wife aku cadang nak masak waktu petang utk dinner punya. Kebetulan adik ipar aku aka biras dia yang request spagetti yang sebelum ni dia pernah masak campur cream cheese. Macam2 la dorang ni punya request bukan nak cut cost menambahkan cost adalah lagi... Wife aku ni jenis tak kisah if ada budget. Maka dia mengajak aku p shopping barang tambahan untuk spagetti dan bahan2 untuk membuat bubur durian dia... Durian yang aku beli masa memujuk dia masih ada di simpan dalam peti sejuk.
Tapi aku memberi alasan aku sakit kepala. Aku suruh dia p naik bas kul 12.30... Masa balik shopping baru aku jemput... Wife aku jual mahal katanya takyah jemput2 dia boleh p dan return by bus... Hehe senangla ckit aku boleh bersenang lenang sambil dengar radio...
Sedap2 aku nak terlelap dia boleh hantar msg kat aku "abg jemput ayang kul 2 pm"... Tadi jual mahal alih2 suruh jugak aku datang jemput... Aku pun datang jemput dia dari shopping. Sempatla aku beli sekor ayam untuk stok minggu ni... Seekor berat 2.3kg RM 12.75. Okla kan not badla harga dia... Harga ayam RM 5.40/kg.
Antara barang2 yang wife beli adalah untuk spagetti dan bubur kacang nak dia buat. Yang lain kacang kuda untuk stok masak lain kali, nutrigen dan chupa churps utk anak2 buah aku, orange jus abis aku minum sorang.
Bahan2 nak buat bubur durian... Macam dalam gambar, durian yang masih berbaki, daun pandan RM 0.50 guna separuh sahaja, kacang ijau tak sampai 1/2kg RM 2.20 dan santan frozen RM 4.00. Total budget setakat ini RM 6.70.
Setelah dimasukkan santan, durian, daun pandan, gula melaka, gula dan garam secukup rasa.... Done bubur kacang durian.. Biji2 durian pun nak bergambar sama hehe... Wife aku masukkan durian sekali biji2nya... memang dasar M...
Bahan2 untuk spagetti pulak... Dulu aku ada snap bahan2 yang wife aku dah beli... Ini just add on bahan2... Bukan cut cost budget bertambah2 pulak budgetnya... Bahan2 yang wife aku beli untuk add on dalam menu spagetti dia... Agak costly la jugak... Budget beli bahan pakai abis mentega RM 3.80, Cream Cheese RM 6.50, tomato puree RM 2.50, Carrot RM 1.00 dan Olive Oil RM 17.90... Olive Oil xdela guna semuanya.. Guna untuk menumis bahan2 jer... Nanti aku updatekan apa bahan2 yang perlu ditumis... Hehe... Macam segmen masakan Mat Gebu jela.. Tapi aku ni tak pandai sgt menulis.. Lagipun wife aku pun takla pandai memasak menghancurkan menu adalah...
- Carrot wife guna dua biji dipotong dadu kecik2. Wife aku taknak simpan cos takut jadi macam ni... Layu di tasik madu haha... Wife aku rajin beli tapi memasaknya kadang2 M... Lastla carrot jadi lagu ni...
- Tomato pun dipotong kecik2.
- Cendawan butang dipotong dua.
- Yellow onion, wife guna 2 biji dan 4 ulas garlic dikisar guna tupperware gadget... Wife pun main belasah ikut suka2 hati cipta menu dia sendiri... Tak buka langsung buku resepi yang ada... Macam pro konon2nya... jangan hasilnya hancur sudahlah "tong sampah" lah jawabnya nanti hehe... Bukan nak kondem wife tapi kenyataan wife aku masak suka2 hati dia jer...
- Tomato puri tin kecik
- Sos spagetti kimball
- Refer to Bahan2 yang perlu di siapkan
- Sediakan pan dan panaskan olive oil untuk menumis
- Apabila olive oil panas, tumiskan yellow onion dan garlic yang dikisar sampai naik baunya.
- Masukkan cili giling kalau suka pedasla... Kalau tak nak terpulang...
- Masukkan daging kisar.
- Gaul sebati kemudian masukkan carrot dan tomata yang dipotong dadu tadi.
- Gaul sebati dan masukkan sos spagetti Kimball, tomato puri, mentega dan creem cheese... Wife aku ni main campak2 jer suka2 hati dia jer mmg tak follow resepi pun... Kalu korang ada resepi yang betul followla resepi tersebut.. Kalu takde korang followla resepi campak2 wife aku hehe...
- Tambahkan air secukupnya... Tapi wife aku ni melampau kuahnya melimpah ruah... Korang renihkan dengan api perlahan... Kuah ni akan bertambah sedap bila kita renih lama2... Korang boleh tambahkan dry bay leaf dan organo herb... Korang setla berapa lama korang dan renihkan kuahnya... Tambah garam secukup rasa... Tapi wife aku tak tambah garam pun... Wife aku memang suka2 hati dia jer... Garam pun nak jimat...
0 comments:
Post a Comment