Badan & Nyawa adalah sepasang suami isteri. Semasa mereka melayari internet dan membuat google search pasal belanjawan, mereka telah menjumpai satu kaedah membuat belanjawan rumahtangga. Badan & Nyawa  sebulat hati dan suara ingin mengaplikasikan kaedah tersebut dalam menguruskan ekonomi rumahtangga mereka. Dalam kaedah ini Badan & Nyawa 
memerlukan beberapa keping sampul (balance sampul kad kahwin yang masih berbaki), list of their budget and expenses serta computer and printer untuk melakukan 
aktiviti ini....
Langkah 1 : Menyediakan 
bajet bulanan
Badan & Nyawa harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada setiap bulan dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan kita. Badan & Nyawa sebulat hati dan suara membuat perkongsian pendapatan. Badan mempunyai pendapatan tetap RM 1,500.00 sebulan hasil daripada menjual tempe dan Nyawa mempunyai pendapatan tetap RM 1,175.00 sebagai cleaner di Syarikat Mashood Al-Buaya Sdn Bhd. Maka jumlah pendapatan Badan & Nyawa sebulan adalah RM 2,675.00.

Langkah 2: Bahagikan 
perbelanjaan kepada beberapa kategori.Teliti dulu bajet kita 
dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti barang dapur, petrol, simpanan, duit poket mak, santai, insurans dan sebagainya.Wujudkan sampul surat dan 
tuliskan pada setiap kategorinya pada setiap sampul surat tu.
Langkah 3 : Isikan sampul  surat dengan bajet yang telah diperuntukan.Isikan sampul surat  dengan wang yang telah diperuntukan dalam bajet mengikut  kategorinya.
Langkah 4 : Belanjakan  wang
Gunakan wang yang telah diperuntukan mengikut kategori sampul surat contohnya sekiranya pembelian untuk makanan gunakan wang daripada sampul kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukan dan perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan bagi bajet pada bulan hadapan pula.

Langkah 5 : Letakkan  mana-mana wang lebihan untuk simpanan.Sekiranya anda mempunyai  lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan jadikanlah sebagai tambahan simpanan  atau gunakan sebagai tambahan bayaran liabiliti atau hutang.
Duit syiling yang berbaki bolehlah dimasukkan ke dalam tabung. Bak lirik lagu "Duit sekupang yang aku simpan, lagi seringgit cukup satu tempayan".
Langkah 6 : Isikan semula  bajet anda untuk bulan hadapan pulaIsikan semula wang  mengikut bajet ke dalam sampul dan setiap bulan adalah peluang baru dalam  menyediakan bajet dalam kita mengikuti langkah2 yang diatas sedikit tips ingin  dikongsikan bersama agar impian dan hasrat benar2 menjadi  kenyataan.
Tips-tipsnya ialah  :
a - Alihkan peruntukan  kategori pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian  dengan bajet.
b  - Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai ambil masa beberapa bulan  untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini. Jangan terus mengalah  sekiranya kita tidak dapat mematuhi bajet dan kita seharusnya lebih gigih  berusaha pada bulan seterusnya.
 
c  - Sekiranya kita tidak dapat mematui sistem sampul secara bulanan mulakan secara  dwi mingguan dan ia akan bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang  berkesan untuk kita.
 
d  - Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan kita rasa takut atau  sukar?Kita boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan sistem sampul  surat hanya tolakkan setiap pembelian kita dan catatkan di sampul belakang surat  dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan  "o".
Marilah kita semua  mencuba sistem sampul surat begini mana tahu dengan sistem ni nanti perbelanjaan  kita setiap bulan akan lebih sistematik dan lebih  baik...InsyaAllah

0 comments:
Post a Comment