https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday 26 November 2013

KORANG PERNAH ADA PENGALAMAN BELI BARANG SECARA ONLINE KER..

Beli barang secara online boleh percaya ker barang sampai atau duit burn macam tu saja.

N3 aku kali ni pasal beli barang secara online bukan COD... korang ada pengalaman tak... Biasanya korang place order online kat website mana...

Wife aku dulu rajin shopping online... Bukan setakat local orders malahan Overseas order pun ada. Antara yang dia bagitahu aku adalah from the following countries:

  1. New Zealand untuk supplement products, http://www.deepbluehealth.co.nz/ . Free delivery worldwide. Period of delivery 3 weeks after place order. 
  2. Korea for kelengkapan memasak dia lah... Macam2 la Happy Call - Pemanggang ajaib dan Happy Call periuk belanga set, Wafer maker etc. Order via www.qoo10.my . Delivery bergantung pada seller ada yang mengenakan minimum kos dan ada jugak FOC. Delivery period 1 -  2 weeks.
  3. Barang baby http://www.babysecurity.co.uk/ . Wife ada place order kat website ni kononnya nak bagi presentla kat SIL aku aka Biras dia yang dapat new baby. Disebabkan ada tambahan delivery cost maka wife aku cancelled order. Then dorang transfer balik amount ke akaun wife. So ada more RM 20.00 differ due to exchange rate.
  4. Pressure cooker yang wife aku guna untuk masak bubur kacang hijau durian beli via online melalui fb... Pressure cooker dari UK dijual pada harga promo... So wife aku memang tak lepaskan peluang grab that item. Selain itu barang2 order dari UK adalah Pyrex... Delivery bergantung pada bila barang tersebut sampai ke Malaysia. Ambil masa dalam 2 - 4 bulan.
  5. Smartphone via Direct Td 365 hari http://www.lelong.com.my/merchant/directd.htm . Dorang ini ada kedai kat Subang Jaya jugak. Delivery take 2 working days by pos laju.

     
  6. Wife aku pernah place order melalui Lazada jugak... Antara barangan yang dibelinya adalah kelengkapan dapur. Biasala orang perempuan gadget tu la jadi favourite... Selagi tak penuh dapur selagi tu la tak abis2 shopping gadget dapur.
  7. Melalui voucher deal pun wife aku pernah order. Cuma satu barang jer yang tak sampai2... Harga dalam RM 30.00... So takdela sangatlah rugi wife anggap takde rezeki maybe lost masa delivery or seller terlepas pandang... Wife pun tak rajin nak follow up...

Kalau aku ada masa aku updatekan gambar2 products yang wife aku beli secara online yang masih ada dalam simpanan kami di rumah.

Kalau korang ada pengalaman beli barang secara online bolehla share here... Bolehla dijadikan panduan bg new user yang ingin membeli barang secara online...  




0 comments:

Post a Comment